Ibu yang kehilangan anak ini salahkan doktor kerana guna forsep

Seorang ibu kecewa apabila doktor yang menjanjikan persalinan melalui forsep tiada risiko berakhir dengan anak mati akibat forsep.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Wanita yang tengah saran mengandung ini, Meghan sepatutnya bersalin di rumah, tapi kerana terlalu sakit, dia membuat keputusan untuk pergi ke hospital.

Namun, ibu ini kecewa apabila keputusannya untuk melahirkan anaknya di hospital bertukar menjadi tragedi. Anaknya mati gara-gara forsep!

Anak mati akibat forsep, ibu salahkan doktor

Menurut Meghan, staf hospital telah menyediakan meja yang kelihatan seperti alat untuk mendera orang pada zaman pertengahan. Tak lama selepas itu, Doktor Pedro Segarra datang memegang forsep.

Ibu Meghan yang ketika itu menemaninya berkata “Tunggu, apa risiko menggunakan forsep?” Doktor tersebut menjawab “hampir tiada.”

Menurut laporan tuntutan mahkamah yang difailkan oleh Meghan, anak mati akibat forsep kerana Doktor Pedro telah meletakkan forsep di kepala anaknya dan menarik Meghan yang ketika itu sedang memegang bahagian tepi katil hingga ke hujung katil.

Doktor itu kemudiannya menarik forsep tersebut sehingga Meghan terangkat dari katil semasa forsep masih berada di katil bayi dan menggoncang Meghan dengan kasar sehingga anaknya lahir.

Anaknya yang dinamakan Matthew Jacob oleh Meghan dan suaminya tak bergerak, biru dan tak menangis. Bayi yang telah dipenggal dalamannya ini terus dibawa pulang.

Meghan pula kini mengalami kesakitan berterusan kerana organ dalamannya koyak akibat prosedur tersebut. Dia perlu melakukan pembedahan untuk kembali pulih.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Meghan dan suaminya telah membiarkan anak mereka hidup selama tujuh hari melalui mesin bagi membolehkan organ anaknya diderma.

Meghan berharap perkara seperti ini tidak akan berlaku lagi.

Anak mati akibat forsep: Alat bantuan bersalin lebih bahaya dari czer

Penggunaan forsep telah diharamkan selama berdekad-dekad dan hanya digunakan kembali selepas peningkatan dan risiko pembedahan czer.

Tapi menurut kajian dari Jurnal Persatuan Perubatan Kanada, lebih banyak penggunaan forsep dan vakum yang digunakan semasa bersalin, lebih tinggi trauma kelahiran yang serius untuk dialami oleh ibu lebih-lebih lagi yang pertama kali melaui pengalaman bersalin.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Doktor Steven Goldstein, profesor di Obstetrik dan Ginekologi di Pusat Perubatan NYU Langone berkata,

“Ini adalah kes yang sangat dahsyat dan menyedihkan. Tapi ini bukan menunjukkan cara forsep yang perlu digunakan. Beberapa forsep masih sangat selamat.”

Anak mati akibat forsep: Beri masalah jangka panjang pada bayi yang lahir melalui alat bantuan bersalin

Kajian oleh para saintis dari Universiti Barat Sydney dengan kerjasama pengkaji antarabangsa telah menemui, bayi lahir melalui alat bantuan bersalin ini akan mengalami beberapa masalah jangka panjang.

Antaranya ialah:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Kanak-kanak yang lahir dari bantuan bersalin menggunakan alat bersalin selepas di induce memiliki “risiko yang lebih tinggi untuk demam kuning dan mempunyai masalah menyusu.”
  • Mereka yang lahir melalui caesarean pula mengalami risiko tinggi untuk menghadapi hipotermia selepas lahir.
  • Bayi yang lahir selepas pembedahan caesarean kecemasan pula mempunyai kadar paling tinggi mengalami gangguan metabolik.
  • Kanak-kanak yang lahir melalui bantuan bersalin juga mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk mendapat jangkitan pernafasan, gangguan metabolik dan ekzema.

Kajian ini dilakukan supaya doktor dapat memberitahu ibu yang bakal bersalin akan risiko yang mungkin akan dialami jika menggunakan alat bantuan bersalin dan memberikan bakal-bakal ibu pilihan untuk memilih cara yang sesuai untuk mereka.

 

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber rujukan: New York Post

Baca juga:

https://my.theasianparent.combantuan-bersalin

 

Penulis

Nadia Ghafar