Putera Bongsu William & Kate Middleton Sambut Birthday, Pipi Montel Prince Louis Buat Geram Sungguh!

Pejam celik rupanya anak ketiga Kate Middleton ini sudah berusia satu tahun!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berita dan perkembangan keluarga di raja Inggeris selalu menjadi perhatian semua ibu bapa baik dari dalam mahupun luar negara. Terdahulu yang paling disukai adalah kecomelan dan keletahan anak Kate Middleton dan Putera William yang bongsu iaitu Prince Louis yang baru saja menyambut tahun pertama kelahirannya. 

Selama ini, gambar peribadi Prince Louis tidak pernah dikongsikan di Instagram rasmi Kensington Royal @kensingtonroyal untuk tatapan umum melalui sosial media tersebut.

Namun, selepas pihak admin yang memantau akaun instagram tersebut berkongsi gambar Prince Louis, maka tidak hairan ramai yang teruja dengan wajah comel si kecil itu. 

Apatah lagi adik bongsu Putera George dan Puteri Charlotte ini baru saja tumbuh dua batang gigi. Ternyata jelas terlihat kecomelannya di situ! 

Wajah anak Kate Middleton yang bongsu mirip abang sulungnya 

Jika menatap lama gambar anak Kate Middleton yang bongsu ini, wajah comelnya benar-benar seiras wajah abang dan kakaknya terutama apabila si kecil itu menggayakan pakaian berwarna merah hati yang menjelaskan keceriaan sambil tersenyum girang ini. 

Bahkan, bila tengok pipi montel Loius juga saling tak tumpah seperti kakaknya semasa masih bayi. Comel, kan? 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Foto Louis semasa menyambut ulang tahun kelahirannya 

Foto yang dimuat naik ini terhasil semasa sambutan ulang tahun kelahiran Putera Louis yang telah dikongsikan di laman Instagram dengan caption foto seperti di bawah ini:

Duke dan Duchess of Cambridge senang hati berkongsikan foto baru Putera Louis yang akan menyambut ulang tahun kelahirannya pada esok hari.

Foto ini diambil pada awal bulan oleh The Duchess di rumah mereka yang terletak di Norfolk sebagai kenangan dan memori indah. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Di waktu lain pula, kelihatan Putera Louis mengenakan pakaian berwarna biru yang kelihatan sangat comel! 

Apapun, kami ingin mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran untuk Prince Louis semoga anak kecil ini membesar dengan sihat di samping kedua-dua ibu bapanya dan kaum keluarga! 

  

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Kredit gambar: Kensington Royal 

Sumber: Penulis asal Fadhila Afifah. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.

Baca juga:

https://my.theasianparent.computera-william-curang

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan