Ibu Jangan Terlalu Rajin, Simpan Sedikit Kerja Rumah Untuk Anak Menjadi Lebih Bertanggungjawab!

Tahukah ibu ayah bahawa anak yang rajin melakukan tugasan di rumah lebih berdikari? Justeru, jangan terlalu manjakan mereka dan perlu sentiasa menyuruh anak melakukan kerja rumah!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tidak dinafikan bahawa bukan mudah untuk ibu ayah melalui proses mendidik anak-anak yang semakin membesar. Pelbagai ragam dan telatah perlu dihadapi terutamanya dalam membentuk anak rajin membantu melakukan tugas di rumah serta lebih berdikari.

Namun, apa yang penting adalah anda tidak boleh terlalu memanjakan mereka sehingga naik kepala. Cara yang terbaik untuk membuatkan anak rajin membantu dalam perihal rumah adalah dengan mengarahkan mereka melakukan pelbagai perkara.

Ibu ayah mendidik anak rajin membantu

credit to sources

Mungkin segelintir ibu ayah lain akan menganggap anda ‘malas’ dan sering menggunakan kuasa veto dalam membentuk keperibadian anak-anak.

Perkara yang perlu diutamakan adalah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sekiranya mereka sudah terbiasa melakukan pelbagai perkara di rumah, anda tidak perlu bimbang lagi kerana anak-anak mungkin akan terus bersikap rajin dan lebih bertanggungjawab.

Sebaik-baiknya jika anak sudah pandai berjalan, anda boleh mula mengajar pelajaran baru dengan membantu mengambil barangan ringan dalam bilik, mengemas barang permainan serta mengasingkan baju kotor ke dalam bakul.

Jangan terlalu bersikap berat sebelah. Ia perlu diajar kepada anak perempuan dan lelaki secara adil dalam pelbagai aspek tugasan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mungkin semasa mereka masih kecil belum nampak lagi kesannya, tetapi percayalah apabila selepas 20 tahun anda akan bersyukur kerana sikap tegas dalam mengajar anak-anak melakukan kerja rumah. Sekiranya ibu ayah belum memulakannya, masih belum terlambat untuk cuba lakukan sekarang sebelum mereka meningkat lebih dewasa.

Oleh hal demikian, kami ingin berkongsi beberapa tips yang boleh membantu ibu ayah menerapkan sikap tolong-menolong dan bertanggungjawab dalam diri anak-anak.

Membiasakan anak melakukan kerja ringan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah mengajarkan anak-anak sentiasa bersedia menghulurkan bantuan dalam soal penjagaan kebersihan rumah mengikut kesesuaian usia mereka.

Misalnya jika anak berusia bawah dua tahun, ajarkan mereka cara memasukkan pakaian kotor ke dalam bakul atau mesin. Anda juga boleh meminta si manja meletakkan permainan ke tempat asal setelah selesai bermain.

Dalam usia setahun jagung ini, pelbagai gajet perlu dijauhkan daripada anak-anak kecil. Lupakan seketika gajet semasa proses perkembangan dan mendidik si manja. Usah membuatkan anak dan diri sendiri leka dengan pelbagai perkara dalam dunia maya.

Justeru, banyak aktiviti menarik boleh dilakukan bersama. Anda dan pasangan perlu bijak membahagikan masa dengan anak-anak melalui  kerja rumah yang lebih seronok dan meriah.

Dalam mengalakkan anak rajin, ibu ayah boleh bekerjasama dalam mencipta sebuah pertandingan. Siapa yang paling cepat, pantas dan sempurna dalam tugasan yang diberikan berpeluang memenangi hadiah. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ganjaran yang diperoleh pula tidak perlu mahal, cukuplah sekadar anda membelanjakan aiskrim kegemaran mereka!

Tips didik anak rajin dan lebih bertanggungjawab

credit to sources

#1. Sebelum tidur

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagi ibu yang mempunyai sikap ‘malas’, anda sebenarnya tidak perlu menyediakan kesemua barang dan persekolahan anak-anak.

Galakkan mereka untuk menjaga sendiri penampilan ketika ke sekolah dengan menyusun buku-buku ke dalam beg mengikut jadual serta mencari sendiri baju, seluar dan seluar kecil sebelum waktu tidur.

Ibu ayah juga perlu berpesan kepada mereka untuk bangun awal pagi, bersiap awal untuk menunaikan solat subuh dan mengambil sarapan.

#2. Ketika waktu makan

Sewaktu anda dan anak-anak menikmati pelbagai hidangan enak, elakkan dari terus mengemas meja makan dan basuh semua pinggan mangkuk.

Sebaliknya, minta anak-anak menjadi individu bertanggungjawab dengan mengutip lebihan nasi atau makanan yang jatuh di sekitar pinggan dan membawanya ke sink untuk dibersihkan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak yang berusia 3 tahun perlu pandai mengurus diri sendiri. Anda hanya perlu touch up sahaja jika terdapat pinggan yang senget di rak atau memperbetulkan kedudukan meja makan.

#3. Waktu mandi

Kebiasannya, anak kecil berasa cukup teruja ketika waktu mandi kerana mereka membayangkan situasi bermain buih sabun yang cukup menyeronokkan.

Tidak cukup dengan itu, lambakan baju kotor akan bersepah di hadapan bilik air dan barangan mandi di dalam bilik air berlaku akibat ‘keterujaan’ ini.

Justeru, anda tidak perlu mengutip kesemua barangan berkenaan. Hanya suruh sahaja anak-anak mengemas kembali barangan berselerak ke dalam bakul yang sudah disediakan.

Semoga bermanfaat untuk ibu ayah. 

Sumber: Syazwana Wana, Tuisyen Individu

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Baca juga:

Cara Mendidik Anak-anak Supaya Mendengar Kata