Anak Lebih Pandai Berbahasa Jika Bapa Yang Membacakan Buku Cerita Sebelum Tidur

Dr. Elisabeth Duursma menyatakan yang bapa lebih banyak menggunakan bahasa abstrak dan kompleks apabila bercerita. Jadi, anak dapat membina kemahiran berbahasa melalui gaya pembacaan begini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Terdapat satu kajian yang dijalankan oleh para penyelidik di Universiti Harvard, menunjukan jika bapa membacakan buku cerita sebelum tidur, skil berbahasa anak anda lebih mudah terbentuk.

Jadi, jika perlu membuat pilihan siapa yang membacakan buku cerita sebelum tidur, jawapannya ialah bapa!

Kenapa bapa perlu baca buku cerita pada anak, bukan ibu?

Mengapa sebenarnya anak lebih mudah membentuk skil berbahasanya jika bapa yang membacakan cerita sebelum tidur?

Menurut kajian di Havard, ia adalah kerana cara pembacaan bapa berlainan dari ibu.

Dr. Elisabeth Duursma menyatakan yang bapa lebih banyak menggunakan bahasa abstrak dan kompleks apabila bercerita.

Menurut kajian tersebut lagi, semasa membacakan buku cerita sebelum tidur, para bapa banyak mengaitkan benda di dalam buku cerita dengan pengalaman sendiri.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dan ini jarang dilakukan oleh para ibu. Para ibu lebih fokus pada butiran di dalam buku dan selalu meminta anak menamakan benda-benda di dalam buku.

Manfaat komunikasi antara anak dan ayah

Dr. Duursma juga mencatitkan yang cara interaksi bapa dan anak berbeza dari interaksi bersama ibu.

Dan perbezaan ini memberi manfaat yang sangat baik. Sebenarnya, manfaat ini datang dari tumpuan dan perhatian yang diberikan oleh bapa mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ini kerana mereka lebih banyak menghabiskan masa bersama ibu mereka.

Jadi, sedikit masa berkualiti dengan bapa, sebagai tanda yang bapa juga memberikan perhatian kepada mereka, adalah amat penting.

Sains telah membuktikan yang anak-anak juga memerlukan perhatian dan tumpuan dari bapa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kajian ini secara tidak langsung telah membuktikan yang anak-anak memerlukan perhatian dan tumpuan dari kedua ibu bapa mereka.

Kerjasama antara ibu ayah dalam melayani anak-anak

Dalam hal rumah tangga, bukanlah salah seorang sahaja yang perlu menguruskan anak-anak sementara lagi seorang sibuk atau terlalu fokus menguruskan hal-hal lain.

Eloklah kiranya seharian yang panjang bersama ibu di akhiri dengan sesi bercerita oleh bapa

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ianya nampak remeh. Namun langkah sekecil ini mampu memberi impak yang besar terhadap anak-anak.

Disebabkan itulah, pentingnya untuk ibu ayah meluangkan masa walaupun sejenak dengan mereka.

Masa kanak-kanak hanya sekali dan tidak akan kembali lagi. Jom jom hadiri setiap peringkat kehidupan anak-anak kita!

Anda juga mungkin berminat dengan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

10 Perbezaan Lucu Antara Seorang Ibu Dan Bapa

Sumber: scary mommy

Penulis

Aqma