Bayi boleh tahu emosi ibu bapa hanya melalui reaksi muka anda, biar betul?!

Adakah anda tahu yang anak anda sudah boleh baca reaksi muka anda seawal usia 6 bulan? Kajian baru mengatakan anak tahu emosi ibu bapa hanya melalui muka kalian!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika anda geram dengan si kecil kerana dia tak mahu tidur tengah malam atau banyak menangis, anda tahu tak yang sebenarnya anak tahu emosi ibu bapa hanya melalui reaksi muka anda?

Kajian baru mengatakan ya, anak tahu emosi ibu bapa sama ada anda sedang marah atau gembira sejak mereka berusia enam bulan lagi. Semuanya dibaca oleh si kecil itu melalui reaksi muka anda!

Kajian baru mendedahkan anak tahu emosi ibu bapa!

Kajian baru menemui bayi mengambil masa lebih lama memandang muka ibu bapa yang sedang marah jika mereka pernah mendengar suara orang yang gembira.

Menurut pengkaji, ini menunjukkan yang bayi boleh membezakan emosi ibu bapa mereka yang berbeza sebelum mereka belajar bercakap!

Pengarang kajian Amaya Palana, dari Universiti Geneva berkata,

“Berdasarkan kajian ini, kita boleh mengetahui yang bayi berusia 6 bulan boleh mengenal emosi gembira tanpa menghiraukan ciri-ciri fizikal atau visual seseorang.”

Bayi menunjukkan emosi untuk berkomunikasi dengan penjaga mereka tentang apa yang mereka inginkan melalui jenis tangisan yang menunjukkan mereka lapar atau mahu tukar lampin.

Namun, bayi juga tahu emosi ibu bapa sama ada mereka marah atau gembira pada usia 6 bulan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagaimana kajian tentang anak tahu emosi ibu bapa ini dibuktikan?

Gambar di atas ialah imej yang ditunjukkan pada bayi semasa kajian. Saiz bulat biru mewakili berapa lama bayi merenung ke kawasan muka sementara garisan biru menandakan jarak mata mereka.

Bayi lebih fokus kepada mulut orang yang sedang marah. Namun, kajian lebih lanjut menunjukkan bayi tidak boleh membezakan muka orang gembira atau marah selepas mendengar suara yang neutral atau mendengar orang marah.

Akan tetapi, bayi merenung mulut orang lebih lama secara spesifik selepas mendengar suara yang gembira.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pengkaji juga mengkaji bayi berusia 24 bulan. Mereka diletakkan di hadapan skrin hitam di mana mereka mendengar suara neutral, gembira atau marah selama 20 saat.

Kemudian mereka diletakkan di hadapan muka yang menunjukkan salah satu dari dua emosi ini selama 10 saat.

Teknologi mengesan mata digunakan untuk mengukur jarak penglihatan dan dari situ mereka dapat tahu yang bayi boleh membezakan emosi antara marah dan gembira.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pengajaran dari kajian ini

Jadi, ibu bapa selepas ini boleh mengawal emosi ketika di hadapan bayi anda itu. Elakkan bergaduh di hadapan anak kerana mereka yang akan menerima kesan buruknya kelak.

Semoga pendedahan ini bermanfaat!

 
 
 
 
 
 
 
 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber rujukan: Mail Online

Baca juga:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak lelaki lebih sensitif, mereka PERLU LEBIH sokongan emosi berbanding anak perempuan

Penulis

Nadia Ghafar