Bila anak sudah pandai cakap ikut logik mereka, pasti banyak kisah lawak seperti ini!

Anak pandai bercakap dan sudah bijak berfikir dengan logik mereka memang kadang-kadang boleh buat kita tak kering gusi! Sama macam kisah bapa dan anak ini.

Apabila anak pandai bercakap, mulalah kisah terbaru...

Anak-anak kecil mempunyai logik akal mereka sendiri. Ia mengikut pemahaman mereka. Dan apabila anak pandai bercakap malah dengan pemahaman mereka ini kadang-kadang, boleh membuat kita terkedu dan tertawa!

Seperti seorang bapa ini, Amir Syukri yang menjadi tular setelah dia mengongsikan perbualan-perbualannya bersama anaknya, Dania. Jika anda baca, pasti anda juga turut tertawa. Sungguh menghiburkan!

Mari kita lihat antara postnya yang menjadi tular kerana anak pandai bercakap itu:

Macam mana nak jawab ni?

Parti lain pulak dah...

Alamak, sifir 6

Haaa...nama arab rupanya...

Pendidikan Jasmani memang penat sikit...

Hmmm... cuti ke tak?

Tular satu Malaysia! hahaha

Macam mana? Hahaha.... Lawak bukan? 

Tapi betullah, logik anak-anak memang kadang-kadang tak tercapai dek akal kita. Tapi, ada yang mereka cakap memang betul. Terhibur betul membacanya...

Tak terkecuali juga dengan netizen yang teruja berkongsi cerita mereka di bahagian komen:

 

Tidak terkecuali juga netizen yang memberitahu betapa mereka menyukai Dania.

Dari perkongsiannya, ternyata, En. Amir pun terkedu dengan kata-kata anaknya yang bernama Dania tu.  Semasa melihat perkongsiannya di Facebook milik peribadinya, kami terjumpa sesuatu yang patut dibanggakan En. Amir. Lihat foto berikut.

Tahniah ! kerana telah membuat pilihan terbaik!

Sebenarnya, ini adalah peluang terbaik untuk anda guna dan berkomunikasi bersama anak anda. Sifat ingin tahu mereka terhadap semua perkara akan membuatkan mereka bertanya berbagai soalan.

Dan mereka juga akan memberitahu anda pendapat mereka.

Ini juga adalah bukti yang anak kita memerhatikan setiap apa disekeliling mereka. Jadi hati-hati jugalah dengan apa yang anda dedahkan kepada mereka.

Semua ini boleh jadi salah satu cara bagaimana anda boleh mendidik akal logik mereka. Ingat, jangan beri jawapan yang menipu sekiranya anda tidak tahu jawapan. Kerana anak anda akan ingat dengan jawapan anda.

Apa perasaan anda membaca perbualan antara En. Amir dan anaknya ini? Sejujurnya, saya sangat terhibur... Apa kisah lawak anda dan anak anda? Kongsikan pula dengan kami di bahagian komen.

 

 

Sumber: My Media Hub, Facebook Amir Syukri

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Penulis

Aqma