Jangan Abaikan Tumbesaran Anak Yang Lebih Besar, Mereka Juga Perlukan Nutrisi Yang Cukup!

Pada usia 3 hingga 6 tahun, anak prasekolah anda jadi semakin berani dan bersedia untuk hadapi dunia. Tugas anda kini adalah untuk memastikan dia sentiasa yakin dengan dirinya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pejam celik, pejam celik, anak-anak membesar dengan sungguh pantas. Kita mula tersedar bahawa fizikal si manja tidak lagi sama seperti dia masih kecil. Wajahnya lebih terbentuk, malah dia juga semakin petah berkata-kata. Pada usia 3 hingga 6 tahun, anak kesayangan kini juga digelar anak prasekolah yang semakin berani dan bersedia untuk menghadapi masa hadapan.

Anak juga lebih berdikari dan yakin dengan diri sendiri. Pertuturannya juga bertambah lebih baik sehingga anda mampu berbicara dengan si manja dan faham apa yang dia cuba cerita. 

Sebaik sahaja anak prasekolah ini membesar, dunia mereka seakan-akan tiada batasan dan mereka juga akan lebih fokus kepada orang luar yang bukan ahli keluarga sendiri. Biarkan mereka berinteraksi sendiri kerana ini akan membentuk personaliti mereka! 

Oleh sebab itu, penting bagi ibu bapa untuk mengambil berat akan setiap perkembangan mereka agar anak tidak tercicir.

Kami di theAsianparent Malaysia mementingkan kesihatan dan tumbesaran anak-anak. Jadi kami telah menjalankan satu tinjauan tentang sebaik sahaja anak-anak masuk pra-sekolah, adakah penting untuk anak-anak mendapat nutrisi mencukupi berbanding semasa mereka lebih muda?

68 peratus ibu bapa bersetuju bahawa anak-anak mendapat nutrisi mencukupi sekarang lebih penting berbanding semasa mereka lebih muda, manakala 26 peratus pula mengatakan bahawa masa sekarang juga sama penting semasa anak masih muda.

Hanya 5 peratus sahaja mengatakan bahawa nutrisi mencukupi untuk anak kurang penting berbanding semasa mereka masih muda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Oleh sebab itu, bagi memastikan anak tidak tercicir, ini antara perkembangan dan tumbesaran anak-anak antara usia 3 hingga 6 tahun yang setiap ibu bapa perlu tahu.

Setiap Perkembangan Anak Prasekolah Ibu Bapa Patut Tahu

Perkembangan Fizikal Anak Prasekolah (3 hingga 6 tahun)

  • Kemahiran motor kasar

Kredit: Shutterstock

Kini anak menjadi lebih mahir berlari, melompat, melempar, dan menendang. Mereka juga mampu menangkap bola yang melantun.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pada usia 3 tahun mereka akan mula mengayuh basikal roda tiga manakala pada usia 4 tahun, mereka dapat berbasikal dengan lebih baik. Selain itu sekitar usia 4 tahun, mereka juga akan mula pandai melompat dengan sebelah kaki dan mengimbangi diri dengan sebelah kaki lagi selama 5 saat1.

  • Kemahiran motor halus

Secara amnya, kemahiran motor halus bermaksud keupayaan anak dalam mengkoordinasikan pergerakan tangan mereka; dari pergelangan tangan hingga ke jari tangan dan kaki.

Pada usia 3 tahun, si manja mampu melukis bulatan atau melukis gambar orang dengan tiga bahagian2. Mereka juga mula memakai pakaian dan menukar pakaian sendiri3.

Pada usia 4 tahun pula, anak-anak boleh melompat dan berdiri dengan satu kaki selama 2 saat. Mereka juga boleh menangkap bola yang sedang melantun malah mereka juga boleh memotong, menuang dan melecek makanan sendiri4.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setelah mereka berusia 5 tahun, anak-anak akan lebih mahir melukis bentuk segi tiga.

Perkembangan Bahasa Anak Prasekolah (3 hingga 6 tahun)

Kredit: Shutterstock

Pada usia 4, anak mengenali nama-nama warna dan boleh ikut arahan tiga langkah seperti “Pergi ke singki, basuh tangan anda dan keringkan tangan dengan tuala”5

Pada usia 4 hingga 5 tahun pula, mereka akan pandai untuk menggunakan kata milik dan mencantum ayat sendiri. Mereka juga boleh menjawab apabila ditanya tentang siapa, bagaimana dan di mana.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pada usia 5 tahun juga, anak-anak mampu bertutur dalam perbualan menggunakan ayat majmuk dan ayat komplek6.

Perkembangan Kognitif Anak Prasekolah (3 hingga 6 tahun)

Anak-anak prasekolah ini akan terus menggunakan minda mereka yang sedang berkembang dalam menyelesaikan masalah atau menjelaskan sesuatu pada anda.

Kebanyakan ibu bapa gemar untuk bertanya soalan bermula dengan pertanyaan “mengapa?” pada anak-anak mereka. 

Anda juga harus peka dengan jawapan mereka kerana kadang kala mereka tidak sedar bahawa jawapan mereka boleh menyakitkan hati orang lain. Oleh sebab itu, anda perlu bertegas. 

Namun ingat, anak-anak di usia ini bukan pemikir yang logik. Mereka percaya apa sahaja yang mereka lihat walaupun ia tidak masuk akal. Ini dipanggil sebagai pre logical thinking, dan ia sangat normal untuk kanak-kanak usia ini7.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perkembangan Sosioemosi Anak Prasekolah (3 hingga 6 tahun)

Kredit: Shutterstock

Ini adalah masa yang penting untuk memberikan pengajaran asas tentang emosi anak. Di usia ini, si manja mula memahami bahawa badan, minda dan emosinya datang daripada diri sendiri. 

Dia juga sudah mula tahu perbezaan antara gembira, sedih, marah atau kecewa.

Pada usia 3 hingga 4 tahun, mereka lebih ceria dan pandai tunjuk perasaan takut. Mereka juga sangat ramah dan akan gemar pada sesetengah orang sahaja. 

Namun begitu, pada usia ini juga mereka sangat mementingkan pujian, jadi mereka akan pastikan turutan ibu dan ayah akan dipenuhi. 

Guna peluang ini untuk meluangkan masa dengan mereka dalam permainan dan dengar luahan hati mereka. Sebagai ibu bapa, anda juga perlu sedar bahawa anak prasekolah bukan lagi anak kecil, jadi rutin hariannya akan berubah7.

Tip Keibubapaan Positif

Kredit: Shutterstock

Sebagai ibu bapa, ada beberapa perkara yang anda boleh lakukan bagi memastikan perkembangan anak bertambah baik hari demi hari. Antaranya termasuk:

  • Elak gaya keibubapaan terlalu rumit

Jika anak ada lakukan kesalahan, pastikan anda jelaskan dan tunjuk contoh keperibadian baik yang anda ingin dia lakukan.

Bimbing si manja dengan penjelasan dalam nada yang lembut dan elak menengking atau menaikkan suara walaupun anda sudah tidak dapat menahan sabar.

  • Galakkan anak bersosial

Mungkin agak sukar untuk anak-anak bersosial ketika pandemik namun kalau boleh, biarkan mereka berkawan dengan kanak-kanak sebaya mereka.

Ini secara tidak langsung membantu anak anda untuk mengembangkan perkembangan sosioemosinya dan pada masa yang sama untuk dia cuba berkawan dengan kanak-kanak sebaya.

Anak-anak yang pandai bersosial lebih gembira dan yakin dengan diri sendiri. Mereka juga tidak mudah tertekan dan ini pastinya membantu mereka membesar dengan lebih baik.

  • Bekalkan pemakanan seimbang

Pada masa ini, anak prasekolah akan meniru perbuatan ibu bapa mereka jadi anda harus menunjukkan tabiat baik di hadapan mereka. 

Jika boleh, galakkan keluarga untuk makan bersama-sama. Dengan ini mereka dapat makan makanan sihat yang anda sediakan. Jika anda ingin anak makan sayur, ibu dan ayah juga harus makan makanan yang sama.

Elakkan makanan yang tidak sihat seperti makanan berminyak dan terlalu menggemukkan. Nutrisi sihat amat penting untuk mereka kerana ia dapat melindungi anak-anak daripada jangkitan penyakit.

Di theAsianparent Malaysia, kami amat menekankan hanya yang terbaik untuk anak-anak jadi kami bertanya kepada mereka jenama-jenama susu formula yang mereka berikan kepada anak-anak berusia 3 hingga 6 tahun.

1 dalam 5 ibu bapa dalam tinjauan kami menyatakan bahawa mereka lebih gemar susu formula jenama Dugro untuk anak-anak mereka.

Anak Semakin Membesar? Tambah Nutrisi Sebagai Pelindung Diri Hari Ini

Bantu anak prasekolah anda menjadi lebih kuat, berkeyakinan dan berani dengan memberikan mereka pemakanan yang seimbang. Tambah lagi nutrisi untuk tubuh mereka dengan menggalakkan pengambilan susu.

Jika anak anda pengemar minuman susu coklat, cuba bekalkan dia dengan susu Dugro NextGen Nutri perisa Coklat yang lazat!

Susu Dugro NextGen Nutri ini mengandungi kombinasi unik* iaitu Zat Besi tertinggi** dengan Vitamin C dan  juga mengandungi nutrien-nutrien tertinggi** yang penting untuk kebaikan anak-anak.

Diformulasikan dengan 21 vitamin dan mineral, ia membantu perkembangan anak dengan membekalkan kalsium dan nutrien untuk Si Manja secukupnya.

Pengambilan kalsium dapat menguatkan tumbesaran tulang mereka. Susu Dugro NextGen Nutri mengandungi kalsium tertinggi** dan juga DwiProtein^.

*Dengan kombinasi optimum Vitamin C: Zat Besi dalam nisbah 3 & 4, dalam lingkungan yang disarankan oleh WHO untuk meningkatkan penyerapan.

**Dugro Asli dan Madu Langkah 3, 4 & 5 dan Coklat Langkah 4 &5 adalah tertinggi dalam DHA (41.8 mg- 51.2mg/100g), Kalsium dan Zat Besi berbanding jenama lain (setiap 100g), berdasarkan label produk pada Feb 2021 (Harga jualan yang disyorkan kurang daripada RM30 untuk pek 900g/850g)

^60% Protein dadih

Jika anda berminat untuk mencuba Dugro, anda boleh mendapatkan sampel percuma Dugro Susu Asli percuma di sini.

Pembelian Dugro NextGen Nutri boleh didapati di Lazada dan Shopee

Rujukan:

  1. (n.d.) U.S. National Library of Medicine. Preschooler development. Retrieved from https://medlineplus.gov/ency/article/002013.htm
  2.  (n.d.) U.S. National Library of Medicine. Preschooler Development. Retrieved from medlineplus.gov/ency/article/002013.htm
  3.  (n.d.) Center for Disease Control and Prevention. Important Milestones: Your Child By Three Years. Retrieved from www.cdc.gov/ncbddd/actearly/milestones/milestones-3yr.html.
  4. (n.d.) Center for Disease Control and Prevention. Important Milestones: Your Child By Four Years. Retrieved from www.cdc.gov/ncbddd/actearly/milestones/milestones-4yr.html
  5. (n.d) University of Michigan Health. Speech and Language Milestones, Ages 3 to 5 Years. Retrieved from www.uofmhealth.org/health-library/ue5083
  6. (n.d.) Stanford Children’s Health. Age-Appropriate Speech and Language Milestones. Retrieved from www.stanfordchildrens.org/en/topic/default?id=age-appropriate-speech-and-language-milestones-90-P02170
  7.  (August 17, 2020). WebMD. Piaget Stages of Development. Retrieved from www.webmd.com/children/piaget-stages-of-development

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Penulis

Anis Hanini