Anak Kecil Saya Gagap, Apa Yang Boleh Saya Buat untuk Membantunya?

Masalah gagap di kalangan kanak-kanak adalah perkara normal, kecuali jika ianya diikuti dengan pengulangan bunyi yang berulang-kali serta beberapa simptom gagap lain! Jom kita tengok bila anda perlu mula risau dan bagaimana untuk mengatasinya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Masalah gagap di kalangan kanak-kanak bukanlah satu perkara yang asing. Jika anak anda berada di lingkungan umur antara 2 ke 5 tahun, gagap mungkin boleh berlaku kerana ia adalah sebahagian daripada proses perkembangan bahasa di kalangan kanak-kanak.

Namun, sebagai ibu bapa, anda pasti akan terdetik rasa risau jika si manja anda sering terketap-ketap mulutnya, sukar sekali untuk menghabiskan ayat yang ringkas dan mudah.

Persoalannya sekarang, bilakah anda perlu mula risau atau bilakah anda hanya perlu bertenang dan membiarkan si kecil memperbaiki sendiri kemahiran bercakapnya?

Masalah Gagap Sebagai Sebahagian Daripada Proses Perkembangan Bahasa

Begini, jika anak anda bercakap dengan isian kata-kata seperti ‘emm’, ‘aaa’ atau mengulangi perkataan berulang kali seperti:

“I-i-Ibu..adik..ibu..ibu, adik nak susu..”

Ia adalah masalah gagap yang tidak perlu dirisaukan.

Source: Newparent.com

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pada ketika ini, otak dan mulutnya sedang belajar untuk berkoordinasi. Pengulangan kata-kata secara penuh atau diisi dengan kata-kata kosong (‘eemmm’) sebegini adalah perkara normal.

Anda hanya perlu bersabar dan membiarkannya menghabiskan ayatnya sehingga habis. Semakin dia membesar, semakin mudah untuknya meluahkan kata-kata secara lancar tanpa mengulangi perkataan berulang kali.

Bila Saya Perlu Risau tentang Masalah Gagap Anak Saya?

Tetapi, akan ada satu corak percakapan gagap di kalangan anak-anak yang perlu anda risaukan.

Jika anda perasan yang si kecil anda suka mengulangi bunyi (dan bukannya perkataan!), maka itu adalah masalah gagap yang perlu dibantu dan dirawat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebagai contoh, ketika si kecil anda meminta susu, jika dia bercakap dengan gaya ini:

“I-i-iiibuu, n-n-nak ss-s-s-suu-suu”

Maka ini adalah masalah gagap yang sebenar dan ia bukan sebahagian daripada proses perkembangan bahasa yang normal.

Kadangkala, masalah gagap yang serius akan diikuti dengan simptom lain seperti mata yang berkedip-kedip, menggetap gigi dan memek muka yang serius.

Jika ini berlaku, ada beberapa cara untuk anda membantu si kecil anda mengatasi masalah gagapnya. Jika tidak dibendung, ia mungkin akan berterusan sehingga dia membesar dewasa!

Cara Mengatasi Masalah Gagap di Kalangan Kanak-Kanak

  • Apabila bercakap dengan anak anda yang gagap, cuba untuk berkata-kata dengannya dengan perlahan. Setiap satu perkataan itu diucapkan secara tersusun dan satu-satu.
  • Apabila si kecil anda membalas percakapan anda, jangan menggesanya. Biarkan dia mengambil masa untuk bercakap.
  • Kekalkan hubungan mata (eye-contact) dengan si kecil sambil dia berusaha untuk menghabiskan ayatnya.
  • Turun ke paras matanya dan senyum.
  • Berikan respons atau tindak balas untuk setiap yang diperkatakannya.
Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Source: Kiwifamilies.co.nz

Teruskan kaedah berbual seperti di atas ini dengan anak anda yang gagap secara berterusan. Ia akan melakukan beberapa perkara kepada si kecil anda:

  • Apabila anda tidak menggesanya atau menyuruh dia bercakap dengan elok, dia tidak akan berasa tertekan. Kanak-kanak gagap yang tertekan sebenarnya akan menjadi lebih teruk simptom gagapnya!
  • Apabila anda turun ke paras matanya dan senyum ketika dia bercakap, dia akan berasa lebih yakin dan akan mula menunjukkan perubahan positif dalam percakapannya.
  • Apabila anda membalas percakapannya, dia merasakan yang dia berjaya menyampaikan mesejnya dan ia difahami oleh orang yang mendengar.

Seperti yang anda lihat, perhatian dan bantuan anda diperlukan secara berterusan supaya si kecil anda dapat memperbaiki masalah gagapnya.

Biarkan dia banyak bercakap dan bercerita tentang apa sahaja. Apabila dia melakukan kesilapan dan tergagap, jangan meminta si kecil anda untuk mengulanginya – itu hanya akan membuatnya berasa tertekan.

Bantuan Pakar Terapi Pertuturan Juga Dapat Membantu

Jika ia masih tidak menunjukkan sebarang perubahan dalam masa 6 bulan, jangan ragu-ragu atau malu untuk mendapatkan bantuan daripada pakar terapi pertuturan kanak-kanak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pakar ini akan dapat membantu dari pelbagai aspek termasuklah cara bernafas, cara bercakap, dan gaya bahasa badan.

Mungkin dengan bantuan dari pakar, anak anda dapat mengatasi masalah percakapannya dengan berkesan dan cepat.

Adakah anak anda pernah mengalami masalah gagap sebegini? Apakah cara penyelesaian yang anda lakukan? Kongsikannya bersama dengan para ibu yang lain, pasti ia dapat membantu mereka juga!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Noor