Anak Menyusu Dilarikan Ayah

Wanita mendakwa anaknya dilarikan suaminya selepas bekas suaminya meminta izinnya untuk membawa anaknya berjalan-jalan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Seorang wanita yang baru bercerai dengan suaminya, mendakwa anaknya dilarikan suaminya selepas bekas suaminya meminta izinnya untuk membawa anaknya berjalan-jalan.

Bapanya telah menculik anaknya pada 26 Jun yang lalu ketika hendak membawa anaknya berjalan-jalan. Namun selepas itu, anaknya tidak dipulangkan oleh ayahnya.

Bertalu-talu mesej dihantar selepas itu, namun keluarga suaminya enggan memulangkan anak lelakinya. Walaupun dia datang ke rumah lelaki itu, namun pintu rumah lelaki itu berkunci.

Itu adalah sedikit sebanyak kisah perebutan hak penjagaan anak selepas atau ketika pasangan suami isteri hampir bercerai.

Menurut Islam, hak penjagaan anak selepas atau ketika pasangan suami isteri hampir bercerai terletak di bawah atas ibunya. Pertimbangan ini adalah kerana ibu bersifat lebih penyayang, lebih arif dan sabar mendidik dan mengasuh anaknya sehinggalah anak itu besar dan tahu membezakan baik dan buruk (Mumaiyiz). Setelah tempoh mumaiyiz, anak itu boleh membuat pilihan samada dia hendak tinggal bersama ayah atau ibunya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Memandangkan bahawa, anak tersebut masih memerlukan susu badan ibunya, perbuatan ayahnya sangat terkutuk dan memaksa anaknya yang telah biasa meminum susu ibu untuk meminum susu formula.

Mendapatkan hak penjagaan di sebelah kaum lelaki bukan mudah, jika si ibu berkahwin dengan lelaki dan lelaki yang dikahwininya memang tiada pertalian darah dengan anak tersebut, seperti termaktub di dalam Peruntukan Seksyen 83 EUKIS (Enakmen undang-undang keluarga Islam Selangor), ibu tersebut berkelakuan buruk, atau si ibu kerap keluar daerah untuk urusan pekerjaan atau si ibu cuai dan berkelakuan buruk. Namun ia bukan mudah untuk si suami mendapatkan hak penjagaan anaknya. Si suami harus membuktikannya di mahkamah.

Jika si bapa gagal untuk mendapatkan hak penjagaan anaknya, ini bukan bermakna si bapa harus melepaskan tanggungjawabnya untuk memberi nafkah kepada si anak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dalam hal ini, kaum lelaki banyak mengabaikan tanggungjawabnya terhadap anak-anak selepas bercerai, dengan alasan lupa atau si bapa takut si ibu menyalahgunakan duit yang diberi walaupun anak telah sempurna dalam jagaan ibunya.

Si bapa wajib memberi nafkah kepada anaknya jika si anak belum mampu berdikari, masih bersekolah dan jika anak perempuan dia masih belum berkahwin dan berada di bawah tanggungan ibu bapanya, lebih - lebih lagi si bapa mampu memberi nafkah.

Tidak akan berlaku masalah dalam hak penjagaan anak anak termasuk nafkahnya sekali jika si ibu dan si bapa faham akan tanggungjawab masing-masing dan jika semua ini mampu diselesaikan dengan sebaik mungkin sebelum lafaz cerai difailkan di mahkamah. Jika gagal mendapatkan hak penjagaan anak, jangan lah si ibu dan si bapa berdendam.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mereka harus akur dan apa yang telah ditetapkan di mahkamah dan harus diikuti dan dipatuhi dengan rasa tanggungjawab terhadap anak. Jangan jadikan nak mangsa keadaan atas ego masing-masing.

Dengarlah wahai kaum wanita, jika anda rasa anda berhak atas penjagaan anak anda ditambah lagi dalam usia si anak harus dijaga ibunya, dan anak anda telah "diculik" oleh keluarga pihak bekas suami anda, anda harus berjuang untuk mendapatkan kembali hak penjagaan anak anda.Dapatkan sokongan keluarga dan rakan-rakan untuk berjuang kembali. Jangan biarkan hak anda dirampas sewenang-wenangnya.

Gambar dan cerita dipetik dari laman FB Sharifah Nur Ni'mah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Michelle Goh