7 anak lupa daratan, abai bapa terkongtang kanting lepas bolot semua harta

Sebak baca kisah anak lupa jasa ibu bapa ini. Dulu bapa ini jutawan. Lepas agihkan semua harta pada 7 anak, mereka terus mengabaikan orang tua ini nazak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak lupa jasa ibu bapa lepas bolot semua harta

Sayu hati membaca kisah anak lupa jasa ibu bapa ini. Di Melaka, seorang bapa bernama Daut @ Kassim Jali, 84 terpaksa menfailkan tuntutan nafkah pada anak-anaknya selepas 7 daripada mereka didakwa tidak mahu menjalankan tanggungjawab seoorang anak langsung. 

Bapa itu kini menghidap angin ahmar dan memerlukan nafkah untuk menyara hidupnya. Sebelum ini, beliau adalah seorang jutawan yang ada 3 stesen minyak, ladang kelapa sawit, pusat ternakan ayam dan beberapa aset lain yang diusahakannya sejak 1970-an. 

Semua asetnya bernilai lebih 4 juta. Tapi selepas aset-aset itu diagihkan secara sama rata kepada 7 anaknya, lain pula yang terjadi. Semua anak-anaknya terus lupa daratan dan mengabaikan tanggungjawab mereka pada si bapa.

Nasiblah Daut @ Kassim mempunyai anak-anak tiri dan isteri kedua yang tinggal di Masjid Tanah. Dari mereka beliau menagih simpati dan belas ihsan. 

Beliau dipetik mengatakan – 

Saya tak mahu ungkit apa yang diberi pada anak-anak. Tapi saya kecewa. Inikah balasan mereka pada saya, bapa yang membela mereka dari kecil? Saya perlu kos untuk rawatan kesihatan saya dan mereka tak kisah langsung.

Anak lupa jasa ibu bapa dan tak melawat langsung

7 anak Daut @ Kassim bukan saja lupa jasa bapa mereka, malah mereka juga tidak lagi melawat orang tua itu sejak 2 tahun lepas. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semua kisah sedih ini diceritakan oleh si bapa di Pejabat Pusat Perkhidmatan BN Ayer Keroh sambil menahan sebak yang mendalam. Peguam Daut @ Kassim menjelaskan 3 tahun lepas, si bapa pernah menfailkan tuntutan nafkah serupada di Mahkamah Tinggi Syariah Melaka.

Daripada tuntutan itu, Daut @ Kassim berhak menguruskan ladang ternakan ayam di 2 lot tanah untuk dijadikan sebagai sumber kewangan. Tapi pada September lepas, anak-anaknya telah datang mengambil balik kedua-dua lot itu.

Mereka membiarkan bapa mereka terkontang-kanting tanpa bantuan walaupun mereka tahu dalam usia tua seperti itu, si bapa yang sakit itu masih perlu keperluan makanan, ubat-ubatan, lampin pakai buang dan perbelanjaan lain.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Daut @ Kassim juga menceritakan bagaimana anaknya memaki hamun dan menghalau beliau ketika beliau datang ke salah sebuah stesen minyak yang diusahakan si anak. 

Satu hari dulu kereta saya kehabisan minyak. Saya pergi ke stesen minyak yang diusahakan anak, tapi dia tak endahkan saya. Dia juga tak bagi saya isi minyak. 2 jam saya tunggu. Kemudian dia maki saya. Sedangkan stesen minyak itu saya yang usahakan dulu…

Janganlah kita jadi anak yang lupa jasa ibu bapa

Terkelu lidah mengenangkan kesukaran yang dihadapi bapa ini. Dalam usia yang semakin menginjak tua dan masalah kesihatan yang tak mengizinkan, si bapa sebenarnya amat memerlukan anak-anak mereka.

Dengan siapa lagi bapa ini boleh bergantung? Benarlah orang mengatakan “seorang ibu bapa boleh menjaga berpuluh-puluh anak, tapi seorang anak mungkin tak mampu menjaga seorang ibu bapa“. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: PBS

Jika dulu ibu bapa kita yang berkorban demi segala-galanya untuk kita, kini bila mereka sakit dan memerlukan kita, apa salahnya jika kita membalas jasa mereka? 

Ramai yang memberi respon agar kita mendengar cerita daripada pihak si anak untuk mengetahui perkara sebenar tentang hal ini, tapi bagi saya anak lupa jasa ibu bapa adalah tidak wajar.

Walau apapun kesalahan/kemarahan kita pada ibu bapa, jangan sesekali mengabaikan mereka, lebih-lebih lagi apabila mereka semakin nazak. Pernahkah mereka meninggalkan kita ketika kita sakit demam dulu?

Sudahlah mereka juga yang bersusah-payah meningkatkan ekonomi dan harta keluarga tanpa usaha anak-anak. Sekarang lepas kita bolot semua harta mereka, kita tak mahu jaga mereka langsung? 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semoga kita dijauhkan daripada menjadi anak yang lupa jasa ibu bapa, insyaAllah.

 

 

Sumber rujukan: Sinar Harian

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comanak-tak-mahu-jaga-muliakanlah-ibu-bapa-anda/

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Ayu Idris