Anak menangis dihalang semata-mata sebab dia lelaki? Kononnya lelaki tak boleh tunjukkan kelemahan diri dengan menangis.
“Tak payah menangis, awak itu lelaki. Malu lelaki menangis”
Pernah tak anda dengar kata-kata ini yang selalu dilontarkan kepada anak lelaki.
Sedangkan tidak kira anak lelaki atau anak perempuan, kalau dia menangis sekalipun, itu bukan bermakna mereka anak yang tidak baik, nakal dan tidak mendengar kata.
Tapi, itu adalah salah satu bentuk komunikasi dari seorang kanak-kanak kepada ibu bapanya kerana mereka mungkin belum boleh bercakap dengan betul.
Anak menangis dihalang terutama kalau dia lelaki
Sebenarnya, tangisan adalah salah satu cara bagi kanak-kanak menonjolkan ketidakpuasan hatinya. Apatah lagi, itu adalah komunikasi mereka terhadap kedua ibu bapanya.
Namun, ramai ibu bapa yang marah, rimas dan tak suka bila anak menangis kerana dianggap menganggu ketenteraman.
Jadi, bagaimana kalau anak terus berhenti menangis hingga tiada lagi komunikasi dengan kita.
Tentu anda akan rasa pelik dengan perlakuan mereka itu, kan? Malah, jika tiada tangisan ia tidak dapat menambah bonding antara ibu, ayah dan anak- anaknya.
Jika anak menangis dan meraung terlalu kuat sampai boleh didengari rumah jiran sebelah, anda boleh meminta dia mengurangkan kadar suaranya.
Ataupun, minta dia berhenti dari menangis tapi janganlah sampai mengaitkan dengan sikap mereka sama ada baik atau jahat.
Buat anak keliru bila halang mereka menangis
Bayangkan kalau satu hari nanti anda menangis di hadadapan anak-anak. Tentu mereka akan keliru kerana anda pernah mengatakan menangis itu tidak patut diluahkan oleh sesiapa.
Bila anda sering mengatakan ‘jangan menangis” tentu mereka akan keliru dan salah sangka dengan apa yang pernah anda lontarkan kepada mereka.
Ini kerana, kata-kata yang berbentuk pengulangan boleh menjadi satu kepercayaan bagi kanak-kanak.
Malah perkataan seperti good boy don’t cry apabila disebut berulang kali boleh menjadi kepercayaan dalam diri anak-anak kita. Kesannya boleh masuk ke belief system anak berkenaan.
Terdapat tiga kemungkinan iaitu:
– Pertamanya, dia mungkin merasakan kalau menangis atau kuat menangis, maka dia mestilah budak nakal. Jadi, itu mungkin menjadi satu kepercayaan yang akan sentiasa ada dalam fikiran anak.
– Keduanya pula, untuk memastikan dia good boy, anak itu akan sentiasa memendam perasaan sedih dan sakit. Jadi kalau dia tidak menghargai perasaannya, maka lama-lama dia lupa untuk meluahkan rasa hatinya sendiri.
– Ketiganya, bila sudah besar dia mungkin susah menyatakan rasa sedih dan tidak berani untuk menangis.
3 Cara menangani anak menangis
Kalau anak kuat menangis dan melalak apa yang anda boleh buat adalah:
#1. Bertanya
Tanya dengan ikhlas apa yang menyebabkan dia menangis misalnya seperti ini:
“Kenapa sayang menangis?
“Sayang tengah bersedih ke?”
#2. Kemudian selepas anda tahu, barulah hulurkan bantuan dan boleh memujuknya.
#3. Paling tidak pujuk dengan cara memeluk atau duduk rapat di samping mereka.
Kejam ke kalau biarkan anak menangis sampai tertidur?
Sebenarnya membiarkan anak menangis sendiri semasa anda sedang berada dalam keadaan buntu adalah jauh lebih baik berbanding memegang atau mendukungnya terutama bila anda sedang stres dan marah.
Apatah lagi, mengendalikan anak yang meragam dalam keadaan ibu bapa sedang marah berisiko untuk penderaan bayi iaitu Shaken Baby Syndrome.
Akan tetapi, dengan menangis itu merupakan salah satu cara untuk manusia release tension.
Tahukah anda, hormon tidur iaitu Melatonin dan hormon stres iaitu cortisol adalah musuh ketat.
Sekiranya salah satu aras ini tinggi dalam badan seseorang individu maka Melatonin akan menyembunyikan dirinya.
Sebabnya secara logik mana mungkin seseorang individu yang berada dalam keadaan stres boleh tidur.
Cara tepat tenangkan bayi
-Peluk anak dan kemudian biarkan dia menangis dalam pelukan. Tapi, jangan stres untuk hentikan dia dari menangis. Apa yang boleh anda buat adalah memberinya sokongan dan bukan menghentikan tangisan itu sehingga si kecil tertidur sendiri.
-Jika anak sudah sedikit besar mungkin di atas 10 bulan, apa yang selamat biarkan dia tidur sambil memeluk patung mainan lembut seperti teddy bear. Kemudian baringkan saja dia di atas katil dan biarkan dia menangis sambil hisap jari.
-Baringkan anak di atas katil dan kemudian usap rambut serta belakang badannya dengan lembut tapi bukan untuk menghentikan tangisannya. Ia sebagai isyarat bahawa anda ada disisinya dan tidak tinggalkan dia seorang diri.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Sumber : Ibu Rose
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga