Bapa panik teruk apabila tidak sengaja terkunci anak dalam kereta! Ini apa sepatutnya dibuat

Bapa ini panik apabila anak terkunci dalam kereta semasa dia keluar untuk ke belakang kereta. Apa anda patut buat jika berhadapan situasi ini?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Seorang bapa berdepan detik cemas apabila anak terkunci dalam kereta. Kejadian berlaku di pekarangan tempat letak kereta, Toa Payoh, Singapura.

Berita tempatan melaporkan, bapa tesebut keluar sebentar dari kereta untuk ke tempat duduk belakang bagi mengambil barang. Hanya anaknya sahaja berusia 3 tahun diletakkan dalam tempat duduk bayi bersama dengan kunci kereta.

Apabila berada di luar hanya beberapa minit, bapa tersebut tidak sangka anaknya akan mengunci kereta dari dalam. Lebih panik lagi, kanak-kanak lelaki tersebut tidak tahu bagaimana untuk membuka kunci pintu kereta itu semula!

Selepas berfikir, bapa kanak-kanak tersebut ingin menghubungi tukang kunci tetapi mungkin ia ambil masa lama untuk sampai ke situ. Kemudian, dia terpaksa membuat panggilan pihak polis bagi membantu. 

Walaubagaimanapun, kanak-kanak tersebut terpaksa duduk dalam kereta hampir setengah jam sebelum polis tiba. Lantas, polis bantu membuka pintu kereta tersebut. Manakala kanak-kanak lelaki tersebut tidak mengalami kecederaan dan tak memerlukan rawatan.  

Laporan yang sama turut berlaku di lokasi berbeza, di mana seorang pembantu rumah terkunci bayi 3 bulan dalam kereta. Walaubagaimanapun, bapa bayi tersebut menyelamatkannya dengan memecahkan tingkap kereta. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak terkunci dalam kereta, kenapa anda perlu risau? 

Ibu bapa perlu tahu, anda memang sepatutnya bimbang dan risau apabila anak terkunci dalam kereta kerana tubuh kanak-kanak lebih cepat panas berbanding individu dewasa. Manakala, kereta 2 kali ganda panas.

Bayangkan, dalam masa 10 minit, suhu kereta akan naik sehingga 20ºF. Strok haba atau hyperthermia boleh berlaku apabila badan tidak dapat suhu dingin yang diperlukan. 

Suhu haba terjadi apabila suhu badan mencecah  104°F. Manakala pada suhu 107ºF, sel-sel badan akan rosak dan organ dalaman akan mula terhakis. Ini menyebabkan kecederaan dalam, sukar bernafas dan kematian. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Langkah-langkah pencegahan anak terkunci dalam kereta

  • Jangan tinggalkan anak dalam kereta walaupun untuk beberapa minit. 
  • Selalu ingat dan lihat sebelum mengunci pintu kereta. Tengok di pintu kereta belakang sebelum keluar dari kereta. 
  • Buat ‘reminders’ untuk tengok tempat duduk belakang dan letak benda penting di sebelah anak seperti tas tangan, dompet duit atau telefon bimbit. 
  • Pastikan kereta anda sentiasa dikunci, bimbang anak kecil anda akan masuk ke dalam kereta tanpa pengawasan ibu bapa. 
  • Pastikan anak tidak ada kunci atau access yang boleh si kecil masuk ke dalam kereta. Beritahu mereka bahawa kereta adalah tempat merbahaya untuk bermain. 
  • Apabila orang lain membawa anak anda, pastikan individu tersebut bawa kereta dengan cermat. 
  • Sekiranya anda terjumpa mana-mana kanak-kanak dalam kereta tanpa pengawasan orang dewasa, sebaiknya tidak menunggu ibu bapa kanak-kanak kembali. Terus telefon ke pihak polis segera. 

 

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

Sumber: theAsianparent Singapore

Foto kredit: consumerreport, daily mirror 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

Ibu ayah, JANGAN tinggal anak dalam kereta walaupun sekejap, ini kesannya!

 
Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan