Kajian Menunjukkan Anak Minum Susu Badan Kurang Hyper Dari Anak Yang Minum Susu Lain!

Benarkah anak minum susu ibu cenderung menunjukkan sifat yang kurang hiperaktif berbanding bayi yang tidak menyusu badan? Tapi kenapa?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semua ibu tahu yang susu ibu boleh melakukan keajaiban terutamanya melibatkan kesihatan anak. Tetapi tahukah anda, anak minum susu ibu menyusu cenderung kurang hiperaktif berbanding anak yang tidak menyusu badan?

Kesan Anak Minum Susu Ibu Lebih Ketara Pada Usia 3 Tahun

Menurut kajian yang diterbitkan dalam Pediatrics, kanak-kanak yang minum susu badan sekurang-kurangnya hingga 6 bulan mempunyai karakter berbeza dengan bayi lain. Bayi ini cenderung menunjukkan sifat kurang hiperaktif berbanding bayi yang tidak menyusu badan!

Para penyelidik juga menambah,

“Kesannya kecil sahaja, namun ia ada.”

Walau bagaimanapun, mereka berkata kesan ini lebih ketara apabila kanak-kanak berusia 3 tahun dan akan beransur hilang apabila kanak-kanak meningkat ke usia 5 tahun.

“Kajian awal mendapati manfaat anak minum susu ibu tidak berpanjangan sehingga kanak-kanak tersebut masuk sekolah.”

Penyusuan Ibu Mungkin Tidak Menjadikan Anak Lebih Bijak

Menariknya, apabila kajian dilakukan bagi mengenalpasti tahap kecerdasan kanak-kanak, mereka yang menyusu badan tidak mempunyai kelebihan tersebut.

Para penyelidik mengakui, kanak-kanak yang minum susu ibu mendapat markah yang lebih sedikit dalam ujian yang dilakukan, namun tidak cukup ketara untuk membuat perbandingan berdasarkan keputusan tertentu.

Sehingga kini, para penyelidik masih berbelah bahagi apabila mengkaji tentang kelebihan menyusu badan apabila menyentuh tentang keupayaan kognitif.

Ia kerana banyak kajian perlu dijalankan untuk menentukan apakah peranan menyusu apabila melibatkan kecerdasan anak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak Minum Susu Ibu Merupakan Pilihan Terbaik

Kredit: magazineluiza.com

Walaupun begitu, para penyelidik masih tetap dengan pendirian bahawa penyusuan susu ibu sangat penting, dan semua ibu harus melakukan yang terbaik untuk mencuba dan menyusukan anak-anak mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walaupun penyusuan susu ibu mungkin tidak semestinya menjadikan anak-anak anda lebih bijak, menyusu badan membantu menjaga anak anda sihat, meningkatkan sistem imun mereka, dan membantu mereka berkembang dengan baik, terutamanya jika mereka diberi susu badan secara eksklusif sepanjang 6 bulan pertama dalam hidup mereka.

Jadi ibu-ibu, sentiasa lakukan yang terbaik untuk mencuba dan menyusukan bayi secara eksklusif sepanjang 6 bulan pertama dalam hidup mereka ya!

Dengan cara itu, mereka membesar dengan lebih kuat, lebih sihat, dan berperilaku lebih baik.

Semoga bermanfaat! 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Umur berapakah untuk kesan anak hyperaktif?

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel ini asalnya ditulis oleh Jan Alwyn Batara dan mendapat keizinan theAsianparent Philipinnes untuk diterjemah.

Baca juga:

https://my.theasianparent.comperbezaan-susu-ibu-dan-susu-formula/

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Beto Rahman