Anak Tak Nak Makan, Hanya Minum Susu? Dia Mungkin Ada Masalah Sensori,Take Note Parents!

Anak tak nak makan memang buat ibu bapa pening kepala. Anak yang sudah berumur dua tahun sepatutnya perlu makan dan susu dikurangkan.

Soal pemakanan anak antara perkara yang kadang kala membuatkan ibu bapa risau dan runsing. Anak tak nak makan memang buat ibu bapa pening kepala. Anak yang sudah berumur dua tahun sepatutnya perlu makan dan susu dikurangkan.

Tetapi lain pula bagi sesetengah kanak-kanak, mereka ini hanya mahu minum susu dan langsung tidak mahu makan. Ada yang mudah berkata, bagi saja, pujuk saja mereka makan, seolah-olah ibu dan bapa kanak-kanak ini malas memujuk.

Hakikatnya, yang tidak merasa tidak tahu. Sudah puas dipujuk, bermacam makanan diberi namun si anak tetap menolak mahu makan. Bukan tidak berusaha, masak sendiri, makan dibeli dan pelbagai lagi, tetapi si anak tetap tidak mahu dan ibu bapa akhirnya buntu.

Anak tak nak makan, apa anda patut buat?

Anak tak nak makan pasti ada sebab. Jangan ingat mereka mereka ini hanya picky eaters, mungkin mereka ada masalah sensori. Disebabkan itu ibu bapa perlu peka dengan perkembangan anak mereka. 

Jangan jika mereka tak mahu makan, terus cop mereka anak memilih makan sedangkan ada masalah lain yang mungkin kita tidak perasan dan perlu diagnosis sebenarnya.

Ciri anak yang terlebih minum susu

Menurut perkongsian, Klinik Taqwa Bangi, ciri-ciri anak (lebih 2 tahun) minum susu terlalu banyak kebiasaannya adalah: 

1. Minum susu lebih tiga botol sehari untuk anak lebih dua tahun. Kalau dah 3, 4 tahun tu lagi lah kena kurang susunya. Paling pun 1 -2 botol sehari
2. Bila lapar minta susu, dah kenyang susu, anak tak nak makan
3. Selalu berhingus atau batuk berkahak
4. Terlalu memilih makanan, hujung-hujungnya kena kasi susu juga
5. Sembelit
6. Kulit yang kering dan gatal

Apa anda boleh buat?

Jadi apa ibu bapa patut buat jika anak tak nak makan? Jika anak memang disahkan sihat dan tidak mempunyai sebarang masalah dan disahkan doktor, ini adalah beberapa perkara yang boleh anda lakukan jika anak hanya mahu minum susu saja.

#1. Beri kata dua

Berikan kata dua pada anak. Makan dulu baru susu. Selagi tak makan, tak ada susu.

#2. Hati kena kental

Ibu bapa harus sepakat dan hati kental. Jangan ada yang mengalah bila tengok anak menangis dan protes tak nak makan.

Bila anak dah rasa sendiri yang dia lapar kalau tak makan, dan susu tak ada sebagai pengganti makanan, anak akan belajar untuk makan.

#3. Beri dua pilihan menu

Berikan dua menu makanan, dan berikan anak kuasa untuk memilih. Contohnya, “Abang nak makan nasi ayam atau bihun sup malam ni?”. Jangan tanya terlalu umum seperti “Abang nak makan apa malam ni?”, nanti dia jawab nak aiskrim pula.

#4. Pilih susu segar / penuh krim / susu tanpa gula

Anak tak perlukan lagi susu formula setelah dua tahun ke atas. Nutrisi akan diperoleh dari pemakanan yang sihat.

#5. Ajar anak minum susu dalam cawan

Ajar anak minum susu dalam cawan. Kalau anak bergantung pada botol untuk tidur, berikan hanya untuk tidur. Boleh kurangkan jumlah sedikit demi sedikit.

#6. Beri masa spesifik pada anak

Berikan masa yang spesifik bila anak seharusnya berhenti botol. Contohnya dari awal harus katakan pada anak “Abang bila dah masuk 3 tahun, tak perlu susu botol dah. Abang dah besar, boleh minum dari cawan saja macam ibu”.

Kalau anak belum bersedia, boleh anjakkan tapi berikan syarat seperti kurangkan jumlah atau jarakkan selang sehari. Sehingga anak boleh terima dan rasakan sebenarnya botol itu tak penting.

#7. Jangan ganti susu dengan makan instant

Jangan gantikan susu dengan makanan instant seperti roti, biskut dan jajan. Lagi kurang nutrisi anak nanti. Kalau susah nak sediakan makanan khas untuk anak, berikan apa yang kita makan. Biasanya anak-anak akan lebih cepat lapar berbanding kita yang dewasa, sentiasa sediakan jajan sihat iaitu buah-buahan untuk dikunyah.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Klinik Taqwa Bangi,

Baca juga:

https://my.theasianparent.commakanan-untuk-anak-susah-makan

Penulis

Lala Annuar