Anak Tidak Mahu Makan? Ini Cara Untuk Pastikan Anak Membesar Dengan Sihat

Yang mahu dimakan mesti makanan ringan dan apa-apa yang dirasakan sedap di tekaknya sahaja. Ada juga waktu di mana mereka terlalu leka bermain sehingga tidak mahu makan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Risaunya memikirkan tentang anak-anak yang kurang selera makan.  Apabila sudah kurang selera mulalah satu fasa dimana mereka menjadi anak yang memilih makan.

Yang mahu dimakan mesti makanan ringan dan apa-apa yang dirasakan sedap di tekaknya sahaja. Ada juga waktu di mana mereka terlalu leka bermain sehingga tidak mahu makan.

Jadi sebagai ibu bapa yang sibuk dengan kerja dan urusan rumah tangga, menyediakan jadual pemakanan anak yang memilih makanan ini pasti cukup merunsingkan.

Tapi jangan risau ada banyak perkongsian daripada ibu bapa yang mengalami masalah yang sama. Malah ia juga cukup mudah untuk dipraktikkan. Yang penting, anda perlu ketahui terlebih dahulu antara punca anak memilih makan.

Punca anak memilih makanan

#1. Deria

Terdapat dua punca anak memilih makan atau hilang selera makan dalam kategori ini iaitu Olfactory dan Gustatory. Yang mana ia sebenarnya berkaitan dengan dua deria iaitu deria bau dan deria rasa. Anda perlu peka jika ini yang menjadi masalah anak anda memilih makan.

Kemungkinan kerana mereka sensitif terhadap dua deria ini. Sama ada mereka terlebih sensitif atau kurang sensitif. Kedua-dua ini dipanggil “Sensory Processing Disorder” atau kecelaruan sensori. Ini akan mengakibatkan penerimaan bau dan rasa yang tidak normal.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Ibu bapa yang tidak tegas

Ini kerap terjadi apabila ibu bapa mulai berputus asa, ataupun sudah biasa memberi anak-anak makanan ringan dan makanan kegemaran mereka. Memang mudah untuk ibu bapa berasa “asalkan anak makan.” Tapi sebenarnya persepsi itu tidak sepatutnya berlaku apabila anak kurang selera makan.

Seronok melihat akhirnya anak makan, dan betapa seronoknya mereka apabila anda memberi mereka coklat, ais krim atau makanan manis lain. Dan itu menjadi satu norma buat ibu bapa dalam menunjukkan kasih sayang mereka.

Sekiranya dari awal, anak-anak tidak dimanjakan sebegitu, mungkin ibu bapa berjaya memberi anak-anak buah-buahan sebagai ‘treats’!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Mudah untuk memberi anak-anak makanan yang diproses

Dengan jadual kerja yang sibuk, ditambah pula dengan kepenatan setiap kali menguruskan anak-anak membuatkan ibu bapa mengambil langkah mudah.

Menyediakan kentang goreng, nuget ayam atau jejari ikan adalah lebih mudah dan menjimatkan masa. Malah anak-anak pun suka! Ini menjadi antara punca utama anak-anak menjadi biasa dengan makanan segera.

Jadi elakkan membeli makanan sebegini antara solusi yang mudah. Lebih mudah untuk berkata “rumah kita tiada nuget ayam,” berbanding “awak tak boleh makan nuget ayam!”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cara tingkatkan selera makan anak

Tidak kisahlah bagaimana dan apa punca sekali pun, ia sudah pun berlaku. Anak anda sudah pun menjadi si pemilih makanan. Jadi ini tips dan idea mudah yang anda boleh ikuti dalam ‘memancing’ anak anda untuk makan makanan berkhasiat!

Sebenarnya kanak-kanak ini ikut mood mereka untuk makan. Tengok makanan tak menyelerakan terus tak mahu. Persekitaran yang membosankan pun boleh jadi faktor.

Jadi ini yang boleh dilakukan untuk membantu anak anda mendapat zat yang diperlukan dalam menjadikan tumbesaran anak lebih sempurna, memperkukuhkan sistem imunisasi juga dapat membantu perkembangan otak.

#1. Jadi kreatif dalam penyediaan hidangan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kanak-kanak sebenarnya cukup mudah tertarik dengan warna dan bentuk yang pelbagai. Disebabkan itu anak-anak juga mudah bosan dengan permainan lama dan sentiasa inginkan yang baru.

Samalah seperti makanan perlu sentiasa ditawarkan pelbagai bentuk, tekstur dan warna. Bekalkan anak-anak bento comel ke sekolah, siap dengan roti berbentuk bintang, jadikan beri biru sebagai mata atau epal merah dipotong sebagai mulut.

#2. Jadikan sarapan pagi itu satu mandatori

Apabila anak anda mendapat tidur yang cukup dan makan sarapan sihat keesokan harinya, ia dapat meningkatkan metabolisma badan dan secara tidak langsung dapat meningkatkan selera makan.

Ini bukanlah teori yang baru. Ia terbukti secara saintifik bahawa sarapan yang sihat dapat menggalakkan metabolisma serta mengurangkan berat badan orang dewasa. Cuma pastikan sarapan itu adalah dari menu yang sihat, bukan yang berminyak atau penuh lemak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 #3. Makanan tinggi iron

Zat besi dan zink adalah sumber mineral yang cukup penting untuk perkembangan kanak-kanak. Ketika anak mula membesar, zat besi dalam badan akan mulai menurun melainkan diberi suplemen zat besi dalam diet mereka. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan kanak-kanak hilang selera makan.

Makanan yang tinggi kandungan zat besi elok digandingkan dengan makanan yang tinggi Vitamin C juga. Ia dapat menggalakkan penyerapan zat besi yang berkesan. Bijirin oat, bayam, sayuran hijau, beet root, tauhu, kekacang dan biji labu.

#4. Galakkan makan bersama-sama

Kanak-kanak akan lebih berselera apabila melihat ibu bapa atau orang sekelilingnya makan. Dan mereka akan mahu makan apa yang anda makan. Jadi penting peranan anda di sini untuk menggalakkan mereka makan ketika bersama.

Makanan seperti sayur, buah-buahan, kentang, daging atau ikan wajib ada di atas meja. Lebih banyak pilihan lebih baik. Ini kerana dalam banyak-banyak pasti ada satu yang menarik minat anak-anak. Tapi hidangkan yang sihat-sihat sajalah.

#5. Aturkan hujung minggu yang menyeronokkan sebagai ‘reward’

Memancing anak-anak untuk makan tidak salah jika umpannya itu benda yang elok. Ketahui apa yang anak anda suka lakukan, seperti berkelah, berlari atau berkhemah.

Jadikan itu sebagai ganjaran untuk mereka di hujung minggu nanti jika mereka mampu menghabiskan makanan di atas pinggan selama satu minggu. Anak-anak pun teruja untuk menunggu hujung minggu sehingga sanggup makan sayur ya.

#6. Lakukan aktiviti sihat supaya anak cepat lapar

Kanak-kanak memang suka bermain. Walau seralit mana pun anak-anak bermain apabila sudah kepenatan mereka akan mula berasa lapar. Jadi hidangkan makan malam sebaik anak ada usai beriadah petang.

Antara makanan yang boleh menaikkan selera makan

  • Buah-buahan: Betik atau anggur dapat menaikkan selera makan anak-anak secara semula jadi. Ia juga mampu meningkatkan berat badan di samping kaya dengan Vitamin A, C dan E.
  • Jus delima: Ia mampu merawat masalah pencernaan, memelihara hati, membunuh cacing dan berkesan dalam meningkatkan selera makan.
  • Jus lemon: Air lemon yang tidak ditambah gula boleh menjadi agen penyejuk badan serta menggalakkan selera makan anak-anak. Berikan satu hingga dua cawan setiap hari.
  • Memberi makanan yang penuh rasa: Makanan seperti mentega, ikan bilis dan makanan semula jadi lain bukan saja memberi rasa, malah turut tinggi dengan kalori. Jadi ia sedikit sebanyak dapat membantu tumbesaran juga.

Suplemen tambahan untuk anak membesar dengan sihat, bijak & kuat

Selain makan makanan di atas, ada cara lebih mudah untuk memastikan anak anda cukup nutrisi penting. Nature’s Way Kid’s A+ satu rangkaian yang diformulasi khas untuk anak anda membesar dengan sempurna.

Dengan suplemen ini dapat membantu anak anda menjadi lebih bijak, tinggi dan kuat. Ia dihasilkan dalam bentuk ‘gummy’ enak yang cukup mesra kanak-kanak, malah ia kaya dengan nutrisi penting!

Malah ada antara suplemen dari rangkaian Nature’s Way Kid’s A+ ini hadir dengan lapan jenis Vitamin penting dalam satu gummy!

Sesuai untuk kanak-kanak yang memilih makanan, dengan suplemen ini ibu bapa tidak perlu risau, kerana mereka akan meminta lebih lagi!

Ia merupakan cara yang cukup mudah untuk membekalkan nutrisi yang cukup buat anak-anak, malah turut membantu memperkuatkan sistem imunisasi anak.

Tiada lagi anak yang kerap sakit akibat tidak cukup nutrisi, malah membesar lebih sihat dan cerdik!

Fakta nutrisi penting dalam satu gummy Nature’s Way Kid’s A+

  • Nature’s Way Kid’s A+ Vita Gummies Multivitamin + Vegies 60S: 8 jenis Vitamin dan 5 jenis sayuran.
  • Nature’s Way Kid’s A+ Omega 3 Trio 60s: 30mg kandungan
  • Nature’s Way Kid’s A+ Vita Gummies With Vitamin C 60S: 30mg Vitamin C dan 5mg Zinc.
  • Nature’s Way Kid’s A+ Black Elderberry Gummies 30S: 8mg ekstrak Elderberry hitam (bersamaan 500mg jus segar), 25mg Vitamin C, 1.5mg Zinc.
  • Nature’s Way Kid’s A+ Blue Light Gummies 30S: 5mg Lutein, 1mg Zeaxanthin dan 400mcg Vitamin A.
  • Nature’s Way Kid’s A+ Milk Calcium Bites: Calcium, DHA, Inulin.

Berminat untuk memberi anak anda cuba Nature’s Way Kid’s A+? Anak anda mungkin minta lagi dan lagi! Klik Nature’s Way  untuk maklumat lanjut.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia