Anak Kuat Merajuk? Ini Tips Untuk Anda Memujuk Dengan Berkesan!

Kadang-kadang pening sungguh bila anak merajuk. Ini cara dan taktik yang anda perlu tahu dalam memujuk anak, percayalah ia berkesan!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Merajuk… itu sesuatu yang biasa dilakukan oleh anak-anak, bukan? Kadang-kala pening memikirkan mengapa anak merajuk. Dan sebenarnya, lagi bertambah pening memikirkan bagaimana cara nak menangani atau memujuk mereka yang merajuk.

Jadi ibu bapa, mari ikut tip-tip yang dikongsikan oleh MomJunction ini untuk memujuk dan menangani anak yang merajuk.

1. Luangkan masa dengan mereka

Tiada apa yang lebih penting dari anda meluangkan masa bersama mereka. Jika anak merajuk, luangkan masa bersama mereka untuk memujuk.

Mereka memerlukan anda berada bersama mereka untuk rasa disayangi.

Masa ialah hadiah paling berharga anda boleh berikan kepada mereka

Mereka akan lebih terbuka untuk berkongsi apa yang mereka rasa, jika mereka selesa dengan anda. Ia dapat dilakukan dengan bersama mereka. Ini juga akan membuatkan mereka kurang merajuk.

2. Cipta suasana keluarga yang tenang, selesa dan terbuka

Bagi anak-anak, rumah sepatutnya adalah tempat paling selamat, selesa dan terbuka supaya mereka bebas melakukan apa saja. Elakkan bertengkar di antara ahli keluarga atau membuat hal masing-masing hingga tidak mengendahkan satu sama lain.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika ternampak anak bersedih atau bersendirian, berikan perhatian kepada mereka. Mereka perlukan anda.

3. Luahkan dengan kata-kata

Biar mereka mengekspreskan apa yang mereka rasa dengan kata-kata.

Galakkan anak anda untuk meluahkan apa yang mereka rasa ketika merajuk. Tanya kepada mereka tentang perasaan mereka ketika itu, mengapa mereka rasa begitu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
 
Pastikan anda tidak memberi respon negatif terhadap apa yang mereka rasa. Komunikasi memainkan peranan yang penting di sini.

4. Ajar mereka menulis diari

Bagi anak yang lebih dewasa, mereka mungkin akan malu untuk berkomunikasi secara terus dengan anda. Galakkan mereka meluahkan dengan pen dan kertas.

Berikan mereka diari supaya mereka boleh belajar meluahkan apa saja.

Mempunyai diari boleh membantu mereka meluahkan apa yang mereka rasa ragu-ragu. Dan ini juga boleh membuatkan mereka kurang merajuk.

5. Ibu bapa jangan terlebih-lebih

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Memang merajuk akan membuatkan anda stress. Tapi elakkan menunjuk rasa itu dengan perbuatan yang melebih-lebih. Ini akan membuatkan mereka bertambah merajuk kerana rasa tidak dipeduli.

Dengan ini, mereka akan rasa lebih menjauh hati dan merajuk. Sebaliknya jika anda tenang dan berlembut dalam mengendali anak merajuk, rajuk itu akan reda sendiri kerana mereka tahu reaksi anda  mengambil kira perasaan mereka.

6. Jangan stres jika anak merajuk

Ya, memang anda akan jadi stress dengan anak merajuk. Tapi bukan anda saja, mereka juga turut stres. Elak menunjukkan yang anda stress dengan cara mereka menunjukkan perasaan mereka, kerana ini akan membuatkan mereka lebih terasa hati.

7. Anak memerlukan nutrisi

Nutrisi yang baik bukan shaaj sihat untuk tubuh badan malah untuk mood yang baik

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain perhatian dan kasih sayang, kanak-kanak memerlukan nutrisi yang baik untuk mood mereka kekal baik.

Kajian menunjukkan yang kekurangan vitamin B dan asid lemak menyebabkan kanak-kanak kuat merajuk. Ini kerana kekurangan vitamin B boleh memberi kesan pada mood mereka.

Makanan yang mengandungi Vitamin B:

Banyak makanan mengandungi vitamin B, yang memudahkan anda mendapatkan cukup dari diet anda. Sebaiknya dapatkan vitamin B anda dari pelbagai sumber makanan. Ini membantu memastikan anda mencukupi setiap jenis.

  • susu
  • keju
  • telur
  • hati dan organ dalaman lain
  • daging, seperti ayam dan daging merah
  • ikan, seperti tuna, makarel, dan salmon
  • kerang, seperti tiram dan kerang
  • sayur-sayuran hijau gelap, seperti bayam dan kangkung
  • sayur-sayuran, seperti bit, alpukat, dan kentang
  • bijirin penuh dan bijirin
  • kacang, seperti kacang ginjal, kacang hitam, dan kacang buncis
  • kacang dan biji
  • buah-buahan seperti sitrus, pisang, dan tembikai
  • produk soya, seperti susu soya dan tempeh
  • germa Gandum
  • yis dan yis pemakanan

Jadi ibu-ibu dan bapa-bapa, bagaimana anda membantu mengendali merajuk anak anda atau cara mengurangkan merajuk anak? Kongsikan dengan kami.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sumber: Mom Junction

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia

Baca juga: Pentingnya Cakap Yang Baik-Baik Tentang Anak Sendiri

Penulis

Aqma