Cuaca tidak menentu kadang kala hujan, kadang kala panas buatkan anak kecil mudah diserang selesema dan menjadikan mereka tidak selesa. Rimas dibuatnya bila lihat hidung anak berair . Kesian pula. Nak tidur pun tak selesa, serba tak kena jadinya.
Jika usia di bawah tiga tahun pula, bila hidung tak selesa merengek tak hentilah jawabnya. Adakalanya, sudah diberikan ubat pun masih lagi berulang selesema. Buntu ibu dibuatnya.
Jadi doktor telinga, hidung & tekak (ENT), Dr Ezairy M.Sallih berkongsi panduan dan cara bagaimana menguruskan anak yang hidungnya kerap berair atau selalu bersin-bersin.
Selesema ganggu anak, ini cara kurangkannya
Bila tidur anak terganggu, automatik tidur ibu bapa juga terganggu. Anak kecil ini, pasti ada perkara yang dia tidak selesa jika tidurnya tidak lena dan sering terganggu.
Yang paling selalu berlaku dan tidak pelik apabila anak tidak lena tidurnya adalah akibat selesema yang menyebabkan hidungnya tersumbat sekaligus menganggu dia untuk tidur dengan lena.
Jadi jangan ingat selesema itu perkara remeh ya kerana jika dibiarkan terganggulah kehidupan seharian ini. Jadi mungkin anda boleh praktikkan panduan yang dikongsikan doktor ini bagaimana mahu menguruskan anak yang kerap alami selesema dan bersin ini.
#1. Minum banyak air
Minum air masak dengan kadar yang cukup diperlukan badan. Ia sangat membantu mereka yang mempunyai masalah hidung tersumbat.
Minum air bagi memastikan lendir dalam sinus mengalir konsisten dan mudah untuk anda mengeluarkannya. Jika tidak dikeluarkan cepat, ia mungkin boleh jadi menjadi lebih pekat dan sukar untuk anda keluarkan.
#2. Minum minuman panas
Ia akan melegakan tekak anda. Minuman panas biasanya lebih baik daripada minuman sejuk ia berikutan haba dan wap membantu saluran haba terbuka.
#3. Wap muka, mandi air panas
Jika anak selesema dan anda tak yakin untuk buat wap muka, anda boleh duduk dalam bilik air bersama anak dan buka paip air panas. Suhu panas itu membantu meringankan beban hidung berair.
Panaskan air dalam periuk, panaskan sehingga stim terhasil. Letakkan wajah anda di atas stim pada satu-satu masa. Ambillah nafas panang melalui hidung. Rehat jika anda rasakan terlalu ganas.
Hembus lendir dan hingus selepas rawatan untuk menghilangkan lendir. Mandi air panas juga buatkan anda tenang.
#4. Elak bagi makanan pedas
Makanan pedas boleh membuatkan hidung berair lebih teruk. Bagaimanapun, ada juga individu, apabila hidung tersumbat mereka makan makanan pedas kerana ia dikatakan akan lebih melegakan.
Tapi jika anak kecil tidak perlulah anda beri mereka makanan pedas, takut sakit perut pula jadinya. Lain nak diselesaikan, lain pula yang datang nanti.
#5. Elak segala punca alahan
Anda perlu peka anak anda alah kepada apa. Ada kalanya karpet di rumah pun punca anda selalu selesema. Karpet ada hama yang menyebabkan berlakunya berlakunya selesema.
Selain itu, mungkin juga aircond, alah kepada makanan dan sebagainya. Anda boleh bawa anak ke hospital dan beritahu saja mahu buat allergy test nanti mereka akan uruskan. Biasannya, allergy test akan dibuat di bahagian belakang anak.
#6. Rujuk doktor anda
Lakukan pemeriksaan dan cari punca sebenar . Dapatkanlah ubat yang terbaik.
Kebersihan kunci utama halang demam, selesema
Bagaimana kebersihan boleh melindungi anak anda daripada demam dan selesema?
Kebersihan yang baik boleh membantu mencegah demam dan menghalang penyebaran virus demam dan selesema di sekitar rumah anda.
- Ajar anak tutup mulut dan hidung dengan tisu apabila anda bersin dan batuk.
- Buangkan tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah dan basuh tangan selepas itu.
- Jika tidak mempunyai akses kepada sabun dan air, sila gunakan pembasmi kuman tangan.
- Basuh tangan dengan kerap menggunakan sabun dan air atau gunakan pembasmi kuman.
- Bersihkan dan basmi kuman di kawasan yang disentuh dengan kerap, seperti pemegang pintu, pemegang jalan dan pili.
- Elakkan bersentuhan dengan orang yang dijangkiti demam atau selesema apabila seseorang menghidapi demam atau selesema.
- Duduk di rumah dan jauhkan diri dari orang lain
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: pa&ma, Sinar Harian, Dr Ezairy M.Sallih
Baca juga: