Benarkah Bayi Lahir C-section Lebih Mudah Menjadi Gemuk?

Cara melahirkan bayi mempengaruhi berat badan mereka? Ikuti perbincangan tentang kajian yang mengaitkan C-section dan obesiti serta dapatkan beberapa panduan cara hidup sihat bagi kanak-kanak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Benarkah c-section meningkatkan risiko baby obesiti?

Satu kajian yang mengaitkan cara bayi dilahirkan dengan kebarangkalian mengalami baby obesiti telah dikeluarkan oleh akhbar di United Kingdom.

Kajian yang diketuai oleh Dr Jan Blustein daripada New York University, School of Medicine ini mendapati bayi yang dilahirkan secara C-section hampir dua kali ganda berisiko mengalami berat badan berlebihan apabila remaja.

Statistik Kajian Mengenai Baby Obesiti

Kredit: The Conversation

Rekod kesihatan 10,000 kanak-kanak di Britain menunjukkan kanak-kanak 1 tahun yang dilahirkan secara pembedahan adalah 83% lebih cenderung mengalami berat badan berlebihan.

Satu kajian yang menjejaki tahap kesihatan jangka panjang 14,000 kanak-kanak yang dilahirkan pada awal 1990-an pula menunjukkan bayi kelahiran Caesar secara purata 63gram lebih ringan.

Tetapi apabila mencecah 6 minggu, mereka lebih berat secara konsisten walaupun faktor lain seperti berat ibu dan tempoh menyusu badan diambil kira.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kajian terdahulu tentang baby obesiti

Kredit: US News Health

Kelahiran melalui pembedahan dikaitkan dengan peningkatan dua kali ganda kes obesiti pada usia 3 tahun dalam satu penyelidikan yang dilakukan di Harvard Medical School dan Harvard School of Public Health.

Dalam kajian ini, 1,255 kanak-kanak diperhatikan sejak lahir sehingga usia 3 tahun. 16% daripada mereka dilahirkan secara C-section dan mengalami obesiti, berbanding 7.5% kanak-kanak yang dilahirkan secara semulajadi.

Sebab Kenaikan Berat

Kredit: The Bump

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Assistant Professor Susanna Y. Huh daripada Harvard Medical School melaporkan ia mungkin dikaitkan dengan bagaimana kelahiran memberi kesan kepada populasi bakteria dalam usus bayi.

Dalam tahun pertama, bayi yang dilahirkan melalui pembedahan didapati mempunyai kuantiti bakteria Firmicutes tinggi.

Kajian menunjukkan bakteria ini boleh mempengaruhi berat: orang dewasa yang mengalami obesiti mempunyai Firmicutes yang lebih berbanding bakteria lain dan kajian pada tikus mendapati mengurangkan kuantiti Firmicutes dapat mengurangkan risiko peningkatan berat pada haiwan tersebut.

Bayi yang dilahirkan melalui faraj juga terdedah kepada mikrob-mikrob pada faraj ibu. Kemungkinan lain, antibiotik yang digunakan semasa pembedahan Caesar juga mempengaruhi populasi pepijat pada isi perut bayi yang boleh mempengaruhi berat badan bayi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berat badan ideal dan BMI

Kredit: New York Post

Memandangkan bentuk badan kanak-kanak yang berbeza, tidak ada berat badan ideal yang dapat diberikan mengikut umur. Cara terbaik adalah mengira BMI atau body mass index yang dapat memberikan gambaran samada berat kanak-kanak sesuai dengan ketinggiannya.

Berbeza dengan orang dewasa, bagi kanak-kanak, beratnya dibandingkan dengan tinggi, jantina dan umur. Hasil BMI bagi kanak-kanak dikenali sebagai ‘BMI centile’.

Formula pengiraan BMI = Berat dalam kg / (tinggi x tinggi dalam cm)

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bandingkan nilai BMI ini dengan carta BMI bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan secara berasingan. Anda boleh juga gunakan pengira BMI kanak-kanak di laman Kidshealth ini.

Empat kategori BMI ialah:

• Terkurang berat – BMI kurang daripada 5th persentil
• Berat sihat – BMI antara 5th dan 85th persentil
• Berisiko obesiti – antara BMI 85th dan 95th persentil
• Obesiti – BMI pada atau melebihi 95th persentil

Cara hidup sihat kanak-kanak

Kredit: iStock

Bagi mendapatkan berat badan ideal, bantu mereka mengamalkan cara hidup sihat. Inilah masa terbaik kerana mereka lebih mudah menjadikannya tabiat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

1# Aktif setiap hari
Pastikan anak-anak beraktiviti fizikal sekurang-kurangnya 60 minit sehari. Kajian menunjukkan kanak-kanak yang sihat fizikal dapat memberikan tumpuan lebih baik di sekolah. Tutup TV dan biarkan mereka beraktiviti di luar rumah.

2# Air kosong
Jadikan air kosong sebagai penghapus dahaga. Jika perlukan khasiat buah-buahan, berikan buah-buahan segar berbanding jus. Tinggalkan minuman soda yang menyebabkan kanak-kanak mengambil lebihan sebanyak 200 kalori sehari.

3# Sayuran dan buah-buahan
Memakan buah-buahan dan sayuran setiap hari dapat membantu anak-anak membesar serta menambahkan tenaga dan mengurangkan risiko penyakit kronik. Sediakan 2 hidangan buah dan 5 hidangan sayuran setiap hari.

4# Makan di rumah
Makan di luar mendedahkan anak-anak kepada pilihan yang tidak sihat. Kajian menunjukkan kanak-kanak yang makan di rumah lebih menggemari sayuran dan buah-buahan berbanding mereka yang makan seharian di restoran.

5# Sarapan
Sebaiknya pastikan anak-anak mengambil sarapan yang tinggi protien dan serat serta rendah gula.

Rujukan:

  1. Obesity risk for C-section babies: 84% more likely to be overweight than children born naturally
  2. C-Section may Raise Child Obesity
  3. Are Cesarean Sections Contributing to Childhood Obesity?
  4. Your child’s weight
  5. How to calculate your child’s BMI
  6. 5 ways to a healthy lifestyle
  7. Healthy lifestyles, healthy children: 8 things you can do right now

Adakah anak anda mengalami masalah baby obesiti? Kongsikan pengalaman anda di ruangan komen di bawah :)

Kredit gambar: The Mirror

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Teruja Si Kecil Dah Boleh Makan? Ibu WAJIB Faham Panduan Pemakanan Ini Dulu, Jangan Sampai Salah!