10 Wajah Anak Selebriti Sebijik Ikut Muka Ibu Bapa Mereka!

Macam pelanduk dua serupa, memang menakjubkan! Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, memanglah wajah anak sama ada akan iras ibu atau ayah bukan?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, memanglah wajah anak sama ada akan iras ibu atau ayah bukan? Begitulah fungsi DNA. Tapi kalau dah macam pelanduk dua serupa, memang menakjubkan! Lagi-lagi apabila kita tengok rata anak selebriti pujaan, memang sukalah tengok mak cantik, bapa hensem, anak pun samalah!

Anak selebriti muka sama ibu bapa

#1. Zoe Kravitz & Lisa Bonet

Anak dan ibu yang sentiasa menjadi ikon di karpet merah. Rupa mereka memang saling tak tumpah, malah wajah Lisa Bonet yang sentiasa tampak awet muda menjadi idaman ibu-ibu di luar sana. Wajah Zoe ternyata mewarisi tulang pipi yang tinggi kepunyaan ibunya. Sangat cantik!

#2. Chrissy Teigen & Luna Stephens

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila John Legend dan Chrissy Teigen menyambut cahaya mata mereka yang pertama ini ramai peminat-peminat mereka nampak wajah Luna dan Chrissy seakan sama. Malah semakin Luna membesar, personaliti dan perwatakannya sangat menyerupai Chrissy!

#3. Cindy Crawford & Kaia Gerber 

Sudah terang lagi bersuluh wajah pelanduk dua serupa dua beranak supermodel inii. Kaia mewarisi wajah segar dan anggun serta kulit mulus ibunya. Malah dia bukan takat mewarisi rupa, kerjaya pun sama, supermodel!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#4.  Elizabeth Hurley & Damien Hurley

Wajah yang saling tak tumpah. Damien juga mengikuti jejak ibunya iaitu seorang model. Dari iras mata dan mulut macam photostate! Malah Damien juga mempunyai citarasa gaya dan stail sama seperti ibunya.

#5. Tish Cyrus & Miley Cyrus

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bintang kanak-kanak ini mungkin lebih mengikut jejak ayahnya dari segi kerjaya seni mereka, namun iras wajah Miley memang sama seperti ibunya! Apabila mereka membuat kemunculan bersama tampak seperti adik beradik!

#6. Madonna & Lourdes Leon

Seiras betul wajah manis kedua beranak ini apa yang membezakan cuma warna rambut sahaja. Boleh dikatakan Lourdes adalah versi Madonna berambut hitam. Kening mereka yang ‘bold’ seakan menjadi signatur dalam DNA mereka. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#7. David Beckham & Brooklyn Beckham 

Anak pertama pasangan yang cukup berpengaruh dalam industri bola sepak dan fesyen ini mungkin tidak mewarisi bakat bola sepak bapanya. Namun dari segi rupa memang 100%!

#8. Reese Witherspoon & Ava Phillippe

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Wajah anak gadis Reese Witherspoon yang berusia 20 tahun ini memang saling tak tumpah seperti ibunya. Mungkin versi yang lebih muda, tapi apa pun mereka tampak seperti kembar bukan?

#9. Vanessa Paradis & Lily Rose Depp

Anak selebriti terkenal Johnny Depp ini juga terkenal dengan wajah ‘mahal’, mengapa? Kedua-duanya mampu menjadi wajah kepada jenama fesyen tersohor dari Perancis iaitu Chanel. Mereka bukan seiras dari segi wajah, bentuk badan yang genit dan kurus juga sama!

#10. Kris Jenner dan Kendall Jenner

Memanglah Kendall di sini tampak lebih cantik daripada ibunya. Tapi pernah tak anda lihat wajah Kris waktu muda-muda dulu? Cantiknya memang ada iras-iras kendall. Malah rambut hitam keluarga mereka memang menjadi signature look the Kardashian

Betul ke kalau muka anak perempuan iras muka ibu katanya ‘Panas’?

Orang tua-tua kata kalau muka anak perempuan memang betul-betul iras muka ibu misalnya, hubungan anak dengan ibu itu dipanggil ‘panas’. Tapi kalau anak lelaki ikut muka ibu katanya ‘sejuk’? Seperti kalau si ibu yang beri nasihat atau tunjuk ajar anak akan kurang dengar, malah hubungan tu tak serapat si anak perempuan dengan bapa. Sebaliknya jika anak lelaki ikut muka ibu, hubungan itu dikatakan sejuk, jadi anak lelaki akan lebih dengar cakap ibu. 

Tidak tahulah kepastiannya tapi ada kajian menyatakan anak yang mempunyai iras ayah ini akan cenderung menjadi lebih bijak? Sebabnya kerana bapa-bapa ni lebih suka meluangkan masa bersama anak yang mempunyai iras mereka. Betul ke? Itu berdasarkan kajian Journal of Health berkaitan ibu bapa yang bercerai. Jadi tidak sejauh mana kebenarannya di kalangan keluarga normal. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Yahoo

Baca juga:

my.theasianparent.com/jasa-ayah