Budak Maut Tertusuk Pisau Lepas Minum Susu, Ini Rawatan Awal Jika Tercedera Objek Tajam

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul, begitulah yang dirasai keluarga adik Qaisarah yang maut selepas tertusuk pisau di rumahnya pada Ahad lalu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kejadian maut anak tertusuk pisau berlaku pada seorang kanak-kanak perempuan yang dikenali sebagai Nur Qaisarah Medina Sufian, 2 tahun di Kampung Teluk Pial Baroh, Kuala Kurau pada Ahad lalu. 

Dalam kejadian tersebut, Nur Qaisarah Medina dikatakan tertusuk pisau di bahagian perut ketika berada di rumahnya. 

Menurut Ketua Polis Daerah Kerian, Supritendan Omar Bakhtiar Yaacob mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk proses bedah siasat. 

Ibu mangsa, Hana Mazlan 27 berkata ketika kejadian kira-kira jam 9.30 pagi, dia sedang tidurkan anak bongsunya di ruang dapur sebelum mangsa datang minta susu.

Hana meminta mangsa menunggu sekejap sementara dia menidurkan anak bongsu namun Nur Qaisarah pergi ke arah neneknya yang juga berada di dapur sebelum terpijak pinggan. 

Setelah itu, mangsa terjatuh atas pinggan dan pisau yang berada di atas pinggan tertusuk di bahagian kiri perut. 

Anak tertusuk pisau – menangis sebelum tidak sedarkan diri 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: Kosmo

Apabila melihat kejadian tersebut, Hana terus memangku mangsa yang tiba-tiba menangis sambil menggosok tubuh ananya sebelum menyedari pisau sepanjang 15 sentimeter tertusuk pada bahagian perut.

Namun, mangsa tidak sedarkan diri selepas pisau itu ditarik ibu mertuanya. 

Kemudian, mangsa dibawa ke klinik sebelum dirujuk ke Hospital Parit Buntar dan disahkan meninggal dunia. Kes masih disiasat dan pihaknya masih menunggu laporan penuh dari pegawai penyiasat. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Rawatan awal apabila anak tertusuk pisau 

Kredit: NSTP

Luka tertusuk ini berpunca daripada objek tajam seperti pisau, gunting, paku, jarum, besi, kaca, pensel, pen dan sebagainya. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anggota tubuh badan yang sering terdedah seperti bahagian abdomen, belakang badan, punggung, tapak kaki, tangan dan muka. 

Tanda-tanda anak tertusuk pisau dan objek tajam 

  • Lebam
  • Bengkak
  • Kebiruan atau pucat
  • Terdapat aliran darah keluar 
  • Kelihatan lemah dan tidak sedarkan diri 
  • Lumpuh sebahagian atau keseluruhan badan.
  • Kesakitan di bahagian terlibat

Komplikasi anak tertusuk pisau dan objek tajam 

Disebabkan luka yang dalam, ia dapat mencederakan organ dalaman lalu menyebabkan pendarahan teruk dan boleh mengancam nyawa. 

Kehilangan darah yang banyak juga boleh mengakibatkan jangkitan kuman dan kematian.

Rawatan yang boleh diberikan 

Rawatan awal boleh dilakukan mangsa sendiri atau bantuan orang di sekeliling. Ia sekaligus dapat mengelak risiko kematian dengan mengambil langkah-langkah berikut: 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Tenangkan mangsa. 
  • Cuci luka dengan air bersih jika ada.
  • Jika objek telah tercabut, tekan pada lokasi luka supaya darah tak keluar.
  • Jika objek masih belum tercabut, JANGAN CABUT tetapi balut dengan kain bersih dan letak di sekeliling objek berkenaan, kemudian tutup dengan kain bersih. 
  • Lakukan tekanan yang berterusan pada nadi untuk menahan darah dari keluar dengan banyak. Ia boleh dilakukan tidak melebihi 10 minit. 
  • Jangan ikat anggota tercedera kerana boleh merosakkan tisu dan organ badan kerana tidak dapat bekalan darah yang secukupnya.
  • Tinggikan anggota yang luka dari paras jantung bagi mengurangkan darah mengalir keluar.
  • Hubungi talian 999 dan dapatkan bantuan dengan segera di klinik atau hospital. 

Manakala doktor akan memberikan rawatan perubatan seperti berikut: 

  1. Suntikan anti- tetanus diberikan bagi mengelak serangan kancing gigi. 
  2. Ubat tahan sakit dan antibiotik.
  3. Jahitan pada bahagian luka selepas beberapa hari sekiranya berlaku koyakan kulit atau tisu badan. 

Langkah pencegahan:

  • Sentiasa peka dengan keadaan persekitaran di sekeliling.
  • Simpan objek berbahaya di tempat yang selamat, jauh dan lebih tinggi daripada kanak-kanak.
  • Memakai kasut yang mempunyai tapak tebal jika berjalan di tempat berisiko dan berbahaya. 

Kami theAsianparent Malaysia mengucapkan salam takziah buat keluarga adik Nur Qaisarah Medina dan roh adik Qaisarah di tempatkan di kalangan orang-orang beriman. Amin. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit gambar: Astro Awani, Kosmo 

Sumber: Astro Awani, Mstar My Health

Baca juga:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

https://my.theasianparent.commerawat-luka-kanak-kanak/