Bila musim hujan macam sekarang ni, suka betul anak-anak, kan? Anak main hujan dengan gembira – berlari-lari ke sana sini, main percik air lecak.
Tapi, ada bahaya yang tersembunyi bila anak main hujan tahu! Antaranya seperti, penyakit, banjir yang dan yang paling jarang berlaku, disambar petir!
Seperti kes baru-baru ini, seorang anak kecil hampir terbunuh selepas bermain hujan semasa kilat. Ini mengingatkan kita tentang keselamatan yang perlu diambil semasa musim hujan.
Anak main hujan bertukar tragedi
Kilat datang secara semula jadi dan kerap ketika musim hujan: sama ada sebelum, semasa atau selepas hujan reda.
Jika disambar kilat, mangsa boleh mengalami kecederaan parah di organ seperti jantung, kulit, rangka otot dan sistem saraf.
Kematian akibat disambar kilat adalah jarang tapi ia berlaku apabila jantung berhenti berdenyut.
Baru-baru ini, satu video tular di media sosial tentang risiko sebenar yang boleh dialami jika kita membenarkan anak main hujan.
Video yang dirakamkan oleh ibu dari Argentina ini menunjukkan anak lelakinya bermain hujan lebat sambil memegang payung dan memakai baju hujan.
Walau bagaimanapun, semasa di berlari ke laman belakang, kilat tiba-tiba menyambar dan hampir meragut nyawanya!
Tak lama selepas itu, dia dilihat berlari ke laman belakang dan meneruskan keseronokannya bermain hujan.
Tiba-tiba, tanpa amaran, kilat yang kuat menyambar pagar dan hanya beberapa meter jauh dari budak ini. Pagar tersebut terbakar.
Pada saat ini, ibunya – Carolina Kotur, menjerit dan menjatuhkan telefonnya dan berlari ke arahnya.
Menurut ibunya, dia merakamkan anaknya untuk dijadikan sebagai memori anaknya yang sedang bersoronok main hujan.
Sudah tentu dia tak menyangka yang kilat akan menyambar pagar yang sangat berhampiran dengan anaknya.
Dia bersyukur anaknya selamat “Nasib baik tak ada apa yang jadi padanya.”
Ini adalah video penuh kejadian terbabit:
Anak main hujan: Keselamatan semasa musim hujan
Kejadian malang ini berlaku kerana kurang pengetahuan tentang bahaya bermain di luar semasa ribut petir atau musim hujan.
Ini antara beberapa tip keselamatan yang anda boleh ajar anak anda supaya mereka selamat dari kilat, walaupun ia sangat jarang berlaku.
Semasa di luar:
- Cari tempat untuk berlindung. Jika anda berada di luar dan hari akan hujan, cari tempat berteduh!
- Ingat tentang peraturan 30-30. 30 = keselamatan. Selepas melihat kilat, kira hingga 30. Jika guruh berdentum sebelum anda habis kira hingga 30, cari tempat berlindung dan tinggal di sana sekurang-kurangnya 30 minit selepas anda dengar guruh yang terakhir.
- Tunduk. Jika anda tak dapat cari tempat berteduh, jangan risau. Anda hanya perlu tunduk serendah mungkin, sambil mengurangkan sentuhan ke atas tanah kerana kilat boleh menyebabkan arus elektrik sejauh 100 kaki.
- Jauhkan diri dari konkrit kerana dinding dan lantai konkrit boleh menyebabkan kilat jika ia mempunyai besi tersembunyi.
- Jangan lupa payung, baju hujan dan kasut boot.
Dalam rumah:
- Pilih untuk tinggal di rumah. Jika anda baru saja hendak keluar dan dapat tahu hari akan hujan, tangguhkan rancangan anda ke hari lain.
- Elak gunakan air kerana kilat boleh merentas paip.
- Ingat yang elektrik adalah musuh anda. Jauhkan diri dari barang elektronik dan telefon berwayar kerana kilat boleh merentas melalui sistem ini. Telefon tanpa wayar dan telefon bimbit agak selamat.
Di musim hujan ini, banyakkan aktiviti di dalam rumah supaya anak-anak tak bosan.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber asal ditulis oleh Kevin Wijaya dan diterjemah dengan izin dari theAsianparent Singapore
Baca juga:
Aktiviti Menarik Untuk Anak-Anak Di Rumah Semasa Musim Hujan, Ibu Jom Cuba!