Penderaan emosi sewaktu kecil memberi kesan
Bagaimana cara kita dilayan ketika masih kanak-kanak akan membentuk siapa diri kita semasa dewasa.
Sebab itulah apabila kita membesarkan seorang kanak-kanak, kita sebenarnya membesarkan siapa yang dia akan jadi kelak.
Pengalaman semasa membesar akan menjadi asas bagaimana perilaku kita sebagai orang dewasa.
Bagi orang yang pernah mengalami penderaan emosi, mereka berkelakukan lain dari mereka yang tidak melaluinya.
Impak dari penderaan ini, kadang-kala terlalu serius hingga memberi kesan terhadap hubungan dengan orang lain di masa hadapan.
8 kesan akibat penderaan emosi semasa kecil
Mereka tidak tahu bagaimana untuk meluahkan dengan cara yang sihat jadi, mereka memilih untuk memendam hingga kadang-kala ‘meletus’.
5. Terlampau pemalu: Akibat sering terpaksa berdiam diri, mereka tidak mempunyai keyakinan untuk bergaul dengan orang lain.
6. Sering menyalahkan diri sendiri: Walaupun bukan mereka yang bersalah, mereka akan memilih untuk menyalahkan diri sendiri.
Akibatnya, mereka menjadi takut untuk mengambil risiko dengan apa yang mereka benar-benar mahukan.
7. Membuli diri sendiri: Sentiasa memikir yang buruk tentang diri sendiri hingga menjatuhkan diri sendiri. Kerana sudah terbiasa diperlekehkan.
8. Memerlukan pujian: Akibat sering didera, mereka rasa seperti perlu dipuji apabila melakukan sesuatu tugasan. Ini kerana mereka sudah terbiasa direndahkan.
Dari sudut sebagai seorang ibu atau bapa, lihat saja bagaimana penderaan emosi boleh memberi kesan terhadap seseorang untuk jangka masa yang lama.
Berhati-hatilah dalam mendidik anak-anak. Jangan sampai emosi mereka terdera.
Jika ada di antara anda yang pernah mengalami penderaan emosi dan mengalami simptom di atas, janganlah malu untuk mendapatkan bantuan.
Kesihatan mental adalah sama penting seperti kesihatan fizikal.
Sumber: Providr
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga:
https://my.theasianparent.comkesihatan-mental-dapatkan-bantuan-di-peringkat-awal/