“La.. Anak satu saja? Tak nak tambah ke? “Eh, tak syoklah anak satu je, nanti bila tua tak ada siapa nak jaga kita?”
Ya Tuhan, lemasnya bila orang tanya soalan macam ini, kan? Padahal kita ini yang nak mengandung dan bersalin. Tapi orang lain pula sibuk tanya bila nak tambah. Ingat senang-senang ke nak tambah anak?
Sebenarnya, jumlah saiz keluarga atau penambahan anak mendapat kesepakatan antara suami dan isteri. Selain itu, ibu bapa juga perlu bersedia untuk miliki anak kecil lagi.
Tapi akibat orang sekeliling yang tak faham dan mendesak, boleh bikin hati sengsara!
Namun, keputusan untuk memiliki satu anak atau lebih haruslah melihat pada tahap kesihatan, kewangan dan persediaan mental serta fizikal kerana untuk menjaga anak ramai tidak mudah seperti ABC!
Semuanya memerlukan pengorbanan dan kerjasama antara suami isteri.
Anak satu – Bila nak tambah anak lagi?
Menurut Dr. Harlina Hj Siraj, Pakar Sakit Puan PPUKM, Islam sangat mementingkan perancangan dan stretegi dalam soal melahirkan nyawa baru di dunia ini.
Beliau menambah, setiap kehamilan itu sebaik-baiknya dirancang, dikehendaki dan ditunggu-tunggu.
Maksudnya di sini, bila dapat tahu diri hamil lagi, rasa gembira dan sujud syukur. Bukannya mengeluh, risau tak tentu arah atau tak ada perasaan langsung!
Bila waktu terbaik untuk hamil lagi selepas anak satu?
Waktu sebaiknya untuk hamil adalah usia 20 ke 35 tahun kerana masa ini, badan masih kuat dan sebarang risiko bahaya lebih rendah.
Tapi lepas usia tersebut, badan akan jadi cepat penat. Namun ia bergantung kepada keadaan dan lihat tahap kesihatan wanita itu juga untuk kembali hamil semula.
Mengikut Al-Quran malah juga kajian sains, jarak untuk kembali hamil adalah dua tahun. Kenapa?
Sebab dalam tempoh dua tahun itu, ibu bapa sempat bagi perhatian secukupnya kepada anak sulung dan ibu juga sempat sembuh.
Bagi Dr. Harlina, lebih elok kiranya selepas anak bercerai susu dan umur abang atau kakak dalam lingkungan dua tahun lebih.
Selain itu, lihat juga kemampuan kewangan, kesihatan isteri dan kepandaian menguruskan keluarga. Jika anak seperti terabai, adalah lebih baik untuk tidak menambah anak buat sementara waktu.
Kesan jika belum bersedia hamil
- Bagi yang baru berkahwin, mungkin belum sempat untuk mengenali pasangan dengan lebih dekat. Sebaiknya, dalam tempoh enam bulan adalah masa bulan madu.
- Kehamilan tak dirancang boleh beri kesan buruk terhadap fizikal dan emosi wanita.
- Ada kes isteri mula membenci suami selepas disahkan hamil.
- Apabila tidak dirancang untuk hamil, anda boleh cenderung ambil keputusan seperti menggugurkan kandungan dengan sendiri seperti makan pil gugur atau ambil makanan tajam dan sebagainya.
Kita sebagai orang luar tak seharusnya tanya bila seseorang itu ingin tambah anak atau mengkritik mereka yang belum bersedia untuk ada keluarga besar. Hanya tuan empunya badan saja yang lebih tahu dan layak membuat keputusan ke atasnya.
Walaupun anak satu saja, asalkan hidup aman dan gembira!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber : Parents.com, Mariafirdz
Baca juga:
https://my.theasianparent.comsoalan-bila-nak-ada-anak/