Ibu ayah, JANGAN tinggal anak dalam kereta walaupun sekejap, ini kesannya!

Ibu ayah, ambil pengajaran dari kisah anak meninggal dalam kereta ini. Strok haba boleh berlaku dan kanak-kanak kecil lebih berisiko terkenanya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anda salah seorang ibu bapa yang selalu tinggal anak dalam kereta walaupun “sekejap” kerana ingin ke kedai sebentar? Jangan ulang lagi perbuatan itu! Ambil ikhtibar dari kes anak meninggal dalam kereta ini.

Di Port Dickson 2 hari lepas, warga Malaysia digemparkan dengan kisah anak meninggal dalam kereta selepas ibunya secara tidak sengaja terlupa tentang anaknya itu.

Si ibu, Hasmah Masroh, 32 tahun dikatakan tidak sengaja meninggalkan anaknya selama 4 jam dalam sebuah tempat letak kereta di Kolej Kemahiran Batu 3.  Anak meninggal dalam kereta itu bernama Nur Awfa Humaisha. 

Anak meninggal dalam kereta: Ibu bapa jangan sesekali tinggal anak dalam kereta panas!

Kredit: Berita Harian

Suasana sedih menyelubungi perkarang bilik mayat Hospital Port Dickson apabila ibu tersebut tidak berhenti meratapi pemergian anaknya.

“Maafkan ibu sayang. Ibu betul-betul lupa. Ibu tak ingat. Malam tadi Awfa okay. Hari ini Awfa tinggalkan ibu….” rintih si ibu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hasmah menjelaskan beliau mengangkat anaknya yang sedang tidur di rumah lalu meletakkannya di tempat duduk belakang kereta Proton Saga mereka.

Sebaik tiba di kolej tempat beliau bekerja itu, beliau mematikan enjin lalu terus memasuki pejabat tanpa menyedari yang beliau telah meninggalkan anaknya dalam kereta! Kejadian pagi itu memang di luar kawalan.

Menurut salah seorang rakan mangsa, si ibu biasanya memang akan menghantar anak sulung mereka ke tadika dan menghantar si kecil itu ke rumah pengasuh. Namun, pagi itu si ibu benar-benar terlupa untuk menghantar anaknya ke rumah pengasuh. 

Anak meninggal dalam kereta: Bahaya strok haba yang kita tak sedar

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: Berita Harian

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Zainudin Ahmad berkata, siasatan awal mendapati mangsa ditinggalkan dalam keadaan pintu dan tingkap kereta tertutup bermula jam 9 pagi hingga 1 tengah hari.

Katanya, wanita terbabit hanya menyedari anaknya ditinggalkan selepas 4 jam, lalu bergegas lari ke keretanya untuk mendapatkan anaknya. 

“Malangnya, anak itu telah tidak sedarkan diri dan selepas dibawa ke hospital, doktor mengesahkan beliau maut kerana strok haba dan kepanasan melampau.”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu bapa, tahukah anda tentang risiko strok haba dan kepanasan melampau jika kita meninggalkan anak dalam kereta? Itulah bahaya yang kita ramai tak sedar!

Hampir 600 anak meninggal dalam kereta di Amerika Syarikat. Kebanyakkan disebabkan orang dewasa “lupa” kewujudan anak itu dalam kereta, atau mereka ditinggalkan dengan alasan “sekejap” saja. 

Tidak kira berapa sekejap pun anda ingin keluar dari kereta, jangan sesekali meninggalkan anak dalam kereta. Jika bukan kes anak meninggal dalam kereta, mungkin kes kecurian kereta seperti kes ini yang terjadi!

Kredit: Berita Harian

Bayangkan dengan cuaca yang panas di Malaysia, haba yang boleh dikumpul dalam kereta boleh meningkat setiap saat. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Elak kes anak meninggal dalam kereta, apa ibu bapa harus buat

Memang tidak dinafikan, kepenatan dan lambakan kerja mampu mengganggu fikiran ibu bapa hingga mereka boleh terlupa tentang sesuatu. Yang lebih buruk hingga terlupa anda tertinggal anak dalam kereta.

Demi mengelak kes ini daripada berulang, pihak Department of Health and Wellness Safe Kids telah mengeluarkan langkah-langkah keselamatan ini untuk semua netizen. Sama-sama kita menjalankan tugas kita demi keselamatan kanak-kanak yang tidak bersalah.

1. Jangan tinggal anak, walaupun jika anda buka tingkap

Jangan sesekali tinggalkan anak dalam kereta, walaupun sekejap dan anda membuka tingkap! Menurut Dr Nathan Allen, doktor kecemasan di Universiti Chicago, kanak-kanak lebih terbuka untuk terkena strok haba. 

Jadi tiada tempoh masa yang betul-betul selamat untuk meninggalkan anak dalam kereta. Tingkap yang terbuka pula tidak membantu mengalirkan haba panas dalam kereta dari keluar.

2. Strok haba boleh menyerang bila-bila. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Strok haba boleh menyerang kanak-kanak apabila suhu badan mereka melebihi 40°C. Dengan cuaca panas di Malaysia, dalam masa satu jam anak dalam kereta, suhu boleh meningkat sehingga 70%!

3. Anda nampak ada kanak-kanak dalam kereta? Selamatkan mereka!

Jika anda nampak ada kanak-kanak yang ditinggalkan dalam kereta, segera hubungi 911. Jika anda rasa anda boleh menyelamatkan mereka, lakukan saja! 

4. Ibu bapa, buat satu peringatan untuk mengingatkan anda

Kadang-kadang, memang ada ibu bapa atau penjaga yang terlupa anak sedang tidur di kerusi belakang. Ini mengakibatkan anak tertinggal dalam kereta. Apa yang boleh anda buat?

Ingatkan diri anda setiap saat. Sentiasa ingatkan diri yang anda ada anak di kerusi belakang. Satu lagi, berikan klu dalam bentuk visual. Contohnya tinggalkan beg kerja atau handphone anda di kerusi belakang dengan anak.

Nanti bila anda bakal turun, anda akan sedar tentang handphone atau beg kerja itu dan tidak akan lupa tentang anak di belakang. 

Apapun, semoga kita mengambil pengajaran dan ikhtibar dari kisah ini. Mari sama-sama kita lebih berwaspada di kemudian hari. Buat keluarga adik Nur Awfa, kami di theAsianparent mengucapkan ribuan takziah dan berharap keluarga mangsa tabah mengharungi cabaran ini.

 

 

 

 

Sumber rujukan: Berita Harian, WebMD

Kredit gambar: Pen Merah

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comstrok-haba-kanak-kanak/

Penulis

Ayu Idris