JANGAN contohi ibu ini yang sengaja beri anak hisap ganja!

Di Utara Carolina, A.S, seorang wanita ditahan selepas dua video dia dan anak hisap ganja tular di media sosial.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bila keluar cerita tentang penderaan atau pengabaian kanak-kanak, kadang-kadang ia buat kita rasa yang orang-orang begini tak patut ada anak.  Di Utara Carolina, A.S, seorang wanita telah ditahan selepas 2 video dia dan anak hisap ganja tular di media sosial.

2 video ini telah mengundang kemarahan pengguna media sosial di seluruh dunia hingga menyebabkan wanita ini ditahan polis.

Pada 21 Mac, hari Rabu, Jabatan Polis Raleigh telah mengeluarkan kenyataan yang mereka sudah menahan Brianna Ashanti Lofton selepas orang awam memaparkan maklumat tentang video ibu dan anak hisap ganja.

Ibu dan anak hisap ganja

News & Observer, sebuah agensi berita di Raleigh berkata, video itu menunjukkan tangan orang dewasa telah memegang “curut atau rokok berwana coklat” dan meletakkanya ke mulut seorang bayi.

Kedua-dua video tersebut menunjukkan yang bayi itu menghembuskan asap.

Pihak berkuasa menuduh Brianna di atas tuduhun “menyebabkan, mempengaruhi dan bersubahat terhadap bayi berusia satu tahun untuk menghisap ganja pada 1 Desember, 2017,” berdasarkan waran tangkap polis di Raleigh.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bayi tersebut kini dalam penjagaan Perkhidmatan Perlindungan Kanak-Kanak Wake County.

Ibu dan anak hisap ganja: Kesan merokok terhadap bayi

Ini apa yang akan terjadi kepada tubuh si kecil jika anda menghisap rokok berdekatan dengan mereka:

1. Masalah pernafasan

Pendedahan asap rokok pada anak meningkatkan risiko untuk anak mendapat asma dan penyakit-penyakit lain yang berkaitan dengan pernafasan.

Penyakit-penyakit tersebut termasuk bronkitis, pneumonia, dan bronchiolitis. Tambahan lagi, anak akan mengalami kepayahan untuk bernafas (nafas berbunyi), selalu sesak nafas, batuk yang teruk dan berkemungkinan besar untuk mendapat jangkitan dada dan komplikasi yang berkaitan.

2. Batuk dan selsema

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: Flickr

Anak kecil akan mengembangkan rongga hidung yang sensitif dan ini menyebabkan mereka senang untuk mendapat batuk dan selsema.

3. Jangkitan telinga tengah

Anak-anak perokok lebih berisiko untuk menghidap jangkitan telinga tengan yang teruk. Jika jangkitan ini parah, anak-anak boleh pekak.

Telinga yang berjangkit juga memerlukan pembedahan dan prosedur tersebut sangat menyakitkan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

4. Meningkatkan risiko kanser

Tak menghairankan apabila rokok yang mengandungi kandungan karsinogen yang tinggi akan meningkatkan risiko anak untuk mendapat kanser!

Kesan apabila anak hisap ganja

Memang betul, ganja bukan tembakau. Walaupun kesedaran tentang ganja sebagai ubat untuk merawat penyakit semakin meningkat, ibu bapa masih perlu berhati-hati.

Kanak-kanak masih boleh mengalami kesan yang berbeza daripada asap ganja. Antaranya ialah:

  1. Mengantuk dan keletihan yang melampau
  2. Mata merah
  3. Menaikkan selera makan
  4. Mulut kering
  5. Keresahan
  6. Kawalan motor terjejas
  7. Radang paru-paru
  8. Serangan asma

Gejala ini boleh berlarutan hingga 24 jam selepas pendedahan. Walaupun begitu, belum ada lagi laporan kanak-kanak mati keracunan ganja.

Namun, kami masih menasihatkan anda untuk menghubungi pihak hospital jika anda rasa anak anda termakan atau tersedut marijuana.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kesan jangka panjang anak hisap ganja

Antara kesan jangka panjang adalah:

  • Lemah keupayaan lisan, ingatan dan daya berfikir
  • Lemah kemahiran motor
  • Masa bermain menjadi singkat
  • Meningkatkan kemungkinan untuk menjadi takut, impulsif, hiper-aktif dan tidak berkelakuan baik

Kesan ini boleh berlarutan hingga remaja dan untuk kes yang lebih parah, mereka juga boleh mendapat keresahan dan kemurungan.

Sebagai pelajar, mereka akan mengalami masalah untuk membaca dan mengeja, ini akan memberi kesa kepada pembelajaran mereka.

Bagaimana untuk mengatasi atau mengurangkan risiko merokok kepada anak

Ini apa yang anda boleh lakukan:

  • Hisap rokok di luar rumah jika anda perlu berbuat demikian
  • Elakkan merokok dalam kereta atau tempat yang sempit
  • Jangan membawa anak anda ke tempat yang dipenuhi asap rokok
  • Berhenti merokok

Kehidupan sebelum dan selepas mendapat anak adalah sangat berbeza, jadi ibu bapa perlu tahu dan menerima bahawa merokok merupakan tabiat yang tidak sihat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Merokok bukan sahaja bahaya untuk anda, tapi juga anak anda.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Bayi usia 51 hari terima padah akibat asap rokok

Penulis

Nadia Ghafar