Ibu kongsi cerita anak hidap tonsilitis, jangan ambil ringan penyakit ini!

Seorang ibu yang anak hidap tonsilitis, berkongsikan kisah tentang kepentingan untuk merawat tonsilitis dan bagaimana ia boleh berjangkit.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Seorang ibu, Nurul Shazalina Zainudin telah berkongsi di Facebook tentang anak hidap tonsilitis. Dia mahu ibu bapa lain tidak ambil remeh tentang penyakit tonsilitis ini.

Anak hidap tonsilitis: Ibu kongsi pengalaman ngeri

Gambar dari Facebook : Nurul Shazalina Zainudin

Anak Nurul Shazalina, Alexander Akil yang berusia 5 tahun dikatakan telah menghidap tonsilitis semenjak anaknya berusia 2 atau 3 tahun. Pakar menasihatkan untuk menunggu Akil besar sedikit untuk membuang tonsil tersebut.

Ikuti luahan ibu ini – 

Semenjak dua menjak ini, hampir setiap bulan dia demam dan demamnya sangat tinggi. Selalunya melebihi 39°C dan kebanyakan masa disebabkan tonsilnya dijangkiti, membengkak dan merah. Rawatan antibiotik perlu diambil.

Doktor bertugas perasan yang rekod Akil sentiasa demam dan ada masalah tonsil. Jadi beliau merujuk Akil ke pakar. Saya bawa Akil ke Hospital Pakar An-Nur, Bangi.

Menurut doktor pakar, tonsil itu perlu dibuang dan mereka diminta menunggu 2 minggu untuk menghilangkan demam dan sakit sebelum melakukan pembedahan tonsilektomi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kelmarin, anak saya Alexander Akil (5 tahun) menjalani satu prosedur membuang tonsilnya.. Dan nasib tidak begitu baik, dia mendapat komplikasi selepas pembedahan tersebut.

Akil mengalami komplikasi pendarahan selepas pembedahan, tetapi selepas doktor mengesan punca tersebut, dan ia berjaya dihentikan. Kini, Akil semakin pulih.

www.facebook.com/nurul.s.zainudin.5/posts/10211086081457981

Anak hidap tonsilitis: Apa itu tonsilitis?

Tonsil adalah 2 ketulan yang terdapat di belakang tekak. Ia berfungsi sebagai mekanisme pertahanan untuk penyakit. Apabila tonsil dijangkiti, ia dipanggil tonsilitis.

Tonsilitis boleh dihidapi oleh semua peringkat umur terutamanya kanak-kanak. Tonsilitis juga berjangkit dan boleh menjadi bahaya jika tidak dirawat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak hidap tonsilitis: Punca tonsilitis

Tonsil adalah barisan pertahanan pertama bagi mencegah penyakit. Tonsil menghasilkan sel darah putih untuk membantu badan anda melawan jangkitan.

Tonsil melawan bakteria dan virus yang masuk ke dalam badan melalui mulut. Namun, tonsil juga terdedah pada jangkitan ini.

Tonsilitis boleh berpunca dari selsema biasa atau jangkitan bakteria seperti strep bakteria. Kanak-kanak sering dijangkiti tonsilitis kerana mereka bergauk secara dekat dengan kanak-kanak lain di sekolah dan mendedahkan mereka pada pelbagai bakteria dan virus.

Gejala tonsilitis

Ada beberapa jenis tonsilitis dan ada banyak gejala yang boleh menyebabkan tonsilitis, antaranya:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Sakit tekat yang teruk
  • Susah atau sakit untuk menelan
  • Suara yang garau
  • Nafas berbau
  • Demam
  • Sakit telinga
  • Sakit perut
  • Sakit kepala
  • Leher tegang
  • Tonsil yang merah dan bengkak
  • Tonsil yang ada bintik-bintik putih atau kuning

Untuk kanak-kanak kecil, anda mungkin boleh melihat perubahan kurang selera makan, sakit atau air liur berlebihan.

Oleh kerana tonsilitis ini adalah penyakit berjangkit, ibu bapa yang mengidap tonsilitis ini perlu mengelakkan dari mencium anak, berkongsi makanan, atau terlalu dekat dengan anak. Ini untuk mengelakkan mereka dari dijangkiti.

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 

https://my.theasianparent.comkancing-gigi

Penulis

Nadia Ghafar