Anak Anda Picky Eaters? Cuba Ubah Cara Bercakap Dengannya Mengenai Makanan

Anak Picky Eaters ini jika kena cara bercakap dengannya kadang kalanya boleh menyebabkan dia berminat untuk makan. Boleh cuba cara yang dikongsikan ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak picky eaters ini jika kena cara bercakap dengannya kadang kalanya boleh menyebabkan dia berminat untuk makan.

Mungkin selama ini cara anda bercakap dengannya yang membuatkan anak ini sukar untuk tertarik kepada makanan.

Tidak mustahil ya cara kita bercakap dengan mereka yang membuatkan mereka ini tidak berselera langsung untuk makan makanan yang disediakan tidak kiralah di luar atau sebaliknya.

Anak picky eaters mungkin boleh ubah cara komunikasi dengan mereka

Menurut perkongsian artikel dalam parents.com, jika anda mempunyai anak picky eaters, perkara paling mudah adalah jangan bercakap langsung mengenainya.

Menurut pakar terapi, cuba anda bayangkan, makan di restoran yang anda gemari dan pelayannya datang kepada anda dan memaksa anda makan pelbagai benda secara kerap? Pasti anda rasa bosan dan mahu marah kan?

Ini sama kesnya dengan anak picky eaters. Dengan mereka anda hanya perlu terangkan, seperti ‘di atas meja ini, ada ada ayam, salad, roti dan strawberi’ dan biarakan anak anda ambil apa yang mereka mahu dan bercakaplah mengenai perkara lain.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tips bercakap dengan anak picky eaters

Mungkin anda pernah rasa give up untuk bercakap dengan anak dan mengajak anak ini makan kan? Jadi mungkin anda boleh cuba cara ini.

#1. Cuba bandingkan makanan itu dengan makanan yang mereka suka

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain menggunakan ayat:  “Ia hanyalah carrot, cubalah makan satu” (“But they’re just carrots… try one!”)

Anda boleh cuba ini, “ia crunchy seperti biskut” (“They’re a little crunchy, like pretzels.”)

#2. Beri pilihan pada mereka

Selain menggunakan ayat: “Ia adalah mee bersama ayam, adikkan suka mee!” ( “It’s chicken noodle soup, and you like noodles!”)

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anda boleh cuba ini: “Jika adik belum sedia nak rasa sup, boleh makan mee saja.” (“If you aren’t ready to take a bite of the soup, you can just pull out the noodles.”)

#3. Jangan gunakan bahasa kasar

Jangan gunakan ayat seperti ini : “Jangan bangun dari meja selagi tak makan” ( “You can’t leave the table until you take a bite.”)

Ia akan membuatkan anak anda lagi membenci makanan kerana rasa dipaksa dan tertekan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tanyakan saja padanya, adakah dia mahu cuba?

#4. Biarkan dia buat keputusan sendiri

Selain menggunakan ayat:  “Makanlah lagi sikit” ( “Have three more bites.”)

Anda boleh cuba ini: “Nak lagi ke atau tak mahu, terima kasih” ( “Would you like more, or no thank you?”)

Jangan masuk campur apa yang dia mahukan. Jangan tanyakan kepadanya dalam bentuk yang boleh dikira, tanyakan dalam keadaan dia perlu berfikir adakah di sudah kenyang dan sebagainya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#5. Ada masa lain untuknya

Anak picky eaters kadangkala hanya makan sejenis makanan saja. Tetapi ibu ayah terpaksa beri kerana hanya itu saja makanan yang dia mahu. Jadi bila mahu cuba distract anak ini dengan makanan lain, anda boleh cuba cara ini.

Selain menggunakan ayat:  “Awak dah makan tiga biskut ini.” (“You’ve already had three cookies.”)

Anda boleh cuba ini: “Kita boleh makan lagi nanti.”( “We can have these again soon.”)

Jangan berikan mereka tekanan akibat tidak dapat menikmati comfort food mereka. Anda perlu lebih kreatif dalam menggunakan ayat yang betul.

#6. Puji dengan cara betul

Jika anak berjaya habiskan makanan puji tindakannya dengan cara yang betul.

Selain menggunakan ayat:  “Bagusnya, awak habiskan semua makanan.”(” Great job cleaning your plate!”)

Anda boleh cuba ini: “Awak mesti rasa makanan ini sedapkan? Sebab itu boleh dihabiskan.”  (“It looks like you thought that was tasty!”)

Pujian dengan cara yang betul membantu anak berfikir, mereka bukan terpaksa menghabiskan makanan itu tetapi kerana rasanya yang sedap dia habiskan.

Anda perlu kreatif dalam memilih perkataan jika mahu anak picky eaters ini makan dengan gembiranya. Jangan buat mereka seperti robot dan memaksa mereka makan yang akhirnya akan membuatkan anak-anak ini terus membenci makanan.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: parents.com

Baca juga:

https://my.theasianparent.comvitamin-terbaik-untuk-anak

Penulis

Lala Annuar