Anak mengamuk? Ini mungkin sebabnya

Sering kali kita lihat anak-anak kecil mengamuk tanpa sebab di mana-mana sahaja.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pada usia 2-4 tahun, kanak-kanak memang sinonim dengan 'tantrum' atau mengamuk. Sering kali kita tertanya-tanya kenapa anak mengamuk tanpa sebab di mana-mana sahaja. Malah sering kali juga kita sebagai ibu bapa termarah anak-anak mereka yang tiba-tiba mengamuk tanpa sebab.

Sebenarnya, kita yang tidak tahu yang mereka mempunyai sebab tersendiri mengapa memilih untuk mengamuk kerana tidak tahu cara menyampaikan apa yang mereka mahu. Kanak-kanak juga mempunyai keperluan untuk memiliki dan kepentingan diri.

Memiliki merujuk kepada sambungan emosi dan perhatian yang positif mereka perlu dari orang lain. Kepentingan diri pula merujuk kepada rasa kebolehan, dan perlu untuk membuat sesuatu dengan cara tersendiri. Jadi, kita sebagai ibu bapa yang harus mencari inisiatif memahami 'bahasa mengamuk' mereka.

Ikuti perkongsian berikut dari what to expect, life hack dan parenting tentang kemungkinan mengapa si kecil mengamuk.

Kenapa anak mengamuk: 1. Saya sudah penat!

Kenapa anak mengamuk? Ketika sedang berjalan di pusat membeli-belah, taman rekreasi atau ekspo-ekspo, kita terlihat anak-anak kecil menangis dan mengamuk secara tiba-tiba. Ini kerana apabila badan mereka sudah terlalu penat, mereka tidak tahu bagaimana untuk 'berhenti' sejenak dari aktiviti bersama kita.

Foto ehsan: buzzfeed

Apa yang boleh kita lakukan?

Tenaga anak kecil tidak sama seperti orang dewasa. Cuba berhenti sekejap dari aktiviti yang dilakukan, beri mereka masa untuk berehat. Berikan snek kegemaran mereka atau letakkan mereka di dalam kereta sorong supaya mereka dapat berehat atau tidur sekejap.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2. Saya perlukan perhatian!

"Ibu ayah, lihatlah saya!" Inilah sebenarnya yang mereka cuba sampaikan. Lumrah manusia tidak kira umur, perhatian adalah sesuatu yang sangat diperlukan. Lebih-lebih lagi jika ianya dari mereka yang kita sayang. Bagi kanak-kanak seusia mereka, mengamuk adalah 'bahasa' paling mudah untuk mereka dapatkan perhatian ibu bapa.

Apa yang boleh kita lakukan?

Jangan sesekali abaikan mereka walaupun kita sedang membuat sesuatu. Libatkan mereka dengan aktiviti kita. Contohnya jika sedang membeli-belah barang dapur, ajak mereka mengira bilangan buah yang dipilih atau teka warna sayuran. Beri mereka rasa mereka juga penting untuk berada di situ.

3. Saya lapar/haus/tidak selesa

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Keperluan asas seperti makan, minum atau menukar lampin juga salah satu sebab mengapa mereka mengamuk. Akibat terlalu lapar, haus atau tidak selesa menyebabkan mereka memilih untuk terus mengamuk. Ini mungkin kerana mereka merasakan ini cara yang paling mudah untuk mereka sampaikan kehendak mereka.

Apa yang boleh kita lakukan?

Ianya memang normal, ketika keluar bersama anak kecil kita harus sentiasa membawa banyak bekalan. Selain bekalan pakaian dan lampin tambahan, snek dan air minuman tidak boleh dilupakan. Kanak-kanak lebih cepat lapar berbanding kita yang dewasa dan mereka tidak mampu tahan seperti kita. Jadi, untuk masa 'kecemasan' seperti ini, bekalan ini akan menjadi penyelamat.

4. Saya tidak faham!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kadang-kala, sesuatu perkara baru yang terpaksa diikuti anak-anak akan menyebabkan mereka keliru dengan apa yang mereka patut buat. Ini mendatangkan rasa marah dengan diri mereka kerana tidak dapat memahami situasi atau perkara baru tersebut. Ini adalah senario yang acap kali dapat dilihat ketika mengenalkan sesuatu yang baru seperti masuk pra sekolah atau latihan ke tandas (potty training).

Apa yang boleh kita lakukan?

Langkah pertama sememangnya tidak mudah. Namun, demi kebaikan mereka, kita harus bersabar dan terangkan perlahan-lahan tentang perkara baru tersebut tanpa berputus asa dan mengikut kehendak mereka. Ini kerana mereka memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dan memahami sesuatu yang baru di dalam jadual hidup mereka.

5. Saya mahukan ganjaran!

Bagi kanak-kanak yang sudah terbiasa menerima 'ganjaran' setiap kali mengamuk terutamanya untuk mendapatkan apa yang mereka mahu seperti mainan, mereka akan memilih untuk mengamuk setiap kali mereka mahukan sesuatu. Ia seperti sudah menjadi tabiat mereka jika mereka mahukan sesuatu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apa yang boleh kita lakukan?

Ubah! Ya satu langkah yang sangat sukar. Namun di dalam hal ini, memang kita yang harus ubah. Terangkan kepada mereka supaya mereka tahu yang mengamuk tidak akan memberi mereka apa yang mereka mahu. Pada awalnya keadaan seperti diluar kawalan kerana kita telah mengubah apa yang sudah menjadi kebiasaan. Namun, lama-kelamaan, mereka akan mula faham yang mengamuk bukanlah 'tiket' untuk mendapatkan apa yang mereka mahu.

6. Saya mahu lakukan semuanya sendiri!

Normal untuk kanak-kanak yang baru pandai bercakap, berjalan mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi. Jadi mereka cenderung untuk mahu melakukan segala sendiri. Dari memakai baju hinggakan menyuap makanan.

Apa yang boleh kita lakukan?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berikan mereka peluang. Ya, mereka mungkin akan tersilap atau membuat sepah. Namun dari situlah mereka akan belajar. Mereka sudah bersedia untuk mempelajari sesuatu yang baru untuk diri mereka dan kita harus memberi mereka peluan itu.

7. Saya hanya mengikut jejak ibu ayah!

Pernah lihat bukan video anak mengikut ibu bapa solat, mengikut gaya ibu berias atau gaya bapa merokok. Kerana, anak-anak adalah cermin diri kita. Mereka akan mengikut apa yang mereka lihat terutamanya jika perkara tersebut dari orang yang dekat dengan mereka. Mereka akan apa yang mereka lihat kerana mereka rasa itu adalah perkara yang betul untuk dilakukan. Malah mereka akan rasa bangga kerana dapat menjadi seperti orang yang dekat dengan mereka.

Apa yang boleh kita lakukan?

Sebelum memarahi mereka, lihat dulu diri kita. Bagaimanakah kelakuan kita di hadapan mereka? Adakah kita sering kali memarahi pasangan atau orang lain? Apakah reaksi kita jika tidak mendapat apa yang kita mahu? Bagaimana diri kita ketika marah? Ini semua adalah contoh untuk anak-anak kita ikuti kerana ibu bapa adalah idola pertama mereka.

Semoga dengan artikel ini, kita akan lebih faham 'bahasa' mengamuk mereka. Juga, membantu kita dalam memberi respon yang lebih baik untuk anak-anak kita.

Baca juga: 

Penulis

Aqma