Telefon pintar boleh beri kesan buruk hingga anak lambat bercakap?

Ada ibu bapa yang memberi telefon pintar untuk menenang dan mengalih perhatian anak. Tapi mungkinkah telefon ini mampu buat anak lambat bercakap?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Telefon pintar menyebabkan anak lambat bercakap?

Apabila anda sibuk hendak melakukan sesuatu, ketika itulah anak pun sibuk hendakkan perhatian anda. Dalam keadaan yang serabut seperti ini, telefon pintar umpama jalan pintas. Namun tahukah anda salah satu kesan buruk telefon pintar ialah anak lambat bercakap?

Terdapat banyak kajian dan pendapat yang menunjukkan kesan negatif penggunaan telefon pintar. Dan kini banyak kajian menunjukkan kesan negatif telefon pintar terhadap perkembangan anak-anak pula.

Salah satunya ialah anak lambat bercakap.

Satu kajian baru-baru ini telah dijalankan untuk memantau 900 kanak-kanak berusia di antara 6 bulan hingga 2 tahun. Di dalam kajian ini, mereka menemui sesuatu yang sungguh merisaukan. 

Kanak-kanak yang menghabiskan lebih masa dengan telefon pintar akan lambat bercakap berbanding kanak-kanak yang tidak.

Setiap kali seorang kanak-kanak menggunakan 30 minit masa mereka di hadapan skrin kecil ini, risiko anak lambat bercakap meningkat sebanyak 49%!

Anak lambat bercakap: Bagaimana telefon pintar boleh beri kesan buruk?

Ahli pediatrik di hospital untuk kanak-kanak sakit di Kanada telah mengetuai penyelidikan yang membongkar kesan buruk telefon pintar hingga anak lambat bercakap ini. Mereka telah membentangkan keputusan kajian dalam Organisasi Akademik Pediatrik.

Di dalam kajian mereka, didapati, masa skrin yang lebih lama akan memberi kesan negatif terhadap perkembangan bercakap anak. Tetapi ia tidak mengganggu skil bahasa badan atau interaksi sosial.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Namun, kesan skrin menyebabkan anak lambat bercakap wajar diberi perhatian.

Anak lambat bercakap: Rancangan pendidikan kanak-kanak pun tidak terkecuali

Menurut Dr. Jenny Radesky, walaupun ibu bapa memberikan rancangan pendidikan kanak-kanak kepada kanak-kanak itu, ia masih tidak mengubah kenyataan yang telefon pintar boleh menyebabkan anak lambat bercakap.

Dr. Radesky ialah pembantu professor untuk perkembangan perilaku pediatrik di University of Michigan. Dia juga merupakan ahli eksekutif  American Academy of Pediatrics’ (AAP).

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak lambat bercakap : Direct engagement vs. ill effects of smartphones

AAP sangat menyarankan untuk ibu bapa tidak memberi gadjet kepada anak di bawah usia 18 bulan. Sebaliknya ibu bapa amat digalakkan untuk berinteraksi secara terus dengan anak-anak.

Ini kerana mereka tidak dapat memahami perbezaan antara dunia 2 dimensi dan 3 dimensi yang sebenar.

Tidak kira jika video itu berfungsi secara iinteraktif macam mana pun, ia tetap tidak boleh menggantikan interaksi dunia sebenar. Akan akan kurang fleksibel dan tidak dapat berfikir secara sendiri. 

Bagaimana jika telefon pintar digunakan sebagai penenang?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Radesky menjelaskan fenomena menggunakan telefon pintar sebagai penenang anak adalah satu masalah yang teruk pada ibu bapa. Jumlah penggunaan skrin pada anak kecil akan memberi kesan kepada faktor sosial, budaya dan ekonomi pada ibu bapa nanti.

Radesky juga menjelaskan yang lebih banyak kajian diperlukan untuk membongkar kesan pendedahan telefon pintar kepada perkembangan anak-anak. Ini termasuklah kesan terhadap bahasa mereka. 

Hubungan dan interaksi antara ibu bapa dan anak itu penting

Radesky dan pakar-pakar lain bersetuju dengan satu perkara. Ibu bapa harus menyediakan ruang di dalam hidup untuk berinteraksi dengan anak-anak.

Berhubung dengan anak memang bukan mudah dengan dunia penuh pendedahan media, namun, ibu bapa harus terus terinteraksi secara berdepan kerana ia amat penting untuk perkembangan mereka.

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

 

Sumber: theAsianparent Singapore

Baca juga:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ketagih Main Gajet Tiada Had Umur – Bayi Pun Boleh Ketagih!

Penulis

Aqma