Anak berumur lima tahun menjadi mangsa akibat masalah rumahtangga

Seorang lelaki dari negara China telah ditangkap kerana merakam video diri sendiri menampar anak perempuannya yang berusia lima tahun.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setiap pasangan yang menghadapi masalah rumahtangga pasti akan merasa ganguan emosi seperti:

  • Jiwa terganggu
  • Marah
  • Sedih
  • Terpencil
  • Kecewa
  • Kesunyian

Semua ganguan emosi ini, kadang-kadang menimpa pasangan walapun selepas mereka berpisah dan ini boleh mewujudkan implikasi dan kesan yang negatif terhadap anak.

Antaranya adalah menjadi seorang yang pemarah dan beremosi. Kebiasaanya anak-anak akan menjadi mangsa untuk melepaskan tekanan yang dihadapi seperti memukul dan memarahi anak-anak secara melampau.

Bermulalah kes penderaan, dan ini akan memberi kesan psikologikal yang buruk kepada anak.

Seorang lelaki dari negara China telah ditangkap kerana merakam video diri sendiri menampar anak perempuannya yang berusia lima tahun.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Rakaman yang dimuat naik lelaki itu, menunjukkan seorang gadis sedang tidur yang tiba-tiba dipukul berulang kali pada mukanya. Kanak-kanak itu menanggis kesakitan sambil menggunakan tangan untuk melindungi mukanya daripada dipukul.

Lelaki itu mengaku dia telah membuat rakaman itu kerana mahu memujuk bekas isteri supaya kembali ke pangkuannya. Dia ditahan selama 15 hari dan gadis itu dimasukkan ke dalam jagaan bekas isterinya, menurut Rangkaian Televisyen Global China.

Kesan masalah rumahtangga kepada anak

  • Bersifat pemurung dan merendah diri.
  • Berasa berbelah bagi antara ibu dengan bapa.
  • Memupuk sikap pemarah dan pembuli.
  • Hilang tumpuan dan perhatian dalam pelajaran.
  • Kurang didikan dan pegangan agama.
  • Mudah terpengaruh dengan perkara yang sia-sia.
Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

sumber : Flickr Hive Mind

Peranan Ibu Bapa yang sudah berpisah

Jangan abaikan perasaan anak kerana mereka berhak menerima kasih sayang dari kedua-dua ibu bapa. Curahkan kasih sayang dan jalinkan hubungan rapat dengan mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu bapa harus faham tekanan emosi yang dialami anak dan cuba untuk bertenang dan mengawal perasaan sendiri.

Sesetengah kanak-kanak mungkin akan menyalahkan diri sendiri kerana fikir mereka yang menyebabkan ibu bapa mereka berpisah. Ibu bapa perlu sentiasa mencurahkan kasih sayang yang tidak berbelah dan memberitahu anak bahawa ini bukan salah mereka.

Dapatkan bantuan pakar dan kaunseling jika anda ataupun anak anda yang memerlukannya. Dengan berkongsi perasaan, mungkin anda akan boleh menerima perceraian itu dengan cara yang lebih baik.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sumber: The Star

Penulis

Rosanna Chio