Anak Puteri Diana iaitu Putera William dan Putera Harry tidak pernah melupakan memori bersama ibunda mereka yang telah pergi buat selama-lamanya. Malah, mereka tetap menghormati warisan yang ditinggalkan ibu dan mengekalkannya dalam ingatan.
Sebelum pemergian mendiang Puteri Diana, beliau sentiasa menunjukkan keprihatinan dan mencurahkan kasih sayang terhadap kedua-dua anaknya yang tersayang.
Anak Puteri Diana yang sulung, Putera William menemui cinta semasa menuntut di kolej
Putera William dan Kate Middleton mula berkenalan pada tahun 2004 selepas bertemu di University of St Andrews di Scotland. Mereka juga ibarat pasangan yang cukup sempurna dan bahagia serta menjadi kebanggaan rakyat jelata di bumi Inggeris.
Menurut William ketika ditemubual media, ketika pertama kali bertemu Kate, dia tahu ada sesuatu yang sangat istimewa tentang gadis itu.
Kemudian pada tahun 2011 mereka berkahwin dan kini telah dikurniakan tiga orang cahaya mata yang sangat comel dan bijak.
Putera William sentiasa mengingati Mendiang ibunya, Puteri Diana
Kebanyakan lelaki pastinya akan meminta kelulusan daripada ibu dalam memilih calon isteri. Meskipun Puteri Diana sudah tiada, namun Putera William melakukan dengan cara yang lain di mana dia merisik Kate dengan memberinya cincin diamond milik Diana semasa hari pertunangan mereka.
Seperti Diana, Kate juga mempunyai jahitan biru kecil yang dijahit ke dalam busana pengantinnya dan renda antik yang direka untuk menampakkan ciri-ciri “sesuatu yang lama dan diingati”.
Malah, Kate dan William juga memilih lagu yang sama semasa hari terakhir pengebumian Diana sebagai lagu dendangan di hari perkahwinan mereka.
Anak Puteri Diana yang bongsu, Putera Harry menemui cinta baru dengan Meghan Markle
Putera Harry dan Meghan Markle mula berkenalan pada tahun 2016. Tidak lama selepas itu, mereka mengumumkan pertunangan pada November 2017 dan berkahwin pada tanggal 19 Mei 2018.
Putera Harry turut memasukkan Puteri Diana dalam kisah cintanya
Sama seperti abangnya, Harry muncul dengan fesyen sentimental dan merancang menggunakan dua bentuk berlian Diana. Tujuannya adalah untuk memastikan mendiang Diana sentiasa ada bersama mereka semasa dalam perjalanan ke upacara perkahwinan.
Selain itu, William dan Harry tidak pernah melupakan keluarga mendiang Diana dalam upacara perkahwinan yang cukup gemilang itu. Mereka pastinya dijemput dan dilayan dengan penuh rasa hormat dan mesra.
Diana selalu berpesan kepada anaknya untuk menjaga wanita yang dicintai
Menerusi temu bual dengan BBC suatu ketika dahulu, Puteri Diana pernah memberitahu cara dia menangani situasi dengan anak-anaknya.
“Saya selalu berpesan kepada William, jika anda menjumpai seseorang dalam hidup, anda mesti menjaganya dengan baik terutama jika dia seorang yang baik dan mencintai anda sepenuh jiwa maka dia harus dilindungi dan dihargai,”.
Dengan jelas, William dan Harry mengambil kata-kata ibunya itu dan mempraktiskannya sehingga kini setelah menemui cinta sejati.
William dan Harry tahu Diana merestui hubungan perkahwinan mereka
Secara lumrahnya, William dan Harry mengharapkan ibu mereka dapat bertemu dengan isteri mereka. Malangnya tidak kesampaian.
Walau bagaimanapun, jelas rakyat merestui Middleton dan Markle dalam kehidupan kedua-dua putera kacak itu.
Namun, bagi William dan Harry mereka tetap merasai jika ibunya masih ada tentunya ibu akan menjadi sahabat dan rapat dengan kedua-dua menantunya itu.
Jangan lupa like facebook page theAsianparent Malaysia untuk informasi yang lebih menarik.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Cheat Sheet
Baca juga:
https://my.theasianparent.computeri-diana-sebagai-ibu/