Pilunya Hati! Jika Darah Ibu Ini Diuji, Pasti Anaknya Takkan Mati Dalam Kandungan

Kisah pilu ini harus diambil sebagai pengajaran untuk semua ibu hamil di luar sana. Betapa sengsara terpaksa menerima hakikat anak mati dalam kandungan...

Anak mati dalam kandungan

Brooke Campbell, 27 tahun, tahu ada sesuatu yang tidak kena apabila beliau tidak dapat merasakan bayinya bergerak dalam kandungan.

Kandungan beliau sudah masuk minggu ke-36. Yang lebih memburukkan keadaan, tiba-tiba bukan air ketubannya yang pecah. Tapi, Brooke dilimpahi darah yang banyak!

Beliau pantas di bawa ke hospital. Namun, beliau tidak menerima berita baik di sana. Hati Brooke benar-benar hancur.

Doktor memberitahu beliau yang Darcy, anak kesayangan yang sedang dikandungnya itu tiada lagi degupan jantung!

Kredit: Facebook

Berita kematian yang sungguh mendukacitakan

Brooke sempat melihat skrin ultrasound. Darcy yang dalam kandungannya kelihatan tidak bernyawa. Dia hanya tergantung di situ...

Ya Allah, betapa luka dan pedih hati ibu ini. 

Pakar bedah Brooke juga menangis menyampaikan berita itu. Darcy tiada sebarang komplikasi dan amat sihat.

Suami Brooke, Elliot rebah di lantai apabila masuk ke dalam bilik dan diberitahu tentang berita pemergian Darcy. Dia hanya ke ambulan untuk mengambil barangan Brooke dan bayi.

Kredit: Facebook

Mereka masih tidak tahu mengapa Darcy mati dalam kandungan, namun selepas pemeriksaan lanjut dilakukan, Brooke disahkan menghidap penyakit genetik bernama Factor V Leiden

Penyakit ini hanya berlaku sebanyak 4% dan boleh mengakibatkan keguguran atau ketidaksuburan.

Dalam kes Brooke, penyakit genetik tersebut mengakibatkan gangguan plasenta hingga beliau kehilangan hampir 1.7 liter darah.

Gangguan kehilangan darah itu membunuh Darcy apabila plasenta telah terasing daripada rahim.

Plasenta itu terpisah daripada rahim dan mengakibatkan Darcy tidak dapat oksigen yang mencukupi hingga maut.

Akan tetapi, penyakit genetik tersebut boleh dikesan melalui ujian darah.

Namun, Brooke tidak menjalani sebarang ujian darah sehinggalah beliau terpaksa menerima hakikat kehilangan anaknya.

Sebab itu Brooke ingin menyampaikan kesedaran ini pada semua ibu hamil di luar sana. Beliau tidak mahu mana-mana ibu atau anak menghadapi nasib yang sama dengannya.

Ujian darah bukanlah ujian mandatori ketika hamil untuk semua wanita di AS. Jika ia dijadikan mandatori, pasti kejadian seperti ini boleh dielak.

Jadi ibu hamil semua, jangan lupa untuk memeriksa darah anda walaupun ketika hamil, ya!

Brooke tetap perlu bersalin walaupun anak telah mati dalam kandungan

Inilah Darcy, anak Brooke yang telah mati dalam kandungan

Bayangkan kesedihan hati ibu ini... 

Sudahlah anaknya telah mati dalam kandungan, kini, beliau terpaksa juga bersalin walaupun mengetahui anaknya itu telah tiada.

Brooke memilih untuk bersalin secara normal berbanding secara caesarean seperti yang disarankan. 

Selepas Darcy selamat dilahirkan, Brooke sekali lagi meraung kesedihan. Beliau melihat anaknya itu cukup sihat, sama seperti anaknya sebelum ini.

"Darcy nampak sihat dan handsome. Sama macam bayi lain. Cuma dia tak menangis macam bayi baru lahir. Dia hanya tidur di sana, dan hati saya berkecai melihatnya...," ujar Brooke sambil menyeka air matanya.

Pihak hospital membenarkan keluarga Brooke meluangkan masa dengan Darcy. Lalu, mereka sekeluarga menjaga Darcy dari hari Isnin sampai Rabu.

Mereka juga mengambil gambar candid bersama bayi istimewa itu. Darcy tidak lepas dari tangan Brooke.

Beliau sentiasa memeluk erat anaknya itu dan menciumnya lembut.

Anak Brooke yang lebih besar, Noah turut tidak melepaskan peluang mencium Darcy. Namun, Noah yang masih tidak faham akan situasi sebenar tertanya-tanya mengapa adiknya itu tidak menangis.

Pilunya hati mengenangkan nasib ibu ini. Semoga beliau diberi kekuatan untuk mengharungi cabaran ini.

Doa kami buat bayi Darcy, tenanglah kau di sana wahai si comel. Moga-moga ibu dan ayahmu kuat meneruskan hidup mereka tanpamu di sisi.

Sumber rujukan: Daily Mail, Yahoo dan Baby Center

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

 

Penulis

Ayu Idris