Sains telah membuktikan apa yang merengek adalah bunyi yang paling annoying dalam dunia. Satu kajian dari Universiti Negeri New York di New Paltz menemui bunyi anak merengek adalah lebih mengganggu orang yang cuba menyelesaikan masalah matematik dari bunyi gergaji meja.
Kemudian, bila sudah besar mereka melawan cakap pula. Mengawal anak dari merengek dan melawan cakap adalah sebahagian dari tanggugjawab sebagai ibu bapa.
Walaupun ia memenatkan dan kadangkala mengecewakan, ini adalah tips mengikut umur bagaimana untuk mengurangkan anak merengek dan lawan cakap.
Tahun-tahun awal anak merengek
Menurut kajian Evolusi Biologi, merengek berfungsi sebagai tujuan evolusi untuk menarik perhatian penjaga apabila bayi semakin membesar. Dalam erti kata lain, ia adalah cara untuk mereka bermanja.
Oleh sebab itu, ia selalu terjadi apabila anak anda masuk usia 3 ke 4 tahun, Bagaimana cara untuk respon bila anak merengek? Pertama, anda perlu tahu apabila anak anda merengek, mereka tidak semestinya tidak mendengar kata.
Mudah untuk fikir yang anak tidak berikan kerjasama bila mereka hanya berperangai normal seperti budak sebaya dengan mereka.
Perangai yang baik adalah dari dorongan positif dari didikan ibu bapa seperti hubungan yang kuat antara ibu bapa dan anak serta memuji dan memberikan tumpuan apabila mereka menunjukkan perangai yang baik.
Anak merengek walaupun selepas sudah masuk sekolah rendah
Pada usia ini, anak-anak cuba mengawal kehidupan mereka. Melawan cakap selalunya adalah petunjuk yang mereka merasa tidak dihormati, tidak didengari dan tidak berkuasa. Ia juga merupakan isyarat yang ibu bapa perlu lebih banyak mendengar.
Membuat mesyuarat keluarga akan membuat mereka merasa didengari, dan membina komunikasi menerusi tolak ansur dan menunggu giliran bercakap.
Remaja
Sementara anak kecil dan anak yang sudah masuk sekolah rendah gemar merengek dan melawan cakap, remaja pula gemar membuat masalah di hadapan guru untuk menunjukkan yang mereka kuat dihadapan rakan-rakan mereka.
Walaupun ibu bapa terkejut apabila mendengar tentang masalah disiplin anak di sekolah, ia penting untuk ibu bapa untuk menurut peraturan disiplin di sekolah dan tidak menghukum mereka di rumah.
Biarkan mereka mempelajari kesalahan mereka dengan hukuman yang mereka dapat di sekolah.
Ibu bapa sepatutnya menunjukkan contoh yang baik seperti, jangan memburuk-burukkan cikgu di hadapan anak dan memperlekehkan peraturan yang anda tidak suka.
Dengan menunjukkan disiplin di hadapan anak anda ia akan membuktikan pada mereka yang peraturan perlu diikuti sama ada kita suka ataupun tidak.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber rujukan: Carolina Parent
Baca juga:
https://my.theasianparent.combagaimana-untuk-mendisiplinkan-bayi-anda-8-perkara-yang-perlu-diingati