Jerit Kuat-Kuat & Libatkan Orang Ramai, Petua BERKESAN Jika Mencari Anak Hilang di Tempat Sesak

Anak hilang ketika berada di kawasan khalayak ramai atau tempat permainan paling kerap dilaporkan berlaku. Ibu ayah jangan panik dan cuba petua berkesan ini

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kejadian anak hilang boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Meskipun ibu ayah telah cuba menjaga mereka dengan sebaik mungkin, namun kecuaian boleh menyebabkan bahaya berlaku dalam sekelip mata.

Lebih-lebih lagi jika anda membawa anak yang masih ke tempat sesak dengan orang ramai seperti pusat membeli-belah ataupun taman permainan.

Risiko untuk anak hilang dari pandangan adalah sangat tinggi sekiranya si manja anda sedang dalam fasa aktif.

Tips berkesan dan pantas bagi menemui anak hilang 

Menurut seorang pengguna Tiktok dan ibu kepada tiga orang anak, Jessica Cakmali berkongsi mengenai cara berkesan ketika berdepan anak hilang di khalayak ramai ternyata berjaya membantu ibu-ibu yang lain menemui anak mereka dalam tempoh beberapa saat sahaja.

Dia mengatakan bahawa acap kali berita tentang kanak-kanak tersesat di tempat letak kereta, taman permainan dan pusat membeli-belah.

credit to sources

”Kejadian ini sememangnya berlaku sepanjang masa. Ia hanya memerlukan dua saat untuk menarik perhatian anak dan membuatkan mereka berjalan pergi dari genggaman ibu ayah.” jelasnya.

Jessica turut memuat naik video TikTok yang berkongsi nasihat tentang apa yang perlu ibu ayah lakukan sekiranya berdepan dengan keadaan ini.

@jesmartini
PSA that I feel can save kids and I’ve used- if your child goes missing in public #momsoftiktok #PSA #nojudgement #fyp #4up #besafe #parentsoftiktok ♬ original sound – Jess martini

Caranya adalah anda hanya perlu menjerit dengan kuat sambil menerangkan ciri-ciri fizikal anak dan turut sama melibatkan orang lain dalam pencarian. Jessica mengatakan bahawa dia belajar mengetahui strategi ini bertahun-tahun lalu melalui sebuah artikel dalam kumpulan keibubapaan Facebook.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sejak menyiarkan video tersebut di akaunnya @jesmartini pada November, puluhan ibu telah mengakui bahawa tips berkenaan berjaya dan sangat membantu mereka ketika mencari anak hilang.

Pedulikan rasa malu untuk meminta tolong orang lain ketika anak hilang

Ibu ayah hendaklah bersikap lebih terbuka dan hilangkan rasa malu untuk melibatkan orang lain ketika anak kecil tiada dalam genggaman anda. Hal ini kebiasaannya ahli keluarga cenderung bersikap panik dan hanya mencari anak dalam keadaan senyap.

Jessica menekankan sebaik sahaja anda menyedari anak sudah tiada di sisi, segera memanggil dengan suara yang kuat dengan menerangkan warna pakaian yang dipakai dan bentuk fizikalnya.

Sebagai contoh, ”Saya sedang mencari anak lelaki berumur 5 tahun, rambutnya coklat pendek, mata coklat, kemeja Nike merah dan seluar panjang hitam. Tolong semua untuk bantu saya.”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Meskipun pada mulanya anda berasa tindakan berkenaan seperti orang bodoh menjerit di khalayak ramai, namun percayalah ia amat berkesan bagi menyelamatkan si manja anda daripada dibawa pergi oleh orang yang tidak dikenali.

Jessica turut mengatakan bahawa tindakan bersuara lantang ini amat penting kerana dapat memberi tahu kepada semua orang bahawa seorang kanak-kanak telah hilang dan secara tidak langsung anda melibatkan orang sekeliling dengan pencarian.

Mungkin sesetengah ibu berasa takut akan penilaian orang ramai akan kecuaian ketika menjaga anak. Namun ketepikan dahulu perasaan ini kerana keselamatan si manja anda adalah lebih penting.

Ramai ibu bapa mengakui petua ini sangat berkesan

Video yang dimuat naik oleh Jessica berjaya menerima lebih daripada setengah juta tontonan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pada bulan Januari lalu, seorang ibu berkongsi di Facebook bahawa dia telah menggunakan teknik berkenaan sewaktu anaknya yang berusia 2 tahun hilang di Kmart, Australia.

”Saya mencari anak di tempat letak kereta sambil menjerit saya sedang mencari anak lelaki yang memakai topi Donald Duck, kemeja putih dan seluar pendek biru.”

credit to sources

”Nasib kami baik kerana dapat menjumpainya hanya dalam masa 15 saat sahaja.” kongsinya.

Cakmali turut mengatakan bahawa respon terhadap video Tiktoknya adalah sangat luar biasa. Dia menerima empat pesanan peribadi yang mengatakan bahawa petua tersebut sangat berguna ketika dalam usaha mencari anak mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Antara komen yang diperoleh ialah:

”Saya melihat petua ini berkesan ketika di sebuah kedai besar. Semua orang beri kerjasama untuk bantu dan menjumpai anak kecil dengan begitu pantas!”

Yang lain mengulas, ”Adik lelaki saya berusia 3 tahun hilang di Sea World. Ibu telah memastikan seluruh orang dalam taman tersebut tahu akan kehilangannya. Kami menemui adik dengan selamat berdekatan maskot ikan paus.” jelasnya.

Jadi cuba untuk hafal tips mudah ini agar anda dapat beringat di masa hadapan.

Semoga bermanfaat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ada Hikmahnya Pakaikan Anak Baju Sedondon @ Boria, Bila Jauh Ibu Senang Nak Cam!