Pernahkah anda tertanya-tanya jika si manja anda seorang anak gifted atau anak pandai? Ada satu laporan ini berkata, anak sulung dalam keluarga sering menjadi antara yang terpintar.
Kajian yang dijalankan mendapati anak sulung lebih cenderung untuk melakukan perkara dengan lebih baik berbanding adik mereka yang lebih muda. Penilaian kognitif dilakukan seawal usia satu tahun. Perbezaan pencapaian antara anak sulung dan adik-beradiknya nyata ketara.
Kajian menunjukkan bukti yang anak sulung menerima lebih banyak rangsangan mental dan susu badan daripada ibubapa, jadi mereka ini anak gifted dalam pelbagai aspek.
Malah, wanita yang baru menjadi ibu juga akan lebih berhati-hati untuk mengambil risiko seperti menghisap rokok atau minum minuman beralkohol ketika kehamilan pertama.
Apabila anda hamil dengan anak pertama, ia sebuah pengalaman baru buat anda. Ia satu konsep asing yang perlu anda biasakan. Anda tahu anda kena buat yang terbaik, lalu anda kena lebih berhati-hati.
Ketika anda bersedia untuk hamil dengan anak kedua, sifat panik tidak dihiraukan lagi. Anda tahu anda tak perlu risau apa-apa. Lalu, anda menurunkan pertahanan dan lebih santai.
Tapi, jika anda sudah memiliki lebih daripada seorang anak, masih santaikah hidup anda?
Dengan dua orang adik beradik, saya masih ingat bagaimana ibubapa saya anggap rumah kami seperti medan perang! Kes kami adalah kes klasik persaingan antara adik beradik. Abang saya jauh lebih tua dari saya. Dia berusia 7 tahun dan merasakan dia tahu segalanya.
Anak sulung anak gifted cipta persaingan antara adik-beradik
Saya juga pernah melihat persaingan antara adik beradik yang memiliki jarak usia lebih rendah. Bagaimana anda mengendalikan masalah persaingan antara adik beradik?
Berikut terdapat beberapa tips mudah untuk ibubapa dengan dua atau lebih anak-anak:
1# Rancang dengan baik
Cuba jarakkan usia antara dua orang anak tersebut, agar anak sulung mampu berdikari. Memiliki dua orang anak dengan usia yang hampir sama akan menimbulkan perselisihan faham antara mereka.
Anda mungkin secara tidak sengaja memberi tumpuan lebih pada si manja lebih kecil, hingga anak sulung anda rasa dipinggirkan. Biasanya, inilah batu loncatan untuk persaingan antara adik beradik.
2# JANGAN berpihak pada mana-mana
Sentiasa berlaku adil. Hanya sebab anak bongsu anda lebih muda, tak bermaksud anda harus berpihak kepadanya setiap masa. Tetapi, berpihak pada siapa yang benar.
Bangunkan saluran komunikasi antara anda dan anak-anak, agar mereka boleh menerangkan perkara pada anda. Dan anda boleh mempertimbangkan keterangan mereka.
3# JANGAN bandingkan
Saya tak perlu terangkan benda ini, kan? Semua orang tak suka dibandingkan. Sama ada orang dewasa atau kanak-kanak. Kita sendiri tahu dua orang kanak-kanak tidak akan serupa, jadi kenapa kita perlu cakap begini “tengok macam mana abang awak lari”?
4# Jangan paksa mereka berkongsi permainan
Tanpa mengira perbezaan usia antara adik-beradik, dapatkan permainan yang sama buat mereka. Jangan paksa mereka untuk berkongsi permainan, melainkan mereka ingin melakukannya.
Selalunya, tekanan akan jatuh pada anak sulung. Dia akan dijangka untuk berkongsi barangannya dengan adik yang lebih muda. Jika anak-anak anda faham dengan konsep perkongsian, dan sanggup melakukannya, teruskan!
Dari pengalaman saya, persaingan antara adik-beradik hanya dipenuhi dengan pelbagai pergaduhan bodoh yang kini menjadi kenangan.
Namun, jika anda ingin menjadi pendamai antara dua adik-beradik yang bersaing, anda mungkin ingin pengadil ketiga, agar anda boleh berehat.
Jadi bagaimana, adakah anda bersetuju dengan artikel tentang anak gifted di atas? Kongsi komen anda di laman Facebook kami atau muatturun aplikasi theAsianparent untuk sertai komuniti keibubapaan kami.
Semoga bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 20 tanda yang anda mempunyai anak bijak, berbakat & ada IQ tinggi
Baca juga: Anak Tidak Pandai Bersosial Dalam Playgroup? Ibu, Jom Cuba 5 Tips Mudah Ini!
Baca juga: Bayi Anda Terlalu Pemalu? Ketahui Cara Untuk Mengatasinya