Pernahkah anda tertanya-tanya mengapa anak sering kelihatan penat, pucat dan kurang aktif? Ia mungkin salah satu tanda anak anda menghidapi anemia! Tapi jangan panik ibu dan ayah semua. Anemia boleh dikatakan masalah biasa pada kanak-kanak disebabkan anak kurang zat besi, bahkan ada penyelesaian untuk masalah ini.
Kanak-kanak menghidapi anemia kerana tidak mempunyai sel darah merah atau hemoglobin yang mencukupi1. Hemoglobin adalah sejenis protein yang membolehkan sel darah merah membawa oksigen ke sel-sel lain di dalam badan2.
Jenis anemia1
Terdapat pelbagai jenis anemia, dan anak anda mungkin mengalami salah satu daripadanya. Ini antara jenis-jenis anemia yang anda perlu tahu:
#1. Anemia kerana anak kurang zat besi
Anemia akan berlaku apabila kekurangan zat besi dalam darah1. Zat besi diperlukan untuk membentuk hemoglobin. Ini adalah penyebab anemia yang paling biasa.
#2. Anemia Megaloblastik3
Ini terjadi apabila sel darah merah dalam saiz yang lebih besar kerana kekurangan asid folik atau vitamin B-12. Salah satu jenis anemia dalam kategori ini adalah Pernicious Anemia, dimana, badan anak akan mengalami kesukaran untuk menyerap vitamin B-12 yang penting untuk penghasilan sel darah merah.
#3. Anemia sel sabit
Anemia sel sabit ialah satu keadaan yang mempengaruhi hemoglobin dalam darah. Kanak-kanak yang mengalami anemia jenis ini mempunyai molekul darah yang dipanggil hemoglobin S, yang mana boleh membuatkan sel darah mereka berbentuk sabit4.
#5. Anemia Cooley (talasemia)
Juga sejenis anemia yang diwarisi dengan sel darah merah yang tidak normal.
#6. Anemia aplastik
Ia adalah sejenis gangguan darah yang disebabkan oleh kegagalan sumsum tulang untuk menghasilkan sel-sel darah.
Punca anemia pada kanak-kanak5
Anemia mempunyai 3 sebab utama iaitu:
- Kehilangan sel darah merah
- Ketidakupayaan untuk membuat sel darah merah yang mencukupi
- Pemusnahan sel darah merah
Penurunan sel darah merah atau tahap hemoglobin mungkin disebabkan oleh:
- Jangkitan
- Ubat-ubatan tertentu
- Kekurangan beberapa vitamin atau mineral dalam diet
Kanak-kanak mana yang berisiko menghidapi anemia?5
Kanak-kanak yang kekurangan zat besi lebih berisiko untuk menghidapi anemia. Dan antara risiko lain untuk mereka yang menghidapi anemia adalah seperti berikut :
- Kanak-kanak yang minum susu formula5 yang tidak diperkaya dengan zat besi.
- Kanak-kanak yang mempunyai masalah kesihatan seperti jangkitan kronik.
- Kanak-kanak berumur 1-5 tahun yang terdedah kepada plumbum.
- Kanak-kanak yang mengalamai masalah jangkitan cacing.
- Remaja perempuan juga berisiko tinggi untuk mendapat anemia kekurangan zat besi kerana mereka kehilangan zat besi semasa haid.
Apakah gejala anemia pada kanak-kanak?
Kami telah melakukan satu tinjauan dengan pembaca theAsianparent tentang adakah anak anda mudah berasa penat? Kami dapati 52 peratus ibu bapa katakan “Ya” manakala 48 peratus pula ujarkan “Tidak”.
Sebilangan kanak-kanak tidak mempunyai gejala atau hanya mengalami gejala ringan. Walau bagaimanapun ibu bapa perlu pantau sekiranya anak-anak mempunyai gejala-gejala serius seperti berikut6:
- Denyutan jantung meningkat
- Kesukaran bernafas, atau kesukaran menarik nafas
- Kekurangan tenaga, atau cepat penat
- Pening, atau vertigo, terutamanya ketika berdiri
- Sakit kepala
- Kerengsaan
- Lidah yang sakit atau bengkak
- Penyakit kuning, atau kulit, mata dan mulut kekuningan
- Limpa atau hati yang membesar
- Tumbesaran dan perkembangan yang perlahan atau lambat
- Kadar penyembuhan luka dan tisu yang perlahan
Gejala anemia mungkin kelihatan seperti masalah darah atau keadaan kesihatan yang lain. Pastikan anda melaporkan sebarang gejala kepada doktor anak anda. Sentiasa berjumpa doktor anak anda untuk pemeriksaan lengkap.
Kesan anemia pada kanak-kanak
Anak jadi kurang aktif
Menjadi satu lumrah apabila kita melihat anak-anak lincah berlari dan kekal aktif sepanjang masa walaupun sudah tiba waktu untuk tidur.
Namun berbeza bagi anak yang mengalami anemia, mereka mungkin cepat berasa penat semasa bermain dan ada masanya mereka akan nampak pucat serta tidak bermaya.
Kami juga bertanya pada ibu bapa di komuniti theAsianparent Malaysia, sekiranya anak mereka mudah penat, apakah yang mereka lakukan.
22 peratus ibu bapa akan memastikan anak mereka mendapat tidur yang mencukupi, 18 peratus pula akan memastikan anak mereka minum air dengan cukup dan tidak terhidrat manakala 17 peratus ibu bapa akan menyuruh anak mereka bersenam/lakukan aktiviti fizikal.
14 peratus ibu bapa akan memperkenalkan makanan bernutrisi/susu formula, manakala 8 peratus akan membawa anak mereka ke doktor kanak-kanak/pakar perubatan. Hanya 6 peratus ujarkan bahawa anak mereka tidak cepat penat manakala 3 peratus menyatakan sebab lain-lain.
Anak hilang minat bersosial
Antara perkembangan yang penting buat anak-anak adalah perkembangan sosial mereka. Sekiranya mereka cepat penat dan tidak aktif, ia akan mengganggu pergaulan mereka bersama rakan-rakan.
Ini akan menjadi punca mereka hilang minat untuk bergaul dan bermain. Anak-anak ini juga akan lebih banyak bersendirian kerana mereka sentiasa berasa lemah.
Anak hilang fokus pada pembelajaran
Pada usia inilah kanak-kanak sepatutnya belajar pelbagai benda baru. Namun apabila anak tiada tenaga dan sentiasa penat ia akan memberi kesan pada pembelajaran anak-anak. Lagi-lagi waktu pembelajaran dari rumah sekarang ini. Tentu mereka akan hilang minat untuk belajar baik mata pelajaran yang digemari mahupun yang kurang digemari.
Merawat anemia pada kanak-kanak
Rawatan bergantung kepada gejala, usia, dan kesihatan umum anak anda.
Tidak semua rawatan sama. Ada sesetengah anemia tidak memerlukan rawatan, ia bergantung kepada betapa serius keadaan seseorang.
Namun ada juga jenis-jenis anemia yang mungkin memerlukan ubat, suplemen vitamin, diet pemakanan lebih tegas, pemindahan darah, pembedahan, atau pemindahan sel stem.1
Langkah terbaik adalah untuk berbincang dengan pakar pediatrik anak anda tentang rawatan khusus yang bersesuaian.
Dugro NextGen Nutri mengandungi Zat Besi Aktif dan tinggi dengan nutrien penting untuk perkembangan dan pertumbuhan anak-anak.
Susu Dugro NextGen Nutri mengandungi kombinasi unik* iaitu Zat Besi tertinggi** serta kaya dengan Vitamin C yang mana cukup penting untuk kebaikan anak-anak. Susu ini juga diformulasi dengan 21 Vitamin & Mineral.
Kalsium penting untuk kanak-kanak terutamanya dalam proses mereka untuk membesar. Kalsium membantu menguatkan tumbesaran tulang, disebabkan itulah Dugro NextGen Nutri dengan Zat Besi Tertinggi**, kalsium tertinggi ** dan Dwi Protein^.
Untuk kanak-kanak yang sudah menginjak ke alam persekolahan, pengambilan nutrien yang lengkap dan tinggi DHA adalah sangat penting. Dugro NextGen Nutri dengan Zat Besi Aktif mempunyai DHA tertinggi** untuk otak dan mata!
Jika anda berminat untuk mencuba Dugro, anda boleh mendapatkan sampel percuma Dugro Susu Asli percuma di sini.
Untuk mencuba Dugro NextGen Nutri dengan Zat Besi Aktif, anda boleh layari lama E-Commerce di Lazada dan Shopee.
*Dengan kombinasi optimum Vitamin C: Zat Besi dalam nisbah 3 & 4, dalam lingkungan yang disarankan oleh Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) untuk meningkatkan penyerapan.
**Dugro Asli dan Madu Langkah 3, 4 & 5 dan Coklat Langkah 4 &5 adalah tertinggi dalam DHA (41.8 mg- 51.2mg/100g), Kalsium dan Zat Besi berbanding jenama lain (setiap 100g), berdasarkan label produk pada Feb 2021 (Harga jualan yang disyorkan kurang daripada RM30 untuk pek 900g/850g)
^60% Protein dadih
Rujukan:
- (n.d.) Cedar Sinai Hospital. Anemia in Children. Retrieved from www.cedars-sinai.org/health-library/diseases-and-conditions—pediatrics/a/anemia-in-children.html
- (n.d.) National Center for Biotechnology Information, Blood Groups and Red Cell Antigens. Retrieved from www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK2263/
- (n.d.) Hariz A, Bhattacharya P. National Center of Biotechnology Information. Megaloblastic Anemia. Retrieved from www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK537254/
- (n.d.) Koch A, Yang Q, Olney R. Sickle hemoglobin (HbS) allele and sickle cell disease: a HuGE review. Retrieved from pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/10791557/
- (n.d.) University of Rochester Medical Center. What Causes Anaemia In A Child. Retrieved from www.urmc.rochester.edu/encyclopedia/content.aspx?contenttypeid=90&contentid=P02311
- (n.d.) University of Rochester Medical Center. Anaemia In A Child. Retrieved from www.urmc.rochester.edu/encyclopedia/content.aspx?contenttypeid=90&contentid=P02311
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpapemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 5 Jenis Nutrisi Pemakanan Yang Membantu Anak-Anak Membesar Dengan Sihat & Pintar
Baca juga: Manfaat Hati Ayam Untuk Si Manja, Ia Mencegah Anemia & Meningkatkan Imunisasi Badan
Baca juga: Ibu Bapa Harus Sokong Anak Untuk Aktif Dalam Sukan Demi 7 Kelebihan Ini!