Anak kecil saya enggan menyusu: Rupa-rupanya dia ‘tahu’ saya ada kanser payudara

Kita semua tahu simptom biasa yang menunjukkan kanser payudara. Kadangkala, amat mudah untuk kita terlepas pandang akan simptomnya. Tetapi, tidak bagi kanak-kanak yang kami kongsikan di dalam cerita ini!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pada bulan Februari tahun lalu, Sarah Boyle, dari Staffordshire UK, selamat melahirkan anak lelakinya, Teddy. Proses menyusukan bayinya berjalan seperti biasa buat beberapa bulan pertama.

Namun, perkara ajaib berlaku enam bulan kemudian. Si kecil Teddy enggan langsung untuk meminum susu daripada payudara kanannya.

Ada sesuatu yang tidak kena dengan payudara saya

Apabila diberi daripada payudara kiri, elok sahaja Teddy meminumnya. Namun, jika disuakan sahaja yang sebelah lagi, merengek dan meraung si kecil tersebut.

Sebulan sebelum itu, Puan Boyle sudah pun menyedari yang payudara kanannya telah berubah bentuk – ia mengecil sedikit daripada kebiasaan.

Apabila memikirkan semula insiden beberapa tahun sebelum itu, Sarah Boyle mula merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Pada tahun 2013, dia ada terperasan benjolan kecil di payudaranya. Tetapi, selepas pemeriksaan di hospital, doktor mengesahkan yang ianya adalah sista (cyst) yang tidak berbahaya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mungkin rasa susu badan saya sudah berubah

Tiga tahun berlalu, apabila anak lelakinya kerap menangis tatkala disuakan payudara kanan untuk menyusu, dia kembali ke hospital untuk membuat pemeriksaan lanjut. “Saya dapat merasakan yang Teddy ingin memberitahu saya sesuatu,” kata Sarah. Mungkin si anak ini dapat merasakan perubahan pada rasa susu daripada payudara tersebut.

Disahkan sebagai kanser payudara!

Ketika membuat pemeriksaan scanning di Hospital Universiti Royal Stoke di UK, ternyata masalah sista tersebut berulang kembali. Melalui laporan biopsi, Sarah didiagnosis dengan kanser payudara tahap dua (grade 2 triple negative)!

Source: Dailymail.co.uk

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Saya berasa sangat kecewa dan sedih. Tapi, saya sangat berbangga dengan Teddy kerana telah membantu saya sedar akan masalah kesihatan saya. Kanser di dalam sista itu telah merebak selama tiga bulan – iaitu pada masa yang sama Teddy berhenti meminum susu daripada payudara kanan saya.”

Sarah Boyle menyatakan yang dia ingin semua wanita di luar sana supaya sentiasa memeriksa dan mengambil berat tentang sebarang benjolan pada payudara mereka.

Penyusuan badan telah menyelamatkan nyawa Sarah Boyle

Mengulas tentang fenomena ajaib ini, doktor Sarah Boyle menyatakan bahawa dia tidak pernah mendengar sesuatu seperti ini dan menyatakan yang Sarah bertuah kerana mengambil keputusan untuk menyusu badan anaknya. Jika tidak, pasti kanser tersebut tidak dapat dikesan awal.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sarah turut menambah, “Doktor memberitahu saya yang penyusuan badan dapat membantu membina hubungan antara ibu dan anak. Bagi kes ini, ia telah melakukan lebih daripada itu – ia telah menyelamatkan nyawa saya!”

Source: Dailymail.co.uk

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ambil berat tentang kesihatan payudara anda!

Daripada berita ini, ada beberapa pengajaran yang dapat kita ambil.

  • Para ibu digalakkan untuk menjadikan penyusuan badan sebagai perkara utama selepas melahirkan anak.
  • Sebarang benjolan – tidak kira besar atau kecil – perlu diberi perhatian segera dengan membuat pemeriksaan di hospital.
  • Walaupun sista itu dikatakan tidak berbahaya pada mulanya, jangan terus mengabaikan sista tersebut. Kanser masih boleh berlaku/berulang semula pada masa hadapan.

Sumber: Dailymail.co.uk

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Noor