Sekiranya anda runsing anak terlalu manja dan membuat carian di Google tentang bagaimana cara untuk latih bayi anda untuk menjadi berdikari. Anda sebenarnya berada di tempat yang betul!
Ramai para ibu mempunyai kerisauan yang berikut.
“Saya takut tinggalkan anak saya seorang, anak saya terlalu manja pula tu.”
Adakah anak anda sentiasa menangis kalau anda tidak berada di depan matanya?
Atau anak anda tidak boleh dibiarkan keseorangan dengan orang lain ataupun orang asing kerana anak anda akan mengamuk teruk?
Jika anak anda mempunyai salah satu sifat yang berikut, ini bermakna anak anda terlalu bergantung dengan anda dan akan berasa tidak selamat kalau anda tiada.
Mungkin ada sesetengah ibu yang berpendapat bahawa ini adalah perkara yang biasa kerana menganggap bahawa anak anda seorang yang manja.
Tapi jika sampai anda nak pergi tandas pun dihalang oleh anak anda ataupun anak anda tidak langsung boleh berenggang dengan anda sampai menjejaskan tugasan harian anda. Ini mungkin adalah masa yang sesuai untuk melatih anak anda untuk bermain dengan sendirinya. Malah, si ibu boleh lakukan tugasan dengan tenang mengetahui bahawa anaknya boleh menjaga diri sendiri dengan baik.
Anak anda memerlukan solo play time iaitu masa untuk bermain dengan sendiri kerana ia dapat membantu anak anda menguasai skil yang diperlukan untuk ia membesar dengan baik.
Anak terlalu manja, apa yang perlu dilakukan?
Sebenarnya, bayi sangat memerlukan masa untuk bermain seorang diri kerana dengan bermain secara solo sambil belajar, anak anda akan dapat merasai dan meneroka sebuah persekitaran selamat yang telah anda wujudkan untuknya.
Selain itu, kajian turut menunjukkan bahawa apabila anda memberikan anak anda ruang untuk bermain seorang diri, pengalaman tersebut akan membuatkan anak anda bertambah yakin dengan dirinya. Malah, ia turut melatih kebergantungan anak anda pada diri sendiri sehinggalah anak anda meningkat besar. Jadi ibu-ibu, jangan marah anak anda kalau anak anda kuat bermain.
Manfaat untuk bayi yang bermain secara sendirian
- Meningkatkan keyakinan anak anda
- Melatih dan meningkatkan daya fokus anak
- Tingkatkan daya imaginasi dan kreatif
- Mampu menyelesaikan masalah
Sekiranya anda ingin menggalakkan anak anda untuk bermain sendirian dan untuk melatih bayi anda untuk berdikari tanpa anda, ibu bapa harus ingat akan perkara ini.
Berapa lama bayi anda boleh bermain dengan sendiri?
Untuk bayi bawah daripada setahun, anda dinasihatkan untuk memberi tempoh bermain kepada bayi anda dalam masa 5 ke 15 minit. Manakala untuk setahun yang ke atas, anda boleh memberi tempoh bermain yang lebih lama.
Tapi anda harus ingat bahawa anak harus sentiasa mengawasi anak anda ketika bermain.
Saat anda cuba untuk meminta anak anda untuk bermain sendirian tanpa anda bukanlah mudah. Kami ingin kongsikan xx cara untuk anda latih bayi anda menjadi berdikariagar anak anda masih boleh berasa selamat walaupun tanpa kehadiran anda.
#1 Mulakan dengan perlahan-lahan
Jangan terlalu cepat meminta anak anda bermain sendirian tanpa anda. Anak terlalu manja selalunya akan merengek dan terus mengamuk jika terlalu dipaksa.
Sekiranya anda buat secara tergesa-gesa, anda sebenarnya telah menyebabkan anak anda semakin takut kehilangan anda. Buat permulaan, anda boleh mengajak anak anda bermain terlebih dahulu dan kemudian, anda boleh biarkan anak anda bermain sendirian dengan anda berada disebelahnya untuk memberi keyakinan kepada anak anda.
Apabila anak anda mula terleka, bolehlah anda beransur-ansur menjauhkan diri dan biarkan anak anda bermain disamping anda memandangnya dari jauh.
#2 Beri perhatian penuh pada anak anda
“Kalau saya beri perhatian penuh kepada anak saya, mesti anak saya lagi tak mahu berpisah dengan saya!”
Walaupun ibu beranggapan yang sedemikian, tetapi hakikatnya anak yang mendapat perhatian penuh ibu lagi sebenarnya lebih mudah untuk bermain sendirian. Ini kerana anak sudah mendapat kasih sayang ibu yang cukup yang kemudiannya memberikan anak anda keyakinan untuk bermain sendirian.
#3 Beri ruang untuk anak anda bermain
Kalau anda merasakan bahawa andalah punca anak anda tidak dapat berdikari dan bergantung dengan dirinya sendiri disebabkan anda sentiasa menolong dan tidak memberikan ruang kepadanya, maka sangkaan anda tepat sekali!
Anak anda perlu ruang dan masa untuk mempelajari sesuatu kerana bagi si kecil segalanya adalah satu pengalaman baru buatnya! Jika anda berada dekat dengan anak anda, anak anda akan sentiasa cuba untuk mendapatkan perhatian anda daripada bermain sendirian.
Yang penting, pastikan ruang permainan anak anda selamat dari sebarang unsur bahaya.
#4 Sibukkan diri anak anda
Masa untuk bermain seharusnya menjadi saat yang paling menyeronokkan. Tetapi jika anda minta anak anda bermain tanpa sebarang alat permainan yang best, anak anda tidak akan akur pada permintaan anda. Cuba hadiahkan anak anda alat permainan ataupun barang yang boleh buatkan anak anda ralit dan cuba untuk selesaikan seperti alat permainan bayi ataupun bongkah permainan.
Nak lagi menarik cuba beri anak anda permainan yang dia paling mahukan.
#5 Praktikkan masa sendirian dengan kerap
Kalau pada awalnya, anak anda sukar untuk bermain sendirian. Lama-kelamaan anak anda akan terbiasa dan terdidik untuk menikmati masa bermainnya. Apabila anda menjadikan masa bermain anda anda sebagai sebahagian daripada rutinnya setiap hari, anak anda sendiri akan menunggu-nunggu masa untuk bermain.
Jadi ibu bapa janganlah putus asa ya! Nak melatih anak anda ini bukanlah satu perkara yang senang dilakukan. Apatah lagi bila anda cuba mengajarnya berdikari tanpa anda. Sentiasa sabar dan sudah pasti lambat laun anak anda boleh berdikari sendiri dan akan sentiasa kekal tenang walaupun tanpa anda disisi.
Sumber: Cuddle Care Blog
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia