5 fakta menarik tentang anak lahir bulan Mac yang semua ibu bapa akan terkejut baca!

Anda bakal bersalin pada bulan Mac atau ada anak lahir bulan Mac? Jom baca 5 fakta menarik tentang anak lahir bulan mac ini yang telah disokong statistik!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ada tak bakal-bakal ibu yang akan bersalin pada bulan Mac yang masih belum habis ini? Atau anda sudah ada anak lahir bulan Mac? 

Ha… hari ini, kami di theAsianparent akan membawakan kepada anda beberapa fakta menarik tentang anak lahir bulan Mac yang patut anda baca. Mari kita tengok 5 fakta menarik tentang anak lahir bulan Mac ini.

Apa keistimewaan anak anda ini?

5 fakta menarik tentang anak lahir bulan Mac

Fakta-fakta ini mungkin hanya sekadar kebetulan, tapi fakta ini diambil berdasarkan data statistik. Walaupun setiap anak ada perbezaannya, mungkin fakta ini dapat membantu anda untuk lebih mengenali personaliti si manja.

Selepas anda membaca 5 fakta menarik ini, pasti anda akan teruja kerana semakin mengenali si manja anda itu!

#1 Fakta anak lahir bulan Mac: Mereka lebih berpeluang jadi juruterbang!

Adakah anak anda suka bermain dengan permainan kapal terbang? Atau mereka suka permainan kertas terbang? 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tahukah anda, anak yang lahir bulan Mac mempunyai kemungkinan lebih besar untuk menjadi pilot berbanding dengan anak yang lahir pada bulan lain!

Ini adalah berdasarkan kajian daripada Pejabat Pengajian Negara yang bertapak di UK. Mana tahu nanti anda bakal naik kapal terbang yang bakal dipandu oleh anak sendiri. Menarik, kan?

#2 Fakta anak lahir bulan Mac: Mereka sangat optimistik

Berdasarkan laporan dari majalah Timeanak anak yang lahir bulan Mac ini mempunyai semangat yang sangat positif.

Jadi jika anda lihat anak anda mempunyai semangat juang yang tinggi dan sentiasa berfikiran positif, inilah sebabnya.

#3 Fakta anak lahir bulan Mac: Merekalah bos di rumah!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ha… kalau anda tidak tahu, anak lahir bulan Mac ini sedikit bossy. Ala-ala filem The Baby Boss gitu!

Kadangkala sampai anda sendiri pun terfikir, siapa yang sepatutnya beri arahan? Anak yang lahir bulan Mac memang suka memberi arahan dan menyuruh orang sekelilingnya membuat sesuatu untuk mereka.

Berdasarkan artikel dalam Huffington Postkajian yang dilakukan oleh Universiti British Colombia di Kanada menunjukkan anak lahir bulan Mac akan menjadi ketua yang berjaya.

Kajian juga menunjukkan yang kebanyakkan anak yang lahir bulan Mac lebih tua dalam kelas berbanding anak-anak yang lain, jadi mereka adalah ketua semulajadi.

#4 Fakta anak lahir bulan Mac: Zodiak ikan atau kambing biri-biri?

Zodiak anak anda berkemungkinan akan menjadi Pisces (ikan) atau Aries (kambing biri-biri). Anak yang lahir pada zodiak Pisces ini sangat rajin, bijaksana, mengambil berat dan artistik secara semulajadi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Manakala anak yang lahir pada zodiak Aries pula bukan sahaja keras kepala dan bersemangat tinggi, malah mereka juga bersifat heroik dan penyayang.

Jika anak anda gemar menolong kawan-kawan atau menjadi tempat mengadu untuk adik-beradik yang lain, dorong mereka untuk menjadi orang yang lebih baik.

Atau jika anak anda suka mengarah dan nakal, ingatkan mereka tentang keselamatan diri.

#5 Fakta anak lahir bulan Mac: Mereka sangat kreatif!

Kredit: Pixabay

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mungkin bulan Mac bukanlah bulan kegemaran anda dan anda tak suka untuk melahirkan anak pada bulan ini, tapi segala-galanya mungkin berbaloi kerana anak yang lahir bulan Mac akan menjadi kreatif seperti orang dewasa.

Kajian ini dijalankan oleh Mark Hamilton dari Universiti Connecticut. Jika minat anak anda terhadap seni begitu mendalam, dorong mereka dan anda boleh lihat hasilnya kelak!

Ramai selebriti yang lahir bulan Mac!

Ini satu lagi fakta menarik yang pasti akan mendorong anda untuk melahirkan bayi pada bulan Mac ini. Sebenarnya, ada banyak selebriti Hollywood yang power-power lahir pada bulan Mac.

Antaranya seperti:

Justin Bieber, Mariah Carey, Lady Gaga, Eva Mendes, Bryan Cranston, Bryce Dallas Howard, William H. Macy, Shaquille O’Neal, Lauren Graham, Lily Collins, Bruce Willis, Elton John, and Holly Hunter.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mungkin anak anda akan jadi selebriti seterusnya? Siapa tahu? :p

 

 

 

 

 

 

Sumber: theAsianparent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

9 Fakta Menarik Tentang Bayi Perempuan Yang Akan Buat Anda Terkejut!

 

Penulis

Nadia Ghafar