Ibu kejam ikat dan heret anak belakang motor sebagai hukuman

Hukuman yang diberi kerana anak mencuri ini sungguh kejam. Anak ini diikat dan diseret belakang motor hingga menangis semahu-mahunya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak mencuri duit ibu bapa

Ibu bapa mana yang tidak marah apabila mengetahui anak mencuri? Selepas berjaya menangkap perbuatan anak, pasti ibu bapa mahu beri anak hukuman untuk mengajarnya.

Namun, hukuman yang diberi haruslah setimpal dan sesuai dengan umur anak. Hukuman yang terlalu kejam boleh menyebabkan trauma.

Akan tetapi, semua parents pasti ada cara tersendiri nak mendisiplinkan anak, kan? Itulah yang dibuat ibu ini untuk menghukum anaknya yang mencuri.

Dalam sebuah video yang dirakam di Yunan, China, seorang ibu dilihat mengikat dan mengheret anaknya yang mencuri dengan motor.

Seorang pejalan kaki yang merakam aksi ibu ini yang menghukum anak mencuri itu.

Anak mencuri diikat dan diseret sebagai hukuman

Dalam footage yang agak mengganggu itu, dapat dilihat tangan kanak-kanak terbabit diikat dengan tali. Tali itu pula ditambat pada motor. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 Ketika rakaman dibuat, anak mencuri itu terbaring di jalan sambil diseret. Dia menangis semahu-mahunya.

Ibu itu mahu menghukum anaknya itu kerana dia telah mencuri hampir RM 1,200 duit keluarga mereka. Menurut ibunya lagi, mereka orang susah.

Duit itu merupakan hasil yang dikumpul suaminya selama ini. Mereka hanya berpendapatan lebih RM 1,500 saja sebulan. 

"Saya telah menghukum anak ini sejak 3 hari lalu," mengaku si ibu. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setelah video hukuman anak mencuri ini tular di media sosial, pihak polis terus memanggil ibu dan anak itu untuk disoal-siasat.

Ibu terbabit mengaku yang dia menghukum anaknya kerana anaknya mencuri duit ibu bapa. Namun, polis masih tidak bersetuju dengan hukuman yang diberi si ibu pada anaknya.

Akan tetapi, hukuman keras tidak diambil pada ibu ini. Dia hanya diberi peringatan keras untuk tidak mengulangi perbuatan itu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hukuman berbentuk fizikal sebagai cara mendisiplinkan anak, adakah ia berkesan?

Sebuah penelitian yang diterbitkan PubMed baru-baru ini mendedahkan, hukuman berbentuk fizikal seperti memukul anak dengan keras membuatkan cara mendisiplin itu nampak teruk.

Malah, hukuman yang terlalu keras juga akan membuatkan anak trauma dan mengalami gangguan personaliti seperti cepat cemas dan rasa tidak disayangi.

Oleh sebab itu, kekerasan sebagai hukuman dianggap bukan jalan keluar untuk mengajar anak disiplin.

1. Hukuman keras tak benarkan anak belajar tentang perbuatan yang betul

Menghukum anak dengan memukul atau mengheret di jalan seperti ibu di China ini hanya akan membuatkan anak tidak mengulangi perbuatan sama.

Namun, dia tak belajar tentang apa perbuatan yang betul. Dia hanya takut untuk mengulangi perbuatan itu kerana takut dihukum.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tapi dia tak tahu mencuri adalah perbuatan yang salah!

2. Kekerasan merenggangkan hubungan ibu bapa dan anak

Jika anda selalu memberikan hukuman fizikal yang keras setiap kali anak buat kesalahan, jangan aneh bila hubungan kalian makin renggang.

Ini kerana anak rasa tidak selamat dengan anda. Maka, dia akan mencari rasa selamat dan rasa dicintai itu dari luar rumah.

3. Hukuman fizikal seperti memukul buat anak lebih agresif

Dalam banyak kes, hukuman seperti memukul itu telah memicu perangai agresif pada anak.

Ini sebab mereka meniru perilaku yang ditunjukkan oleh ibu bapa mereka. Anak akan merasa kekerasan adalah jawapan untuk setiap masalah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apa pandangan anda tentang bentuk hukuman seperti ini? 

 

 

 

 

Artikel diterbitkan semula dari theAsianparent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Penulis

Ayu Idris