Ibu kongsi bagaimana anaknya meninggal semasa tidur, ambil kisah ini sebagai pengajaran!

Seorang ibu berkongsi tentang kisah anak mati lemas akibat dia meletakkan mainan terlalu banyak dalam katil bayi. Baca luahan ibu ini...

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Seorang ibu kehilangan anaknya secara tragik apabila anak mati lemas gara-gara teddy bear. Dia menggesa ibu bapa untuk elakkan dari meletak mainan besar atau bantal di dalam katil bayi. Melalui perkongsian yang sangat beremosi di Facebook ini, dia juga turut kongsikan tip keselamatan untuk bayi dan kanak-kanak.

Ini apa yang dia ingin katakan.

Ibu kongsikan tip keselamatan setelah anak mati lemas

Seorang ibu, Dexy Leigh Walsh memuat naik pos mengatakan apa yang berlaku pada pagi 6 Mac 2018. Dia bangun dari tidur dan mendapati anak perempuannya Connie yang berusia 18 bulan telah mati akibat lemas dengan mainan lembut.

Dexy telah meletakkan mainan lembut tersebut di katil Connie untuk mengelakkan anaknya dari jatuh. Dexy menjumpai anaknya dalam keadaan tidak bernyawa dan cuba untuk melakukan CPR untuk menyelamatkan anaknya, tapi ia sudah terlambat.

Ibu ini akhirnya ingin menggesa ibu bapa untuk sentiasa ingat tentang tip keselamatan pada bayi dan kanak-kanak semasa mereka tidur.

Kredit gambar: Facebook- Connie Rose Awarness

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dexy dengan penuh emosi berkata –

Saya letakkan patung kecil di bawah dan patung yang paling besar di atas untuk menghalang Connie dari jatuh. Connie tidak jatuh tapi dia tidur di bawah patung-patung itu dan akhirnya dia tidur bersama malaikat. Apa yang saya fikir sekarang, jika saya biarkan katinya kosong, dia mungkin masih bersama saya dengan sedikit benjolan di dahi. Tapi ia semua ‘jika’. 

Dia berkata lagi,

Biarkan mereka jatuh. Jangan letak patung atau mainan lembut dalam katil. Biarkan kosong. Mereka tak perlukan apa-apa atas katil melainkan sarung tilam. Tolong ingat apa yang ada di dalam katil anak anda. Apa-apa boleh berlaku.

Keluarga yang kecewa ini telah membuat satu laman Facebook Connie Rose Awareness untuk meningkatkan kesedaran tentang amaran dan tip keselamatan bayi dan kanak-kanak semasa tidur.

Anak mati lemas: Tip keselamatan kanak-kanak dan bayi semasa tidur oleh pakar

Organisasi Hidung Merah Australia sangat berdedikasi tentang kesan SIDS dan menyokong keluarga yang kehilangan anak. Ini adalah nasihat mereka untuk memastikan persekitaraan tidur bayi anda selamat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit gambar: Facebook Connie Rose Awareness

Untuk bayi yang berusia 7 bulan, permainan lembut perlu dijauhkan semasa mereka tidur. Ia boleh mengganggu pernafasan mereka kerana ia boleh menutup hidung dan mulut bayi. 

Tapi untuk bayi yang lebih besar, mereka mencari permainan lembut atau objek untuk mencari keselesaan dan hubungan semasa di fasa pemisahan tempat tidur. Walaupun begitu, katil bayi anda tidak boleh dipenuhkan dengan mainan lembut besar, bantal atau objek lain sepertinya.

Organisasi ini juga menasihatkan ibu bapa untuk tidak memindahkan anak dari katil bayi ke katil biasa sebelum mereka bersedia. Untuk keselamatan, apabila anda melihat kanak-kanak cuba memanjat keluar dari katil bayi dan mereka seperti kelihatan akan berjaya, ia adalah masa yang sesuai untuk anda pindahkan mereka dari katil bayi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kebanyakkan kanak-kanak boleh buat sebegini pada usia 2-3 tahun. Tapi ia juga boleh jadi lebih awal, seawal usia 18 bulan.

Tip keselamatan permainan yang berguna untuk bayi dan kanak-kanak

Jika anda menggunakan katil bayi setinggi orang dewasa untuk anak anda, ini apa yang anda perlu ingat:

  • Anak anda boleh terperangkap di pagar katil jika ia tidak berada di jarak yang betul. Jadi pastikan anda berhati-hati semasa memasang pagar katil bayi untuk anak anda.
  • Pastikan tiada jarak di antara tilam dan pagar untuk mengelakkan kepala anak anda terperangkap.
  • Elak dari meletakkan bantal atau permainan lembut di pagar katil.

Jadi adakah anak anda mahu tidur dengan teddy bear kesayangan mereka? Mungkin sudah tiba masanya untuk anak halang mereka dari berbuat demikian untuk keselamatan anak anda semasa tidur.

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber rujukan: theAsianparent Singapore

Baca juga

https://my.theasianparent.com/kematian-bayi-10-bulan

Penulis

Nadia Ghafar