Tiada Tanda-Tanda Sakit, Ibu Terkilan Bayi Meninggal Dalam Tidur, Rupanya Limpa & Usus Dijangkiti Kuman

Anak meninggal akibat jangkitan kuman ketika tidur adalah suatu ujian yang amat besar bagi mana-mana ibu kerana ia terjadi sekelip mata

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tiada ibu di dunia ini dapat menerima ujian kehilangan anak tercinta. Lebih-lebih lagi jika ia terjadi dalam sekelip mata dan anak sihat seperti biasa. 

Perkongsian seorang ibu, Syahierah Zainal menerusi Facebook miliknya telah mendapat perhatian ramai apabila dia menyatakan bahawa pemergian bayinya bukan disebabkan oleh tersedak susu atau lemas kerana hasil bedah siasat mendapati sebaliknya.

Anak Meninggal Akibat Jangkitan Kuman

Sabtu dan Ahad kita meluangkan masa bersama-sama. Ahad kita tangkap gambar dan main. Awak baik sangat. Kemudian selepas maghrib kita balik rumah, papa mandikan awak. Mama siapkan dan main-main bersama.

Jam 8 malam lebih, minta papa tidurkan. Tapi awak menangis-nangis tidak mahu tidur dengan papa.

Jam 9 malam, mama datang pujuk dan dodoikan. Awak tertidur macam biasa. Kemudian mama keluar bilik, duduk depan dengan abang.

Lebih kurang jam 10malam, papa masuk bilik nak tidurkan abang. Papa nampak awak di tempat yang sama seperti yang mama tidurkan awak. Tapi papa nampak awak tidak bergerak dan badan sudah membiru.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Papa angkat awak dah lembik. Papa jerit ”Ma, anak dah biru!” Mama macam naik gila minta tolong jiran-jiran.

11.20 malam kami bawa awak ke klinik terdekat dan doktor sahkan awak sudah tiada. Gelap dunia mama. Dalam masa sejam Allah ambil awak. Sekelip mata.

Mama tak dengar pun awak menangis, sikit pun awak tidak tunjuk apa-apa simptom. Sakit sangat mama nak terima. Mama salahkan diri sendiri sebab Mama yang last tidurkan awak. Mama tidak fikir awak akan tersedak susu atau lemas. Mama rasa bersalah sangat.

Bedah Siasat Untuk Mengetahui Punca Kematian

Ramai datang teman awak sekali malam tu. Tunggu polis datang sampai 4 pagi. Kemudian 5 pagi, kita sampai di bilik forensik. Mama terpaksa balik dan tinggalkan awak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jam 8.30pagi, polis telefon minta datang ke forensik. Awak kena postmortem untuk mengetahui punca kematian. Pada awalnya, mama tidak izinkan. Mama tak sanggup awak kena belah dan sakit lagi.

Tapi doktor dan pihak polis berkeras, akhirnya mama terpaksa akur. Polis ambil keterangan dari mama dan papa.

Jam 9.40pagi awak start postmortem. Doktor cakap 3-4jam sahaja. Tapi lama sangat kami tunggu kamu nak, jam 3 petang baru seleasi.

Hasil bedah siasat dah keluar dan doktor jelaskan satu-satu. Doktor cakap awak pergi bukan sebab lemas atau tersedak susu sebab tiada langsung tanda-tanda tersebut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Doktor Maklumkan Kes ‘Rare’

Tetapi, doktor jumpa benda pelik dalam badan awak. Rupanya, awak ada jangkitan. Bahagian limpa, usus dan perut penuh dengan kuman. Awak mungkin meninggal disebabkan oleh jangkitan tersebut.

Mama langsung tidak sangka sebab awak sihat, gemuk, cerita dan kuat senyum. Langsung tiada tanda-tanda awak sakit. Awak tidak demam, batuk dan najis pun seperti biasa.

Doktor tidak dapat detect kuman tersebut datang dari mana, jenis kuman apa dan sejak bila ia sudah ada. Tidak tahu punca datang dari mana. Doktor kata kes ini rare, sampel kuman telah dihantar ke makmal.

3-4bulan baru tahu keputusan terakhir. Dalam surat kematian awak, punca kematian ditulis ”pending analysis”.

Bila dengar, mama rasa lega awak pergi tidak terseksa. Awak pergi dalam tidur, dalam diam tanpa rasa sakit. Awak betul-betul taknak susahkan mama dan papa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Taknak bagi kami tengok awak pergi. Rasa bersalah mama hilang bila dapat tahu awak bukan lemas. Tapi mama terkejut sebab awak memang tiada tanda-tanda sakit.

Ibu Redha Dengan Ketentuan Ilahi

Postmortem sudah selesai. Doktor cakap sudah boleh ambil jenazah Naura untuk dimandikan. Papa dan atok tidak bagi mama tengok sebab risau mama tak boleh terima keadaan jasad awak yyang sudah dibedah. Mereka takut mama pitam lagi.

Tapi mama berkeras. Walau macam mana keadaan awak masa tu, mama redha. Mama nak mandikan awak buat kali terakhir.

Tapi bila tengok jasad awak. MasyaAllah. Cantiknya awak sayang. Sempurna jahitan postmortem awak dan awak seperti tengah tidur. Jasad awak seperti biasa yang mama dan papa selalu mandikan, cuma kali ini kami mandikan awak dalam keadaan sudah tidak bernyawa.

Kemudian kami kafankan awak dan sempurnakan fardhu kifayah yang terakhir. Mama cium awak buat kali terakhir. Awak wangi sangat, bersih suci muka awak, anak syurga. Kami hantar awak sampai ke negeri abadi awak sayang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mama cuba sebaik mungkin sempurnakan amanah mama ini. 

Hanya 7 bulan sahaja allah pinjamkan awak untuk mama. Belum puas mama gomol awak, perit sangat mama nak terima. Tapi mama redha dan lepas awak, mama terima qada’ dan qadar Allah.

Bermainlah awak di syurga dengan kawan-kawan. Lega hati bila mama dapat tahu awak bahagia di sana. Doakan mama kuat ya sayang, kat sana nanti tarik mama, papa dan abang ya.

Awak selalu ada dalam hati kami. Selamat jalan wildan syurga, 

Naura Ameena binti Muhamad Yusri
14/02/2024-29/9/2024

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia