Takut anak menangis pergi taska? Ini adalah pengalaman baru dan perubahan yang besar untuk anak yang sebelum ini belum pernah dijaga oleh orang lain.
Ibu boleh kembali bekerja, tapi ini masih masa yang beremosi (penting!) untuk anak dan ibu bapa.
Hantar anak ke taska atau pengasuh adalah langkah pertama ke arah anak jadi lebih berdikari dan tidak selalu melekat pada ibu bapa saja.
Dapatkan petua dari wanita yang mempunyai pengalaman mengendalikan taksa selama 30 tahun ini. Semoga petua-petua tersebut dapat membantu ibu bapa yang mengalami cabaran apabila anak menangis pergi taska.
Menyediakan anak untuk pergi taska atau hantar pengasuh
1. Beberapa minggu sebelum hari pertama di taska
Beritahu anak tentang kanak-kanak lain yang pergi ke sekolah, contohnya rakan-rakan, kakak ataupun abang yang lebih tua.
Atau beri contoh orang dewasa yang pergi ke tempat yang berlainan pada waktu pagi. Contohnya ayah dan ibu yang pergi bekerja, kemudian pulang ke rumah untuk makan malam dan kita semua tidur di rumah yang sama.
Dengan cara yang sama kanak-kanak juga pergi ke taska/sekolah/tadika dan kemudian balik semula ke rumah.
2. Jelas pada anak mengapa mereka perlu pergi taska/pengasuh
Jelaskan pada anak yang ayah dan ibu perlu bekerja untuk mendapat duit menyara keluarga.
Kemudian jelaskan mengapa kanak-kanak perlu pergi ke sekolah: untuk belajar, berseronok dan bertemu dengan rakan-rakan sebaya.
Jika anak menangis pergi taska, ini tidak bermaksud dia tidak faham. Jangan salah anggap kanak-kanak tidak mempunyai keupayaan untuk memahami penjelasan ibu bapa mereka.
Kanak-kanak mempunyai minda yang aktif dan boleh menyerap apa ibu bapa katakan jika bahasa senang serta nada suara yang lembut digunakan.
Akan tetapi, mereka mungkin menangis kerana perkara lain.
3. Bacakan buku tentang kanak-kanak yang ke taska
Di bawah contoh buku-buku dalam Bahasa Inggeris saja, tapi kalau ibu-ibu rajin ke kedai buku, pasti dapat cari buku dengan topik yang same dalam Bahasa Malaysia:
- Llama Llama time to share ditulis oleh Anna Dewdrey
- Bye Bye Time ditulis oleh Elizabeth Verdick
- A Love You all Day Long ditulis oleh Francesca Rusackas
- Stand Tall Molly Low Melon ditulis oleh Petty Lovell
- Wherever You Are My Love will find you ditulis oleh Nancy Tillman
- The Wonderful Things You Will Be ditulis oleh Emily Winfield Martin
Jika ibu juga mengalami keresahan pemisahan ini buku yang sesuai untuk anda : “lf I Could Keep You Little oleh Marianne Richmond”.
4. Bawa anak melawat taskanya
Sebelum mereka mula pergi ke taska, bawa anak untuk melawat dulu supaya mereka boleh berinteraksi dengan kanak-kanak yang lain. Mana tahu, dapat kawan yang baru?
Tapi ibu bapa jangan bimbang, anak akan membiasakan diri selepas beberapa hari ataupun minggu. Biarpun anak menangis pergi taska, ini cuma untuk tempoh masa yang singkat saja.
5. Kenali pengasuh atau guru anak anda
Saya pasti guru itu juga ingin mengenali anda dan mungkin ingin berbincang serba sedikit mengenai keperluan anak anda. Lagipun cara anda mendidik anak mungkin berbeza.
Jadi berkongsilah dengan guru/penjaga anak tentang perangai anak di rumah.
Mungkin ada sebab tertentu anak anda berperangai demikian di taska, contohnya bayi baru di rumah, kematian datuk ataupun nenek.
Kadang-kadang ia disebabkan oleh ayah atau ibu yang terpaksa ke luar negara untuk masa yang panjang akibat kerja dan in boleh menjejaskan mood kanak-kanak.
Kadang-kadang kanak-kanak yang telah menetap di dalam dan kelihatan gembira mula menjadi marah. Ini adalah perkara biasa, dan mungkin kerana kebiasaannya sudah habis.
Tapi ada juga kanak-kanak yang nampak ok je hari pertama kemudian mula menangis pada hari kedua dan ketiga. Seem happy start getting upset.
Ini adalah perkara biasa, dan mungkin kerana keseronokan pengalaman yang baru sudahpun habis.
6. Bincang dengan guru tentang keresahan anak
Jika guru atau penjaga tidak terlalu sibuk, bersembanglah dengannya pada penghujung hari untuk mengetahui bagaimana hari pertama anak anda.
Jika anda masih bimbang anak menangis pergi taska, hubungi pusat taska dan tanya keadaan anak anda. Kebanyakan kanak-kanak akan berhenti menangis selepas ibu bapa telah pergi.
Sumber: theAsianparent Singapore
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
https://my.theasianparent.comtanda-pengasuh-yang-tidak-baik/