Rita Rudaini Terima Hadiah Hari Jadi Dari Anak Sulungnya, Kejayaan Anugerah Pengetua, Pointer Tertinggi

Ibu mana yang tak bangga bila anak terima anugerah. Rita Rudaini akui bersyukur dan teruja melihat kejayaan anaknya itu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Siapa kata ibu tunggal tidak boleh membesarkan anak dengan jayanya? Lihat sahaja keterujaan pelakon terkenal tanah air Rita Rudaini apabila anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin menghadiahkannya dengan memperoleh Anugerah Pengetua dengan keputusan yang sangat cemerlang baru-baru ini pada hari ulang tahun kelahiran ibunya Rita itu.

Anak pertama Rita Rudaini dan bekas suaminya, Aidil Zafuan, yang lebih gemar dipanggil Ryan itu dikatakan menerima anugerah tersebut di MRSM Ulul Albab, Gemencheh. Yang membanggakannya lagi, Ryan cukup membuatkan ibu Rita Rudaini itu sangat terharu dengan pointer tertinggi. Bukan calang-calang orangnya!

Berita yang membanggakan pelakon itu dikongsikan menerusi sebuah video yang dimuat naik ke dalam akaun TikToknya. Dilihat menerusi video itu, Ryan sedang dipanggil untuk naik ke pentas dan menerima sijil serta piala yang disampaikan oleh pengetua sekolah MRSM yang dihadirinya itu.

@ritrud727
Tahun lepas bday mommy,Ryan bg hadiah dpt tempatkan diri di MRSM..tahun ni Ryan bg hadiah lg dpt Anugerah Pengetua dgn pointer tinggi …syukur alhamdulillah…mommy x mintak lebih cuma mommy nak anak2 mommy bukti kan pd diri sendiri dan kpd org di luar sana yg kita mampu berjaya..peduli kan cemuhan dan kejian manusia kerana ALLAH sentiasa ada utk kita 😌 ..jadi terbaik utk diri sendiri bukan utk puas kan hati org lain…tkasih ALLAH kerana hadiah rezeki anak2 yg baik utk ku..sudah memadai…rezeki RAMADHAN 🤍 ♬ original sound – Rita Rudaini

Menerusi kapsyen yang ditulis oleh Rita sendiri, anugerah itu adalah sebuah anugerah paling berharga daripadanya anaknya kepada dirinya pada tahun ini. Manakala pada tahun lepas, Ryan menghadiahkan kebanggaan kepada ibunya pada hari ulang tahun kelahirannya apabila menerima tawaran masuk ke MRSM yang mana umum tahu bukan mudah untuk memasuki ke institusi pelajaran itu kerana memerlukan pencapaian pelajaran yang bagus.

Jelas terpampang yang mana biarpun Rita bergelar ibu tunggal yang membesarkan dua orang cahaya matanya itu bersendirian selepas penceraiannya dengan Aidil, pelakon itu berjaya membuktikan yang dia boleh menjaga dan mendidiknya dengan jayanya.

Dalam video tersebut juga, Rita juga meminta anaknya untuk membuktikan yang mereka juga boleh berjaya serta tidak mempedulikan kejian dan cemuhan manusia kerana pesannya “Allah sentiasa ada untuk kita.”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tulisnya, “Syukur alhamdulillah. Mommy tak mintak lebih. Mommy nak anak-anak mommy buktikan pada diri sendiri dan kepada orang di luar sana yang kita mampu berjaya. Pedulikan cemuhan dan kejian manusia kerana ALLAH sentiasa ada untuk kita😌”.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bukan itu sahaja, Rita Rudaini juga menitipkan pesan kepada anaknya itu untuk jadi terbaik untuk diri sendiri bukannya untuk puaskan hati orang lain. Pada masa yang sama, pelakon terkenal itu juga mensyukuri rezeki dari sang pencipta kerana dikurniakan dengan anak-anak yang baik kepadanya.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bukan Mudah Teruskan Hidup Sebagai Ibu Tunggal, Percayalah Anda Insan Hebat Pilihan Allah

Baca juga: 11 Tahun Bergelar Ibu Tunggal, Wanita Ini Dedah Kehidupannya Selepas Kahwin Baharu

Baca juga: Ibu Berjaya Didik Anak Jadi CEO & Doktor, Dan Dedahkan Kesilapan Terbesar Parents Dalam Didik Anak!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Farhana Fuad