Jika dulu, ketagihan TV akan kedengaran seperti seorang ibu itu telah “melebih-lebih” risau tentang anak mereka. Tapi kini, anak ketagih TV adalah realiti yang tidak boleh disangkal.
Lagi-lagi sejak mulanya Perintah Kawalan Pergerakan sejak tahun lepas, anak-anak meluangkan lebih masa di dalam rumah, lantas TV lah sebagai medium hiburan yang ada.
Ramai ibu bapa yang malu hendak mengaku anak ketagih TV. Sedangkan mereka menggunakan TV sebagai “pembantu” untuk membuatkan anak-anak senyap dan tidak bosan.
Namun ada cara untuk memperbetulkan hal ini sebelum terlambat.
Anak ketagih TV: Adakah masalah ini serius?
Seorang ibu telah berkongsi tip-tip yang berkesan untuk mengatasi masalah anak ketagih TV ini. Selepas sebulan, ramai yang memuji tip ringkasnya yang berkesan itu!
Awalnya ibu ini mengakui yang untuk mendiamkan anaknya yang berusia 2 tahun, dia memberikannya waktu TV.
Tapi dia telah menjadi ketagih dan mula meminta TV dengan kerap. Malah anak beliau juga mula mengamuk jika tidak diberi menonton TV!
Cara mengatasi masalah anak ketagih TV
Satu pagi, ibu itu mendapati alat kawalan jauh tvnya harus disembunyikan. Dan ketika itulah semuanya berubah.
Mereka mencari alat kawalan jauh tersebut selama 10 minit kemudian anaknya berputus asa dan meminta untuk bersarapan.
Keesokkan harinya, ibu itu menyorokkan alat kawalan jauh itu sekali lagi. Dia dan anaknya itu kemudian mencari sehingga anaknya berputus asa tanpa mengamuk.
Hari ketiga, dia menyorokkan lagi, dan anaknya tidak terus mencari tv, menakjubkan!
Walaupun awalnya anak itu sedikit marah, namun lama-kelamaan, anaknya kurang bergantung pada tv. Anaknya mula meneroka rumah mereka.
Ini termasuklah bermainan permainan dan kucing mereka.
Mudah, bukan?
Mengenalpasti tanda-tanda anak ketagih TV
Bagaimana anda boleh mengenalpasti yang anak ketagih TV? Cuba tanya diri anda soalan-soalan berikut:
- adakah anak anda menonton TV tanpa mahu melakukan aktiviti lain?
- adakah anak anda jadi introvert, tidak mahu bergaul dengan orang?
- adakah anak mengamuk jika diberitahu waktu tv sudah tamat atau sudah tiba masa untuk menutup TV?
Jika jawapan ada ya kepada sebahagian atau semua soalan di atas, sudah tiba masanya untuk anda mempertimbangkan cara memperbetulkan perilaku anak anda.
Berikut adalah beberapa teknik yang dikongsikan oleh Denis Thong melalui artikel di Medium.
1. Nikmati masa luar
Berjalan di taman rekreasi atau bermain di taman permainan dengan anak-anak anda.
Terokai kawasan komuniti anda, adakah terdapat pusat sumber berdekatan atau muzium.
Cuba kenalkan pengalaman baru yang bukan sahaja menghilangkan bosan malah memberi manfaat kepada anak-anak.
2. Sesi pembelajaran di rumah
Jadikan waktu belajar itu menarik. Guna buku bergambar atau permainan pembelajaran.
Ini bukan sahaja akan membantu anak anda menambah kemahiran, malah mereka akan rasa lebih dekat dengan anda.
3. Bersosial
Tetapkan ‘playdates‘ dengan SOP antara anak-anak. Ya memang sukar, tapi menjadi lumrah kanak-kanak ingin bersosial dengan kanak-kanak lain.
4. Urus masa skrin anda
Anda adalah idola mereka. Apa yang anda buat, itu yang mereka akan ikut. Jika anda dan pasangan banyak menghabiskan masa menonton tv, begitu jugalah anak anda.
5. Jadi kreatif
Sediakan alternatif seperti waktu kraf, permainan atau waktu bermain. Biarkan mereka leka dengan bermain dan tidak rasa keinginan untuk menonton.
Cuba beri mereka masa mewarna, atau bermain permainan sensori, pasti mereka tidak terfikir akan tv.
Bagaimana pula cara anda? Kongsikan dengan kami agar bermanfaat untuk mereka yang lain.
Sumber: theAsianparent Singapore, Medium.com, UsMagazine.com, Health Guidance
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia