Anak Mungkin Obese Jika Ibu Hamil Selalu Minum Air Gas

Mungkin tak ramai yang tahu kesan air gas kepada bayi yang bakal dilahirkan. Menurut kajian, kesan akan dialami oleh si anak jika ibu mengandung minum lebih daripada dos air gas yang dibenarkan untuk sehari!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Air berkarbonat, air bergas atau air soda masih menjadi kegemaran ramai, walaupun telah lama dikaitkan dengan obesiti pada kanak-kanak dan orang dewasa.

Lebih-lebih lagi apabila ia dinikmati semasa cuaca panas terik bersama dengan ais yang banyak. Wah, memang sedap!

Mungkin terdapat sesetengah ibu hamil yang langsung tidak minum air berkarbonat sepanjang kehamilan mereka. Tetapi ada juga tidak kisah dan minum sesuka hati.

Foto kredit: Drink Blocks

Kesan minum air berkarbonat 

Ibu hamil yang suka minum air berkarbonat semasa hamil lebih cenderung untuk mempunyai anak dengan lemak badan tambahan apabila mereka berusia 7 tahun, kata penyelidik.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebuah kajian yang melibatkan lebih daripada 1,000 pasangan ibu dan anak telah dilakukan untuk mengetahui kesan kepada anak apabila minuman ini diambil semasa ibu itu hamil.

Mereka mendapati bahawa untuk setiap hidangan tambahan air berkarbonat, bagi setiap hari semasa kehamilan, ini dikaitkan dengan peningkatan saiz pinggang dan pertambahan berat badan anak mereka.

Walaupun kajian lama telah mengaitkan air berkabonat dengan masalah berat badan yang berlebihan, obesiti, sindrom metabolik dan diabetes jenis 2, tidak banyak kajian yang dilakukan atas ibu hamil, kata Sheryl Rifas-Shiman dari Sekolah Perubatan Harvard di Boston.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Masalah obesiti kanak-kanak sangat meluas dan sukar untuk dirawat. Ia adalah penting untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi obesiti kanak-kanak supaya langkah-langkah pencegahan dapat bermula lebih awal,” katanya lagi.

Diet ibu hamil sangat penting

Sumber gambar: Youtube

Kira-kira 1/4 kanak-kanak dari kajian itu didapati berlebihan berat badan atau telah pun obese.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kanak-kanak dengan BMI, lilitan pinggang dan ketebalan kulit yang tertinggi adalah dari ibu hamil yang telah minum sekurang-kurangnya dua hidangan air berkarbonat setiap hari.

“Saya terkejut apabila keputusan menunjukkan diet ibu hamil kelihatan lebih penting daripada diet anak,” kata Rifas-Shiman. “Kita perlu kaji dengan lebih lanjut, kesan jangka panjang pemakanan ibu dengan kesihatan anak,” kata Sian Robinson dari University of Southampton di UK, yang tidak terlibat dalam kajian tersebut. 

Jadi ibu-ibu hamil, jangan pandang ringan nasihat untuk menjaga kesihatan diri, bahkan diet harian selepas membaca artikel ini ya.

Pemakanan anda boleh memberi kesan jangka panjang kepada anak yang bakal dilahirkan itu!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sumber: ReutersPediatrics

Penulis

Rosanna Chio