Anak Anda Suka Menyanyi & Menari? Jangan Halang, Itu Dapat Ajar Anak Berasa Yakin!

Walaupun sedari bayi berusia tujuh bulan, mereka sudah pandai memberi reaksi pada bunyi dan muzik yang mereka dengar. Mereka akan mulai menggerakkan badan walaupun waktu ini masih lagi dalam proses untuk belajar menepuk tangan. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kanak-kanak mana yang tidak suka menyanyi dan menari? Pantang lagu kanak-kanak dimainkan, terus terhentak-hentak kaki dan digoyang-goyangnya kepala. Itu adalah salah satu perkembangan kanak-kanak yang sememangnya patut dialami kanak-kanak apabila meningkat sesuatu usia. 

Walaupun sedari bayi berusia tujuh bulan, mereka sudah pandai memberi reaksi pada bunyi dan muzik yang mereka dengar. Mereka akan mulai menggerakkan badan walaupun waktu ini masih lagi dalam proses untuk belajar menepuk tangan. 

Selain daripada kanak-kanak terhibur dengan nyanyian dan tarian yang mereka lakukan, ia juga sebenarnya memberi banyak manfaat pada perkembangan kanak-kanak. 

Manfaat menyanyi dan menari

Mother and her little daughter sing into the microphone, looking at each other.

#1. Melatih kemampuan berbahasa

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Melalui lagu dan lirik-liriknya, anak boleh mempelajari lebih banyak kosa kata baru. Malah dengan lagu juga kanak-kanak akan lebih mudah ‘pick up’ lantas dapat mengingati dengan mudah.

Jangan terkejut jika anak anda sudah banyak bertanya mengenai erti kosa kata yang baru dipelajarinya. Dan ibu bapa juga perlu bijak menjawab dan jangan buat tidak endah sahaja. Dengan cara inilah mereka boleh mengasah kebolehannya dalam bercakap. 

Selain itu melalui lirik lagu juga si kecil dapat memahami konsep tatabahasa. Disebabkan itulah penting untuk mendengarkan anak-anak anda lagu berbahasa asing juga.

Mulakan dengan bahasa inggeris, tentu anak anda pandai ‘speaking london’! Tapi ingat ya ibu bapa semua, dalam anak mendengar ini kita pun kena turut serta, bila dia menyanyi anda pun perlu menyanyi dalam masa yang cuba terangkan apa maksud lirik-lirik itu. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Mengawal emosi

Anak-anak yang suka menyanyi terbukti lebih mampu dalam mengendalikan emosi mereka. Ini kerana alunan lagu serta lirik yang dinyanyikan mencipta pelbagai suasana dan selalunya berunsur ceria dan menenangkan.

Sebahagian dari perkembangan kanak-kanak juga adalah mereka mampu mengekspresikan emosi mereka dengan lebih efektif. Jadi dari sudut nyanyian mereka akan jadi menyerlah dengan emosi keterujaan mereka. 

Saat anak anda bersedih atau marah, ibu ayah bolehlah memasangkan lagu kegemaran mereka. Dan ajak anak-anak untuk turu serta menyanyi bersama-sama. Apabila menyanyi suasana pun jadi lebih ceria dan serta merta dapat mengubah mood anak-anak anda. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Membantu perkembangan otak

Portrait of young businessman with toy paper wings. Success, creative and startup concept. Copy space for your text

Saat menyanyi, anak-anak akan belajar mengikut nada, menghafal lirik, mengatur pernafasan dan mengingati bait-bait lirik seiring dengan gerakan badan.

Ini terbukti bahawa perkembangan memori otak pada anak-anak berkembang sempurna apabila mereka mendengar lagu dan menyanyi. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Malah anak-anak juga akan lebih mudah mengingati pelajaran sekolah karena sudah terbiasa mengingati lirik lagu kesukaannya.

Selain itu teknik pernafasan yang dia pelajari semasa menyanyi juga dapat meningkatkan kadar oksigen pada otak. Dengan menyanyi juga dapat merangsang kemampuan mendengar si kecil, sehingga mereka pun akan lebih peka ketika guru mengajar. 

#4. Medium belajar yang mudah

Kebanyakan lagu kanak-kanak hadir dengan informasi pelajaran untuk kanak-kanak, dan ia bukanlah sekadar lagu hiburan semata-mata.

Lagu ABC, pengiraan, warna dan nama-nama haiwan selalunya cukup memberi manfaat kepada anak-anak di mana secara tidak langsung mereka cekap mempelajarinya sebelum bermula sekolah lagi. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#5. Meningkatkan keyakinan anak

Selalunya kanak-kanak akan berasa malu bila dihadapan orang rama. Namun apabila anak sudah biasa menyanyi dan menari di rumah apabila mendengar lagu, ini dapat melatih anak-anak untuk tampil sebegitu walaupun di hadapan orang ramai. Ini dapat meningkatkan keyakinan mereka dalam membuat sesuatu yang mereka sukai. 

Bertepuk tangan, sambil memuji nyanyian dan tarian mereka akan meningkatkan keyakinan diri mereka juga. Dan ini sangatlah penting untuk mereka apabila membesar nanti.

Tidaklah nanti bila ada perbentangan di kelas, mereka malu-malu untuk bercakap. 

Itulah dia manfaat jika anak-anak menyanyi dan menari, ternyata ia bukan sekadar hiburan semata. Dan anda sebagai ibu-bapa perlu turut menyanyi bersama ya, jangan lupa untuk terangkan butiran nyanyian tersebut, tidaklah anak-anak menyanyi tanpa tahu maksud sebenar!

Sumber: Kiddo.Id

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Kini Anak Anda Juga Boleh Menjadi Bintang Disney! Jom Sertai Sekarang