Ibu dan bapa ada anak kesayangan tertentu
Semua ibu bapa tidak akan mengaku mereka mempunyai anak kesayangan tertentu berbanding anak yang lain. Ini kerana ia bersifat tidak adil.
Namun satu kajian telah menunjukkan yang sebenarnya kebanyakkan ibu dan bapa mempunyai anak kesayangan tertentu, cuma mereka tidak mengakui hal itu.
Di dalam sebuah kajian Amerika yang dijalankan oleh Profesor Katherine Conger, kajian telah mengkaji seramai 384 keluarga dengan anak yang lahir 4 tahun di antara satu sama lain.
Hasil menunjukkan 74% ibu dan 70% bapa akan memilih untuk melebihkan salah seorang anak tertentu. Ini bermakna hampir semua ibu dan bapa mempunyai anak kesayangan yang mereka tidak mahu akui!
Anak sulung dan anak bongsu mungkin anak kesayangan ibu bapa
Anak sulung selalu merasakan mereka adalah anak yang dipilih dan yang paling disayangi ibu bapa. Kajian ini membuktikan hal ini dan ia adalah tepat.
Begitu juga dengan anak bongsu. Mereka juga percaya perkara yang sama seperti apa yang dirasakan oleh anak sulung. Mereka menganggap mereka menjadi pilihan ibu atau ayah.
Menurut Katherine, anak yang lebih tua akan lebih terkesan terhadap persepsi layanan lain berikutan status mereka sebagai anak yang lebih tua.
Ini kerana mereka merasa mereka ebih kuasa berdasarkan umur, saiz badan dan lebih masa yang telah diluangkan dengan ibu bapa dan keluarga.
Secara amnya, kanak-kanak percaya yang mereka dilayan secara tidak adil di antara satu sama lain.
Anak selalu anggap ada “anak kegemaran” dalam setiap keluarga
Semua kanak-kanak akan berfikir yang terdapat adik-beradik yang mendapat layanan lebih baik dari diri mereka. Ini tidak kiralah sama ada adik-beradik terlebih lebih tua atau lebih muda daripada mereka.
Pakar lain juga menyatakan istilah anak kegemaran atau anak kesayangan ibu bapa adalah satu satu faktor pergaduhan di antara adik-beradik.
Pakar yang lain juga menyatakan yang ibu bapa mempunyai kecenderungan semulajadi untuk memilih menyebelahi seorang anak berbanding yang lain.
Urutan kelahiran memainkan peranan dalam menjadi anak kesayangan atau kegemaran ibu bapa atau tidak.
Di dalam laporan NYT, seorang profesor psikologi di Universiti Redlands, California berkata yang anak tengah kurang menjadi kegemaran berbanding anak sulung yang memonopoli ibu bapa mereka.
Ibu-ibu, bapa-bapa, apa pendapat anda tentang laporan hasil kajian ini? Adakah anak kegemaran atau kesayangan benar-benar wujud?
Sumber: theAsianparent Philippines
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia
Baca juga:
https://my.theasianparent.comsurat-terbuka-maafkan-ibu-garang/