Seorang budak kecil yang bermain di taman permainan berdekatan Klinik Kesihatan Sungai Chua di kajang, hampir diculik seorang lelaki pagi Isnin tadi.
Kejadian itu berlaku pada kira-kira 11.30 pagi, apabila budak kecil yang berumur 20 bulan tersebut bersama ibunya yang berumur 28, sedang menunggu giliran untuk jumpa doktor.
Mengikut Penolong Pesuruhjaya Ketua Polis Daerah Kajang, Encik Othman Nayan, ibu yang hamil itu sedang berada di klinik pagi itu, untuk pemeriksaan bulanannya. Dia ternampak seorang lelaki asing menhampiri taman permainan di mana anaknya sedang bermain.
“Lelaki itu tiba-tiba merampas kanak-kanak itu dan cuba untuk melarikan diri.”
“Pergelutan tercetus apabila ibu tersebut cuba untuk berpegang kepada anaknya,” kata Encik Othman. Suspek telah melepaskan budak itu dan melarikan diri.
Kedua-dua ibu dan anak tidak dicederakan dalam kejadian itu.
Kes ini disiasat di bawah Seksyen 363 dan 511 Kanun Keseksaan.
Kemalang berpunca dari kecuaian
Walaupun mereka diberi kebebasan, ini tidak bermaksud kita tidak perlu sentiasa memerhatikan mereka, terutamanya kanak-kanak kecil.
Jangan sekali-kali tinggalkan anak berseorangan tanpa pengawasan.
Sumber: The Star