Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi bukan? Begitulah perumpamaan mak dan anak perempuan cantik ini. Fiza Halim atau dahulunya dikenali sebagai Fiza ELITE baru-baru membuat perkongsian gambar dia dan anak-anak di media sosial, Instagram dan telah mengundang perhatian netizen.
Anak perempuan cantik dapat tempias ibu
Menurut kirimannya itu, Fiza membuat kapsyen “anak dara ai dah besar” seolah cukup cepat masa berlalu sehingga tidak menyedari anak-anak daranya kini kian dewasa.
Fiza memang jarang berkongsi kiriman gambar anak-anaknya selain anak bongsu hasil perkahwinan terbarunya iaitu Aleena yang berusia 3 tahun.
Selepas kirimannya yang pertama hanya menampilkan kedua anak daranya, Fiza juga turut berkongsi gambar bersama dirinya dengan kapsyen ” Hari ni kita spam gambar bnyk2… 😅after so long… duck face pic wajib kitaorg🐤🐤🐤 #spreadlove #🖤.”
Dan setakat ini kiriman tersebut telah mendapat lebih 13 ribu tanda suka. Ternyata kecantikan anak-anaknya itu mendapat tempias daripada emaknya.
Kiriman tersebut juga meraih ratusan komen netizen termasuk rakan artis yang turut terpukau melihat kecantikan serta keayuan Aryanna dan Adyrra. Cukup sempurna bentuk wajah dihiasi dengan senyuman menawan.
Mak dan anak perempuan cantik macam adik beradik
Rata-rata netizen turut memuji mereka anak-beranak itu seperti adik-beradik apatah lagi Fiza juga dikatakan awet muda walaupun sudah mencecah usia 40 tahun pada bulan lalu.
“Lawa muka anak kau! kata Salina Saibi, “dua anak dara lawo mama,” kata Elly Mazlein.
Dua anak gadis Fiza itu adalah hasil perkahwinan dengan suami pertama, Ahmed Farriq Zainul Abidin dan bercerai pada 4 November 2010 selepas hampir empat tahun berkahwin.
Dia kemudian berkahwin dengan penyanyi kelahiran program Akademi Fantasia (AF) musim kedua, Adam pada September 2013 namun tidak kekal walaupun dirujuk kembali selepas perceraian pertama malah tidak dikurniakan anak.
Pada Disember 2016, Fiza juga melangsungkan perkahwinan ketiganya dengan juruterbang Aizat Al Jefri dikurniakan seorang cahaya mata Baby Aleena yang kini berusia tiga tahun sebelum bercerai pada Julai tahun lalu.
5 Tips & amalan nak anak lawa
#1. Baca surah Yusuf dan Maryam
Amalkan membaca surah yusuf inshaAllah, selain anak lahir cantik keperibadiannya elok nanti, melah memang bagus mengamalkan bacaan ayat-ayat Al-Quran ketika mengandung. Dan kalau nak mudah bersalin amalkan surah Maryam. Amalkan sejak awal kehamilan ya. Kalau boleh bacalah surah-surah lain juga, seperti surah Khafi, Alwaqiah dan sebagainya.
#2. Makan banyak buah-buahan
Ikutkan saya dulu ketika mengandung saya banyak amalkan makan buah-buahan. Epal terutamanya. Dan nak dijadikan cerita petua ni daripada mak saya sendiri, disebabkan saya pelik mengapa kakak sulung saya putih melepak dan adik beradik lain termasuk saya semua kulit sawo matang.
Jadi mak saya pun terangkanlah, ketika kehamilan pertamanya dulu dia ekstra rajin makan buah, terutama buah epal. Sebab bapa saya juga memang selalu belikan buah epal, biasalah mengandung anak pertama, sangguplah beli buah mahal (epal dulu kira mahal ya).
Kemudian masuk kehamilan kedua dan seterusnya amalan beria begitu jadi berkuranglah.
#3. Makan kismis dan kurma
Dulu hamil dalam bulan ramadhan jadi buah kurma memang wajiblah makan hari-hari. Sahur makan, time berbuka pun makan juga.
Selain boleh banyakkan susu badan ia juga bagus untuk otak bayi berkembang. Sebab itu bila kita time nak ambil peperiksaan dulu mak ayah selalu bekalkan kismis minda. Memang elok tau untuk minda berkembang.
#4. Minum air kelapa
Ini tak boleh diamalkan ketika awal kandungan. Tunggu hujung-hujung macam dalam trimester ketiga tu boleh start. Memang sedap air kelapa ni minum sejuk-sejuk, kita pula time pregnant memang tekak teringin je benda sejuka kan.
Nanti bayi bila lahir kulitnya bersih, putih gebu. Jadi elok amalkan bila dah hujung-hujung nak bersalin nanti. Selain itu air kelapa ni memang banyak khasiatnya, boleh sejukkan badan juga.
#5. Minum air soya
Ini juga antara petua daripada mak. Mak kata dulu hari-hari minum air soya, anak nanti lahir gebu je. Tapi soya sekarang ada macam-macam jenis, jadi banyakla campuran yang tak elok, pastikan anda beli soya asli dan kurang gula.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di lamantheAsianparent Malaysia
Baca juga: Mak Cantik, Anak Comel, 7 Nama Anak Selebriti Yang Unik